Pengalaman di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, mengubah persepsi aku tentang hospital kerajaan.Selama ini, aku paling mengelak untuk mendapatkan rawatan di hospital.Menyampah dan tak sanggup untuk menunggu berjam-jam.
Namun, apa yang aku alami baru-baru ini, adalah di sebaliknya.Tiba je aku di Wad kecemasan, pengawal keselamatan wanita yang bertugas, dengan segera membantu aku.Tunjukkan ke mana aku mesti tuju.Belum sempat aku melangkah jauh, petugas di kaunter luar wad tersebut dah pun sediakan tempat untuk aku duduk.Doktor muda yang bertugas di kaunter luar tu, dengan tanpa berlengah, melihat surat rujukan doktor yang aku bawak.Terus isi borang tak sampai 5 minit dan aku dah pun mendaftar.Guna bar code je untuk semua urusan.
Duduk sekejap je, nama dah dipanggil ke bilik saringan 1.Doktor terus check dengan budi bahasa yang mampu mengurangkan sakit.Kemudian, aku diminta tunggu di luar untuk ke bilik 2.Dalam 15 minit je dah dipanggil ke bilik 2.Kali ni, doktor yang merawat pun sangatlah berbudi bahasa.Dengan suara yang lembut dan cukup sopan. Kemudian, aku diminta ke bilik saringan di Wad 4.
Belum sempat aku duduk, nurse yang bertugas dah panggil nama aku.Cepatnya!Aku pun diminta ke bilik rawatan.Aku diminta baring di katil.Oleh kerana aircond punyalah sejuk, aku tarik selimut tebal yang ada.Macam nak terlena pulak.Tak lama kemudian, seorang doktor muda cantik bertudung merawat aku.Lemah lembutnya.... Asyik mintak maaf je bila nak sentuh bahagian-bahagian tertentu....
Hospital kerajaan lain aku tak pasti tapi Hospital Sultan Ismail memang terbaik!Tapi, walau pun duduk hospital tu macam best, aku tetap nak balik rumah sebab di rumah aku boleh blogging!(Sambil mata macam nak terpejam sebab ubat apa entah doktor ni bagi.Mengantuk bukan main!)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Muda-mudanya doktor!!!!!!
( maksud aku yang di HSI tu le)
5 comments:
untungla kalau dpt service yg ok..tp besenye ssh nk dpt service yg cmtu +__+
setuju dengan akak... kadang2 je kita dapat layanan yang tak baik.. selebihnya memang deno tabik ngan hospital kerajaan!!!! :)
Elok la klu dah ok
entah x reti nak komen
mungkin hospital baru dan fasiliti moden kot..
cuba p bersalin kat htar.. kalau masih kata ok.. mmg penyabar la tuh.. wp ada gl bagai tp masih kat wad 3 sbb memanjang sesak dan bersalin pon tengah2 jln.. ekk
hospital kerajaan mmg BEST murah tapi kena sabar sedikit utk bab masa
Post a Comment