Monday, January 28, 2013

My Fairyland : Projek 8 - 5.30 petang.

   Sabtu, 26 Januari 2013 mulai 8.00 pagi hinggalah 5.30 petang, aku habiskan di sekolah untuk projek kelas bertema My Fairyland aku.Penat memang penat tapi puas hati walau pun baru 70% siap.Banyak lagi detail nak kena letak.Macam-macam carta nak kena gantung.Dan yang paling penting, papan kenyataan mesti penuh dengan macam-macam info.

   Oh ya!Bila buat kelas bertema ni bukan setakat hias kelas ikut tema je tapi kena buat pamplet dengan segala macam mak nenek untuk jelaskan kenapa tema tertentu tu dipilih.Tema fairytale / dongeng yang kami pilih bukan semata-mata tentang fairytale Inggeris tetapi juga Melayu.Contohnya tentang Jula-juli Bintang 7, Ulik Mayang dan sebagainya.Rasanya masukkan kisah Panca Delima dan Bawang Putih Bawang Merah pun ok juga, kan?Tapi buat masa ini, manalah nak cari kain atau kertas dengan motif-motif kemelayuan tu semua kan?Jadi, projek jangka panjang adalah, untuk lukiskan kemudian.

   Apa pun, seronok bekerja dengan 21 anak murid aku yang sanggup datang dan bergotong-royong dari pagi sampai ke petang.Tak lupa juga ucapan terima kasih buat Kak Ita, ibu salah seorang anak murid aku yang sanggup datang semata-mata untuk ukur tingkap untuk buat langsir.Mudah-mudahan, akan terus terjalin kerjasama erat antara kami semua.Tapi, kalau guru dan pelajar petang yang sama-sama berkongsi kelas, tentu lebih seronok rasanya.


Yang comel bawak beg tangan tu lah Kak Ita.
Buruk beno rupa papan kenyataan sebelum make over.


Magic mirror on the wall.
Magic sebab boleh tolong cikgu dan anak-anak murid nampak sentiasa cantik.


 Papan kenyataan belakang setelah dipakaikan baju.


Proses awal mengecat dinding.
Boleh tahan cepat anak-anak murid aku mengecat.



Plan untuk buat sudut bacaan.
Letak satu meja lagi dengan bakul isi buku-buku.
Tambah satu rak dan jangan lupa pamplet untuk terangkan tentang tema kelas.



Yang ni sudut santai supaya otak budak-budak releks dan sesekali boleh peluk teddy bear untuk hilang stress.Cikgu pun boleh kalau nak peluk.Psst... Ada sesiapa nak derma teddy bear lagi?



Berjam-jam dok bekerja tapi budak-budak ni langsung tak nampak letih.
Happy je.


30 % lagi perlu disiapkan dalam masa terdekat.
Tak sabar tengok langsir cantik yang siap nanti.



1 comments:

Post a Comment