Tuesday, February 11, 2014

Pengalaman aneh dan menakutkan.

   Pengalaman tak dijangka berlaku malam tadi.Aku tak cari.Aku tak minta.Tapi, aku ikutkan saja nasihat ayah dan kakak yang beria-ia ingin membantu.Sebab utama kerana badan aku makin tak sihat.Perasaan pun tak menentu.Daripada aku jadi lebih teruk, lebih baik aku turutkan saja nasihat ayah dan kakak untuk cuba berubat dengan seorang ustaz.Aku pasrah sajalah.Dengan harapan semoga aku sembuh.

   Sebelum tu, elok kalau aku ceritakan serba sedikit pengalaman aneh aku.Sejak 26 Disember 2012, aku mula rasa tak sihat.Biasanya aku rasa sakit perut yang terlampau hinggakan aku tak mampu berjalan.Sakit akan mula aku rasa mulai pukul 7 malam hinggalah ke subuh.Perut akan jadi buncit dan keras seperti batu.Bila dah tak tahan, aku ke doktor.Doktor kata, ada luka dalam usus.Aku kena makan ubat dan berpantang.Kalau tak pantang pun, memang aku tak de selera nak makan apa-apa.Yang boleh cuma bubur nasi dan air barli yang aku masak sendiri.

   Sepanjang 2013, keadaan masih sama dan aku lebih kerap berulang-alik ke hospital.Penyakit tu memang mengganggu tugas aku di sekolah.Aku mula kerap mc.Punca utama kerana aku akan tertidur dan tidur dan tidur tanpa aku sedar.Puas dikejut, digerak dan macam-macam lagi usaha, aku tetap tidur.Aku jadi seperti mayat.Sepanjang 2013, itulah yang aku alami.Ubat tetap aku ambil jadi aku anggapkan itu adalah kerana ubat.Memang menurut doktor, ubat tersebut boleh menyebabkan aku mengantuk.

    Sepanjang cuti akhir tahun 2013, aku rasa sihat.Aku sempat ke Legoland dengan adik-beradik dan anak-anak buah.Sesekali je aku alami sakit perut disertakan dengan darah bila aku tersalah makan.Tapi selera makan dah bertambah baik.Berat badan pun bertambah.Aku mulakan semula hobi menanam pokok bunga dan lain-lain hobi yang tertinggal sepanjang aku sakit.Oleh kerana aku makin sihat, tarikh temu janji dengan doktor ditentukan pada bulan Mac, bukan bulan Januari seperti yang sepatutnya.

   Januari 2014, sekolah dibuka semula.Segala simptom yang aku alami berulang semula.Aku makin hilang selera makan dan mood bekerja.Tapi anehnya, badan makin naik dan perut makin buncit.Aku makan ubat seperti biasa tapi aku kerap tak boleh tidur langsung.Kalau aku boleh tidur, aku akan tidur mati seolah-olah aku betul-betul mati.Secara tak langsung, ia mengganggu tugas aku jadi aku minta izin untuk mengajar di sebelah petang.

   Seminggu pertama di sesi petang aku ok tapi masuk minggu kedua aku jadi makin teruk.Sakit perut berulang semula walau pun ubat tetap aku makan.Ahad yang lalu, sepatutnya aku dimasukkan ke wad kecemasan tapi entah kenapa aku keberatan dan aku balik.Sesuatu yang di luar kebiasaan aku.Di rumah, aku terus tidur dan tidur dan tidur.Tekanan darah sekejap terlampau tinggi, sekejap terlampau rendah.Sakit kepala seolah-olah ada seribu jarum yang mencucuk.Sakit perut, sakit dada dan 1001 sakit lagi yang susah aku ceritakan.Hampir tiap malam aku bermimpi yang pelik dan menakutkan.

   Fikiran tambah buntu kerana kerja sekolahku terganggu.Aku risau terkena serangan jantung kerana semasa check up tahun lepas, doktor beritahu degupan jantung aku tak normal.Bila fikiran terganggu, aku rasa malas nak jumpa sesiapa.Aku segan dengan kawan-kawan sekerja kerana banyak tugasku yang tak beres.Kata kakak, aku dah macam orang tak betul dah.Mungkin betul kata kakak aku kerana aku selalu tak dapat mengawal fikiran dan tindakanku sendiri.Suatu pengalaman yang cukup menakutkan.Syukur aku panjang umur.

   Isnin, 11 Februari 2014, kakak dan ayah secara tak sengaja bertemu seseorang yang memberitahu aku 'terkena'.Aku skeptikal.Biasalah, orang Melayu, sikit-sikit terkena.Sikit-sikit sihir.Sikit kena buat orang.Tapi, oleh kerana ayah yang minta, aku ikutkan saja.Sesi seakan-akan ruqyah yang biasa ditunjukkan di TV.Aku dalam keadaan berbaring.Ustaz yang mengubat aku di Perak tetapi pembantunya ada bersama aku.Aku diminta bercakap dengan ustaz tersebut di telefon.

   8 orang di keliling aku bersedia untuk membantu kerana kononnya aku akan meronta-ronta.Entahlah.Aku masih tak percaya.Biar betul.Merepek je.Semasa aku mula mendengar bacaan ustaz di telefon, aku biasa je.Tak de apa-apa pun aku rasa.Tapi semakin lama, aku rasa semakin panas dan panas hingga akhirnya aku tak sedar langsung!Semasa aku tak sedar, 8 orang di sekeliling aku memegang kaki, tangan, bahu dan kepala.

   Semasa aku tak sedar itulah berlaku dialog antara 'seseorang yang mengaku jin' dan pembantu ustaz.Konon 'jin' di badan aku tu ( aku yang bercakap tetapi suara berlainan) mengaku ia dihantar oleh seseorang yang dengki dengan aku.Ada nama yang disebut tapi aku tak mau percaya bulat-bulat.Setelah setengah jam, dengan susah-payah,konon'jin' tersebut dapat ditangkap dan disumbat ke dalam botol.Kemudian, aku sedar dan perut aku sakit yang amat sangat.

   10 minit kemudian, aku diminta berbaring sekali lagi kerana konon katanya ada lagi 'seekor jin' yang menghuni tubuh aku.Prosedur yang sama dijalankan tetapi sebaik-baik saja aku berbaring, aku dah tak sedar.Kali ini 'aku' meronta lebih kuat.Tenaga lelaki dewasa yang memegangku pun mampu 'aku' kalahkan.Mujur 'aku' tak berlari keluar.Sesi dialog antara 'aku' dan pembantu ustaz berulang lagi.Kali ini, ia tak mahu keluar dan terpaksa dibunuh.Dialog tetap sama iaitu seseorang telah menghantarnya untuk menganiayai aku.Alasannya?Kerana aku terlalu rajin bekerja dan baik dengan pengetua.Alasan yang tak logik dek akal tapi itulah yang dimaklumkan oleh pembantu setelah aku sedar.Patutlah aku rasa lemah dan sakit bila ke sekolah.Wallahualam.

   Bila sedar, aku rasakan seluruh tubuh terutama di bahagian kananku sakit yang amat sangat.Mungkin kerana pegangan kuat 8 pembantu semasa sesi berlangsung.Tapi, dengan kuasa Allah, aku rasa lebih ringan dan perutku yang mulanya sakit, langsung hilang rasa sakitnya.Anak buahku sempat membuat rakaman tetapi ia seolah-olah terpadam.Jin yang kononnya disumbat dalam botol, dapat aku lihat berbentuk seolah-olah kepulan asap atau segumpal kekabu dengan 2 biji mata hitam.Tetapi anehnya, kenapa orang lain tak nampak?

   Sebenarnya aku masih lagi skeptikal.Aku bukan tak percaya, tapi, entahlah...Mungkin ada penjelasan lain dari segi saintifik.Jika waktu 'dialog' itu aku sedar, mungkin aku lebih faham apa sebenarnya yang berlaku.Cuma yang pasti, pengalaman ini benar-benar aneh dan cukup menakutkan bagi aku dan mereka yang ada pada waktu itu.Andai ada bijak pandai, ustaz atau sesiapa saja yang ingin berkongsi pandangan, sudilah berkongsi dengan ku.Apa yang pasti, aku sendiri tak dapat menjelaskan apa yang berlaku dari segi logik akal.Oh ya.Semasa kedua-dua sesi, 'jin' yang berdialog ada memberitahu yang tujuan keduanya dihantar ialah supaya aku mati.



Lebih kurang beginilah rupa yang aku nampak.
   

   

3 comments:

joe said...

wah ada gambarnya juga, seram

Niena Reen said...

Seram pulak rasa. Kadang2 memang betul ada orang2 yang tak senang tengok kita senang. Nak juga apa yang kita ada tapi tak mahu berusaha dan hanya tahu untuk menjatuhkan orang lain... Apa2pun semoga sembuh sepenuhnya dan dijauhkan daripada segala kejahatan manusia dan syaitan. :)

Unknown said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Post a Comment