Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Friday, February 1, 2013

Kelas Bertema...Macam-macam ada!!!

  Amboi!Seronok sungguh tengok kelas-kelas yang dah mula bertema di sekolah aku.Macam-macam tema ada.Kreatif sungguh budak-budak dan cikgu.Kalau kelas macam tu punya cantik, tak balik rumah pun tak pe.Ada yang siap pasang tikar getah lagi.Masuk kelas boleh rileks-rileks dan langsung tak stress.

   Tapi ingat!Jangan fikir negatif kononnya hanya kelas elit je yang hebat.Kelas paling last pun turut sama hebat terutama kelas 4SK5.Tabik spring pada warga kelas tu.Kelas aku pun masihh lagi terkial-kial nak jadi cantik.Hari ni baru dapat pasang langsing tapi lupa pula nak tangkap gambar.

   Buat masa sekarang, semua sedang sibuk cari lagu tema dan siapkan pamplet.Harap-harap, minggu depan dah siap dah semua tu.Kalau tak, terpaksa pulun time cuti raya Cina.Tema kelas aku adalah Fairytale/dongeng.Tak kiralah dongeng orang putih atau dongeng Melayu jadi kena fikir sekurang-kurangnya 2 nilai baik watak dongeng tu yang boleh dipraktikkan oleh anak-anak murid aku.Taknaklah nanti orang kata, fairytale?Ala... berangan jelah kerjanya tu!

   Oh ya.Antara tema-tema yang sempat aku intai di kelas-kelas sekolah aku adalah, space (huii...ada bintang berkelip-kelipan lagi), home swee home(Ala.... seweet sangat), candy, kindergarten, biodiversity, undersea(jangan ada duyung seksi sudahlah ye), sakura, 4 seasons, autumn, perniagaan coklat dan macam-macam lagilah.Tak sabar nak tengok bila semua tu dah siap 100%.


0 comments:

Let's have a break!