Dunia bolasepak gempar seketika dengan berita 'bawa perempuan'.Sebagai seorang guru, aku pun angin kalau anak murid aku buat masalah disiplin.Tapi, sebelum menjatuhkan apa-apa hukuman, aku kena siasat dulu.Bila dah sah salah, baru hukuman dijatuhkan mengikut prosedur tertentu.Tapi kes Muslim dan Ismail Faruqi ni konon katanya tanpa disiasat terus dijatuhkan hukuman.Betul ke?Kalau betul, tak adillah.Kenalah siasat dulu.
Bila baca berita hari ni, Muslim ada buat penafian.Memang betul perkara ni bukan main-main.Muslim tu bujang lagi ok sikitlah tapi Ismail atau aku biasa panggil Mail baru je menikah.Kalau tak silap, 1 Mei lepas.Kalau aku jadi orang rumah dia pun kemungkinan besar aku mengamuk.Isu besar tu.Boleh menjatuhkan maruah bukan setakat Muslim dan Mail, tapi maruah emak bapak, adik-beradik, keluarga dan pakcik makcik mereka juga.Dengan kata lain, maruah aku sebagai 'makcik' si Mail pun terjejas sama.Seganlah orang kata, apa hal anak buah engkau tu bawak pompuan masuk bilik?
Jadi, kesimpulannya, baik Muslim Ahmad atau Ismail Faruqi Ashari, kalau betul kamu berdua tak bersalah, berjuang untuk tunjukkan kebenaran.Kalau perlu saman, saman.Ala... Butler je pun! ( Butler maknanya lebih kurang pembantu lelaki dalam B.Inggeris.Macam orang gaji je) Tapi kalau salah, belum terlambat untuk balik ke pangkal jalan.Sentiasa ingat emak bapak, keluarga dan sedara-mara bila nak buat apa-apa.
Kami difitnah! Itulah hujah dua tonggak Terengganu, pemain tengah, Ismail Faruqi Asha’ri dan pertahanan, Mohd Muslim Ahmad.Kedua-duanya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan membawa masuk perempuan ke bilik penginapan pada awal pagi sebelum turun menentang Kedah dalam kempen Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Selasa lalu.
Peter Butler, jurulatih skuad Penyu yang mendedahkan kes kedua-dua pemain itu semalam tetap mempertahankan kenyataannya.Beliau akan membuat laporan rasmi seperti mana yang diarah oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) bagi membolehkan siasatan dijalankan lebih lanjut.
Bagi Muslim, berita sebegini menjejaskan imejnya sebagai pemain kebangsaan, selain masih bujang dan tidak tahu pula sejauh mana kesan berita ini ke atas Ismail yang baru saja mendirikan rumah tangga.Muslim mahu perkara itu diperbetul dan semua pihak meminta maaf kepadanya dan Ismail.Mereka kini dipandang serong oleh masyarakat dan Ismail sudah menghubungi peguam untuk berbincang mengenai tindakan undang-undang yang bakal diambil bagi membersihkan namanya.Pemain kebangsaan itu mahu Butler meminta maaf secara terbuka atas tuduhan yang dibuatnya.Muslim mengakui dia keluar lewat pada hari kejadian kerana mahu membeli makanan dan ubat demam untuk rakannya turut dikaitkan dalam insiden itu."Ya, memang saya ada keluar lewat tetapi bukan membawa perempuan ke dalam bilik hotel seperti yang didakwa dan kami tidak tahu bagaimana jurulatih (Butler) membuat kenyataan itu sedangkan dia tidak memaklumkan perkara itu kepada pihak pengurusan terlebih dahulu.
"Kami memang terkilan dengan perkara ini kerana ia mengaibkan keluarga tetapi kami akan tunggu keputusan pihak pengurusan kerana mereka yang membayar gaji kami."Antara hubungan dengan jurulatih, saya profesional dan kita tetap akan bermain selagi diarahkan persatuan," tegasnya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini, semalam.Menurut Ismail Faruqi pula, laporan disiar di dada sebuah akhbar harian satu pembohongan dan dia bercadang mengambil tindakan undang-undang ke atas kedua-dua akhbar itu.“Berita itu menggambarkan kami tidak bermoral sedangkan kami tidak bersalah kerana tidak seorangpun perempuan masuk ke bilik kami sepanjang berada di Alor Setar.Kata pemain kelahiran Kuala Terengganu yang baru saja mendirikan rumah tangga lebih dua bulan lalu, jurulatih, Peter Butler menuduh mereka membawa masuk perempuan ke bilik namun beliau sebenarnya tidak berada berhampiran biliknya pada masa itu.
“Kami dikatakan membawa masuk perempuan pada jam 3 pagi namun Butler tidak ada di situ pada masa itu dan beliau sudah tentu mendapat maklumat itu daripada pihak ketiga.“Semuanya mudah saja dibuktikan kerana hotel itu mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan sekiranya pihak tertentu meneliti rakaman itu, sudah tentu mereka tidak akan melihat seorangpun perempuan memasuki bilik kami,” katanya.Butler menegaskan semalam, beliau bertanggungjawab melatih pemain berdisiplin kerana ia penting untuk melahirkan pemain yang berkualiti dan berjaya."Tidak kisah bermain di mana sekali pun, Manchester United, Barcelona atau Terengganu, pemain perlu ada disiplin sebab itu adalah satu perkara yang perlu ada untuk sesebuah pasukan berjaya."Untuk berdisiplin pemain perlu kerja keras dan itu yang saya lakukan dan jika ada yang tidak suka cara saya, saya OK dengan perkara itu tetapi saya buat semua ini untuk meletakkan pasukan Terengganu pada standard yang lebih tinggi," ujarnya.
Ketika ditanya keputusan PBSNT yang mahu kedua-dua pemain itu tetap berada dalam senarai pasukan itu, jawab beliau: "Saya kena akur dengan keputusan pengurusan untuk kekalkan pemain sebab saya bukan orang yang boleh buat keputusan hanya boleh melatih untuk mendisiplinkan pemain sahaja."Untuk saat ini, saya mahu pemain tumpu pada perlawanan bertemu Kedah esok (malam ini) dan kita perlu menang," katanya.
3 comments:
owh, xtau nak respon apa.. kalau kita benar takde apa yang nak ditakutkan.. kan,
Kita tunggu dan lihat je lah.
Nauzubillah, mntak2 la xbenar kan?
Post a Comment