Dalam pada sibuk ulang-alik ke Hospital Sultan Ismail, aku sempat melayan hobi felting aku.Kali ini aku buat kotak tisu bertema Johor Darul Takzim.Harganya murah je iaitu dari RM18 - RM20.Mana yang nak letak gambar / logo JDT, tambah je RM 2.Sekadar suka-suka sambil layan hobi.Kalau ada yang berminat nak tempah, boleh je.Bagi info di ruangan komen.Terima kasih.
Showing posts with label hospital sultan ismail. Show all posts
Showing posts with label hospital sultan ismail. Show all posts
Tuesday, April 1, 2014
Sunday, February 9, 2014
Khidmat terbaik Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru dan burung.
Aku selalu dengar komen negatif tentang hospital kerajaan.Aku setuju kerana aku pernah alami sendiri suatu masa dulu di Hospital Kuala Terengganu (Sultanah Nurzahirah, kalau tak silap) dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.Tetapi sejak Disember 2012, pengalaman aku dengan Hospital Sultan Ismail, sangat berbeza.Dengan kata lain aku boleh beri 4 bintang kalau bintang 'penuh' adalah 5.
Bukan setakat jururawat dan doktor, malahan pengawal keselamatannya pun baik dan sangat membantu.Begitu juga dengan petugas-petugas di farmasi atau di kaunter pendaftaran.Bukan setakat membantu malah murah dengan senyuman.Sangat berbeza dengan pengalaman aku ke Pusat kesihatan Masai atau Pasir Gudang yang boleh membuatkan aku 'tumbuh teritip' menunggu.
Di Hospital Sultan Ismail, pengalaman aku di klinik pesakit luar pun tidak mengecewakan.Layanan dari mula daftar sampailah jumpa doktor sangat baik.Tak taulah kalau orang lain, alami pengalaman yang sebaliknya.Tempoh menunggu nak jumpa doktor atau ambil ubat pun tak lama.Petugas di farmasi tu bertugas tanpa bersembang langsung.Sangat berbeza dengan petugas di sebuah bank yang dengan tak malunya berborak kosong walau pun orang dah ramai beratur.
Kesimpulannya, bukan semua perkhidmatan hospital kerajaan tu low class.Contoh terbaik, Hospital Sultan Ismail yang aku labelkan high class.Cuma satu je tak seronok.Tempat parking selalu penuh.dan hari ini, aku parking agak jauh dan semasa nak balik, aku tengok ada burung jenis apa entah, parking punyalah baik atas kereta aku dan sedekahkan hasil buangan dia.Banyak pulak tu!Nasib baik dia burung, kalau ayam aku dah tangkap bawa balik buat sup.
Sunday, September 23, 2012
Siapa kata hospital kerajaan tak bagus...
Pengalaman di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, mengubah persepsi aku tentang hospital kerajaan.Selama ini, aku paling mengelak untuk mendapatkan rawatan di hospital.Menyampah dan tak sanggup untuk menunggu berjam-jam.
Namun, apa yang aku alami baru-baru ini, adalah di sebaliknya.Tiba je aku di Wad kecemasan, pengawal keselamatan wanita yang bertugas, dengan segera membantu aku.Tunjukkan ke mana aku mesti tuju.Belum sempat aku melangkah jauh, petugas di kaunter luar wad tersebut dah pun sediakan tempat untuk aku duduk.Doktor muda yang bertugas di kaunter luar tu, dengan tanpa berlengah, melihat surat rujukan doktor yang aku bawak.Terus isi borang tak sampai 5 minit dan aku dah pun mendaftar.Guna bar code je untuk semua urusan.
Duduk sekejap je, nama dah dipanggil ke bilik saringan 1.Doktor terus check dengan budi bahasa yang mampu mengurangkan sakit.Kemudian, aku diminta tunggu di luar untuk ke bilik 2.Dalam 15 minit je dah dipanggil ke bilik 2.Kali ni, doktor yang merawat pun sangatlah berbudi bahasa.Dengan suara yang lembut dan cukup sopan. Kemudian, aku diminta ke bilik saringan di Wad 4.
Belum sempat aku duduk, nurse yang bertugas dah panggil nama aku.Cepatnya!Aku pun diminta ke bilik rawatan.Aku diminta baring di katil.Oleh kerana aircond punyalah sejuk, aku tarik selimut tebal yang ada.Macam nak terlena pulak.Tak lama kemudian, seorang doktor muda cantik bertudung merawat aku.Lemah lembutnya.... Asyik mintak maaf je bila nak sentuh bahagian-bahagian tertentu....
Hospital kerajaan lain aku tak pasti tapi Hospital Sultan Ismail memang terbaik!Tapi, walau pun duduk hospital tu macam best, aku tetap nak balik rumah sebab di rumah aku boleh blogging!(Sambil mata macam nak terpejam sebab ubat apa entah doktor ni bagi.Mengantuk bukan main!)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Muda-mudanya doktor!!!!!!
( maksud aku yang di HSI tu le)
Subscribe to:
Posts (Atom)

