Thursday, January 24, 2013

Betul kata Ben.

   Baru je terbaca entry Ben Ashaari yang bertajuk Jangan Pandang Ringan.Memang betul apa kata Ben.Walau apa sekali pun, jangan sesekali kita 'berfikir pendek' terutama sekali dalam menjaga anak-anak.Tak kiralah anak masih bayi atau dah mula remaja.Tapi malangnya, masih ada segelintir ibu bapa yang tak pernah belajar dari kesilapan orang lain.Takkan tak baca surat khabar atau tak tengok berita kot?

   Contoh nyata berlaku depan biji mata aku sendiri di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang.Waktu tu dah hampir senja dah.Aku dan kakak sedang menuju ke klinik perubatan Islam untuk suatu urusan.Tiba-tiba seorang kanak-kanak, umur lebih kurang setahun setengah atau dua, dengan dua garpu di tangan kanan dan kiri, mengekor kami menaiki tangga ke klinik tersebut.Aku toleh kiri, kanan, depan dan belakang tapi tak nampak sesiapa yang mungkin ibu atau bapa yang kurang berakal tu.

   Oleh kerana kanak-kanak tersebut mengekori kami, aku pun mendukungnya dan bertanya 'anak siapa ni ye?' sambil mengintai-intai di sebuah kedai dobi betul-betul di sebelah tempat aku berdiri.Mula-mula, tiada siapa pun yang mengaku.Mungkin tak perasan atau tak dengar.Kemudian, aku terus memasuki kedai dobi tersebut sambil mendukung kanak-kanak lelaki tadi dan bertanyakan soalan yang sama 2,3 kali.Tak lama kemudian barulah seorang ibu muda mengaku anak itu anaknya.Nak je aku bahasakan dia kerana cuai sungguh menjaga anak.Kalau tak risau anak diculik pun, risaulah anak tu terjatuh lalu tertusuk garpu yang dipegang di kedua-dua tangan.Kalau budak umur 3,4 tahun oklah juga.Ini kecil sangat lagi.

    Kalaulah aku berniat jahat, senang-senang aku boleh menculik kanak-kanak itu.Rasanya ibu kanak-kanak tu otaknya tak berapa cukup sebab tu tak risau langsung keselamatan anak..Andai kata kanak-kanak itu diculik, barulah si ibu menangis tak berlagu. Lepas tu barulah nak tunjuk muka sedih di surat khabar minta simpati orang ramai!Tentang budak William yang hilang tu, sama-samalah kita tolong tengok-tengokkan.Manalah tau, budak tu dibawa ke tempat kita.

Aku yakin budak William ni cerdik.Jangankan orang lain, kalau beri pada aku pun aku nak.


Si comel ni anak sedara aku.
Siapa tak geram tengok budak comel macam ni kan?



1 comments:

aksarafendi said...

mereka pikir bnda tu xkan jadi kt diri sndiri..tu yg xpenah nk ambk berat..

Post a Comment