Friday, February 7, 2014

Boren?Apa tu?

   Ala.... Rumah emak dah sepi semula.Adik-beradik aku semua dah balik ke rumah masing-masing.Tinggal aku dan kakak yang kedua serta anak-anak.Semasa kami berkumpul, memang seronok.Makan ramai-ramai, borak ramai-ramai,tidur lintang-pukang dan macam-macam lagilah.Siapa yang ada kampung dan selalu balik kampung, tentu faham, seronok macam mana yang aku maksudkan.Emak ayah pun happy layan cucu-cucu.

   Tahun ini, setelah berapa puluh tahun entah, kami adik-beradik dan ipar-duai, ramai-ramai mengimbau kembali zaman susah di kampung asal suatu ketika dulu.Masa tu, ayah selalu bawa kami berkarang atau menjala di kampung sebelah iaitu Kampung Perigi Acheh.Bila dah berpindah ke kampung baru, kami tak pernah berkesempatan berkarang atau menjala lagi.Aku tak pasti idea siapa untuk pergi berkarang tapi yang pasti semua teruja.Anak-anak buah aku, apatah lagi.Aku pernah cerita tentang kerinduan aku pergi berkarang di SINI.

   Setelah setengah jam perjalanan, kami pun sampai di SK Kg Perigi Acheh.Cantik sekolah ni walau pun hanya ada 6 kelas dan 80 orang pelajar.Kata makcik guard, kalau air pasang, sekolah akan ditenggelami air.Sebab tu sekolah dibina agak tinggi.Agaknya bolehlah letak joran tepi kelas semasa mengajar.Maklumlah, semasa air pasang, tentu ada ikan.Ok.Aku share gambar jap.


   Balik cerita berkarang,andai 30 tahun dulu, dalam setengah jam, pelbagai hasil laut dapat kami kutip semasa berkarang, namun dalam kunjungan terkini hanya beberapa ekor yang dapat kami tangkap.Itupun dengan saiz yang amat kecil.Dalam entry aku terdahulu, ada aku ceritakan tentang hasil tangkapan contohnya gonggong,boren dan sebagainya.Aku cuba google gambar boren tapi satu pun tak jumpa.Alhamdulillah, kunjungan kali ni kami dapat tangkap beberapa ekor boren.Walau pun saiznya kecil tak sampai satu tapak tangan, sekurang-kurangnya dapat mengimbau kenangan lalu di samping memperkenalkan boren pada anak-anak yang tak pernah lihat.Jika dulu, siz biasa adalah sebesar pinggan.Khas bagi mereka yang tak tau apa itu boren,di sini khas aku kongsikan gambar boren yang kami tangkap.



Inilah rupa boren yang rasanya, aduhai... teramatlah lazat.Bagaimana cara mencari, mencuci dan memasaknya, aku akan kongsikan kemudian.

OKlah.Cukup setakat ini dulu.Ayah dah telefon minta datang rumah.
Jumpa lagi!


1 comments:

Anonymous said...

Lame x mkn...xd plak org jual kat pasar..hahaha

Post a Comment