Aku selalu dengar komen negatif tentang hospital kerajaan.Aku setuju kerana aku pernah alami sendiri suatu masa dulu di Hospital Kuala Terengganu (Sultanah Nurzahirah, kalau tak silap) dan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.Tetapi sejak Disember 2012, pengalaman aku dengan Hospital Sultan Ismail, sangat berbeza.Dengan kata lain aku boleh beri 4 bintang kalau bintang 'penuh' adalah 5.
Bukan setakat jururawat dan doktor, malahan pengawal keselamatannya pun baik dan sangat membantu.Begitu juga dengan petugas-petugas di farmasi atau di kaunter pendaftaran.Bukan setakat membantu malah murah dengan senyuman.Sangat berbeza dengan pengalaman aku ke Pusat kesihatan Masai atau Pasir Gudang yang boleh membuatkan aku 'tumbuh teritip' menunggu.
Di Hospital Sultan Ismail, pengalaman aku di klinik pesakit luar pun tidak mengecewakan.Layanan dari mula daftar sampailah jumpa doktor sangat baik.Tak taulah kalau orang lain, alami pengalaman yang sebaliknya.Tempoh menunggu nak jumpa doktor atau ambil ubat pun tak lama.Petugas di farmasi tu bertugas tanpa bersembang langsung.Sangat berbeza dengan petugas di sebuah bank yang dengan tak malunya berborak kosong walau pun orang dah ramai beratur.
Kesimpulannya, bukan semua perkhidmatan hospital kerajaan tu low class.Contoh terbaik, Hospital Sultan Ismail yang aku labelkan high class.Cuma satu je tak seronok.Tempat parking selalu penuh.dan hari ini, aku parking agak jauh dan semasa nak balik, aku tengok ada burung jenis apa entah, parking punyalah baik atas kereta aku dan sedekahkan hasil buangan dia.Banyak pulak tu!Nasib baik dia burung, kalau ayam aku dah tangkap bawa balik buat sup.
2 comments:
skrg kebanyakkan hospital kerajaan semua dah ok dah...
saya pon pernah kena....diaorg ni nk marah...marah je...bebel je...hehe...
Post a Comment