Showing posts with label kenaikan gaji kaki tangan awam. Show all posts
Showing posts with label kenaikan gaji kaki tangan awam. Show all posts

Monday, March 11, 2013

Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan.

Terima kasih daun keladi.
PUTRAJAYA - Kerajaan hari ini bersetuju untuk memberi semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu kenaikan gaji tahunan (KGT) yang diawalkan pada 1 Julai 2013, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri berkata ini bermakna setiap penjawat awam akan mendapat kenaikan antara RM80 hingga RM320.
"Langkah itu akan melibatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion," katanya pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 bertemakan 'Transformasi Perkhidmatan Awam, Merealisasikan Wawasan 2020', di sini.
Turut hadir pada majlis itu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa serta menteri-menteri Kabinet.
Najib berkata semua inisiatif yang diumumkan merupakan sebahagian daripada sistem saraan baru yang akan dikenali sebagai Sistem Saraan Transformatif (STI).
Perdana Menteri juga berkata berkuatkuasa 1 Januari 2013 semua struktur gaji maksimum dalam jadual Gaji Minimum-Maksimum akan diperuntukkan tambahan kenaikan gaji tahunan sebanyak tiga KGT.
"Ini bagi membolehkan seramai 182,434 pegawai yang berada di gaji maksimum mendapat faedah pergerakan gaji tahunan mulai tahun ini (2013) tertakluk kepada peraturan yang berkuatkuasa.
"Semoga inisiatif itu dimanfaatkan penjawat awam bagi meningkatkan motivasi mereka untuk terus memberi sumbangan kepada negara," katanya.
Najib berkata sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, dalam memastikan penjawat awam sentiasa berprestasi tinggi dan berproduktiviti, kerajaan turut bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus diberikan kepada pegawai yang mencapai dan berada di gaji maksimum tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi yang ditetapkan.
Perdana Menteri turut menyampaikan berita gembira kepada pegawai kontrak yang berjumlah hampir 50,000 orang yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 bakal disambung setahun lagi sementara kajian secara menyeluruh dilaksanakan. - Bernama

Apa komen anda?


Gambar Google

Saya suka!Saya suka!

Friday, February 1, 2013

Pembantu Khas @PA untuk penjawat awam

   Alhamdulillah.... Akhirnya ada pembantu khas @ PA untuk membantu kakitangan kerajaan terutama para guru.Tak perlulah lagi kami membuat bermacam kerja perkeranian.APDM,SSM,SAP, PBS dan macam-macam lagilah.Bolehlah fokus untuk buat ABM, lesson plan dan mengajar semata-mata.Mudah-mudahan, akan meningkatkan lagi prestasi kami para guru dan tentunya untuk keputusan terbaik peperiksaan bagi anak didik kami.ALHAMDULILLAH..... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
-
-
-
-
-
-
-
gosok-gosok mata
-
-
-
-
-
-
-
-
genyeh-genyeh mata
-
-
-
-
-
-
-
-
-
   La.... rupanya aku mimpi je yang kerajaan nak beri pembantu khas @ PA pada semua guru.Ingatkan betul-betul.Itulah, badan dah letih pun masih nak baca entry pasal berita baik untuk penjawat awam.Dah tu terlelap depan TV sambil TV tengok aku.Hampeh betul.Baru berangan nak reka ABM dengan ciri-ciri HOTS (High Order Thinking Skill) untuk kelas fairyland aku.Hmmmm..... baik aku sambung tidur sebab esok ada Hari Bertemu Pelanggan atau istilah dulu-dulu Hari Ibu Bapa di sekolah aku.Kang asyik nak menguap je aku depan ibu bapa.Harap-harap dapat mimpi ke fairyland pulak.

Sekarang ni akulah 'Beauty and The Beast'.

Thursday, November 22, 2012

Nak dapat rezeki lagi ke?

   Ala.... gatalnya tapak tangan aku!Dari tadi tergaru-garu.Kata orang, tapak tangan gatal, nak dapat duit.Ye ke?Memanglah.Kan 18 hb Disember ni nak dapat bonus,dapat gaji.Garu-punya garu, aku belek-belek tapak tangan aku tu.Alamak!!!!!Patutlah gatal!Ada nampak biji-biji air kecik-kecik besar kepala peniti dalam 10 biji di tapak tangan aku.Kenapa ye?Nak kata aku pegang benda kotor, rasanya hari ni, jejak tanah pun tidak.Kalau macam ni, macam manalah aku nak bercucuk tanam, tanam sayur keliling rumah?Dah lama berangan nak tanam sayur tapi hampeh..Hehehehe!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Bersihnya tapak tangan dia!

Saturday, March 31, 2012

Aku dah semak gaji baru online.Bestnya!!!Nak semak tak?

  Ramai pulak yang tanya tentang gaji baru kaki tangan awam.Kalau rajin, sebenarnya banyak entry ditulis oleh blogger-blogger SEO tentang perkara ni.Contohnya blogger handsome si Afzalsukasuki atau blogger mesra dan selalu dekat di hati Mialiana.Kalau tak pun, bolehlah terus ke SINI.Jumlah gaji yang perlu dimasukkan tu, kalau tak silap, gaji pokok.Kalau nak tengok rakaman audio berkaitan, boleh klik ke AUDIO.Pekeliling pun ada kalau nak.Ni untuk PEKELILING. Aku pun dah try kira gaji terkini.Alhamdulillah... bolehlah aku selesaikan beberapa masalah dengan gaji baru tu.Jomlah, apa lagi? Betul tak cara aku tu iaitu letakkan gaji basic di ruangan gaji yang dikehendaki?Kalau silap, beritau ye!