Monday, January 28, 2013

Apa gemuk!Makan baru tau!

   Memang orang Melayu macam tu ke?Asal jumpa je mesti cakap, eh.... gemuknya sekarang!Patutnya tak payahlah cakap gemuk.Sensitif tau.Bukan tak tau.Nak kurus tu bukannya senang.Tak makan seminggu pun belum tentu kurus.Jadi, janganlah sebut perkara yang sensitif tu.Kalau Enot atau Adibah Noor tak kisahlah sebab gemuk-gemuk dia orang, gemuk glamour.Masih tetap cantik.Tapi kita yang orang tak glamour ni, terasa hati tau!Pleaselah jangan bagi komen pasal gemuk lagi.Kalau komen juga, aku gigit baru tau!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
*Pesanan Cik Kucing mewakili mereka yang gemuk*

5 comments:

Anonymous said...

Bukan orang Melayu aje..Cina,India pun mcm tu..kalau Cina "Aiya..manyak gimok lah lu...".India pulak.."Ayoo..ma..itu badan besar punya.."Bagi aku tak sensitif langsung.Biasa le..dah gemuk tak kan nak kata kurus.Bagi org yg berilmu dia tidak akan sensitif malah segala kata sinis itu akan dijadikan dorongan untuk terus berusaha menjadi menjadi kurus,tapi jgnlah kurus sangat.Nanti org kata kurus pulak.Alah yg sedang2 aje..Aku pun dulu gemuk,segala kata2 sinis tu aku jadikan sesuatu yg positif bukannya negetif.Sepatutnya kita berterima kasih pada mereka kerana memberikan peringatan.Org yg gemuk ni mudah mendapat penyakit.Banyak ruang diperlukan,kalau naik kereta penggunaan minyak akan meningkat.Banyak ela kain diperlukan utk membuat pakaian.Cepat semput kalau berjalan mahu pun berlari.Penampilan kurang menarik...sebab itulah aku berusaha bersungguh utk menjadi kurus.Mamat yg kutuk aku gemuk dulu dah jadi suamiku.Terima kasih suamiku,kerana memberikan aku kekuatan untuk terus berjuang melawan kegemukkan ku dulu.Pada wanita diluar sana jgn anggap kata2 sinis disebabkan gemuk sebagai pekara sensitif.Apa yg penting berusaha,berdoa dan bertawakal kepada Allah.Tanya lah mana2 pakar perubatan,pakar motivasi semuanya akan memberi pendapat mcm saya.Jaga pemakanan,selalu bersenam.Bersenam sikit tapi melantak bagai nak rak..tak jadi juga.Makan ais cream,makan coklat,makan itu makan ini.Nafsu makan kena kawal..kita yg kawal nafsu bukannya nafsu yg kawal kita.Kalau org kata kita gemuk bersyukurlah keran mereka memberi peringatan.Itulah kata hikmah yg aku perolehi dari pakar motivasi semasa aku gemuk mcm tong drum dulu.Wasalam.

Anonymous said...

Untuk wanita yg gemuk,jgn merasa rendah diri.Gemuk itu seksi tau..yg terseksanya suami coz tak larat nak darling carry..patah pinggang dibuatnya.Apa2 pun cubalah berusaha menurunkan berat badan anda.Org lain sekadar memberi cadangan dan kita yg melaksanakannya.Listen..listen..listen..listen..obesiti pun satu masalah.Maka berusaha..usaha..usaha..usaha..tanpa jemu..moga berjaya.

Izwa Kamaruddin said...

:)

Anonymous said...

Komen pasal gemuk..alah biasa le..dah gemuk tak kan nak cakap kurus kot.Kalau org tu gemuk kita kata kurus,mmg kita ni bangang..Sensitif itu hak si Gemuk..sebab itu perasaan dia.Kalau rasa komen itu menjurus ke arah yg positif,suatu tindakan yg bijak,kalau menjurus ke arah negetif..mmg tidak bijak.Itu sekadar pandangan aku aje..sbb aku dulu pernah gemuk.. 97 kg..wa cakap lu..Apa-apa pun kurang kan buat tahi mata,kurangkan metekedarah,banyakkan aktitivi riadah terutamanya bersenam.Alah kat rumah pun boleh buat..tak payah pergi gym.Malas merupakan batu penghalang utk kita berjaya menguruskan berat badan.Sokongan org terdekat amat perlu,seperti ,ibubapa,kekasih hati,kawan karib,dll.Ibubapa jgn pulak berkecil hati bila ada org mengatakan anak mereka gemuk.Berikan mereka sokongan sepenuhnya..Ibu saya dulu menemani saya berjogging setiap petang,memantau setiap pemakanan saya.memberi kata-kata semangat."Su kau boleh lakukan,jgn give up..org lain boleh kita pun boleh..fikirkan boleh"kata perangsang ibuku.Pada mereka yg gemuk,pesan saya let do it..moga berjaya

Anonymous said...

Nak bagi komen sikitlah..sikit aje..

Contoh diet Nabi S.A.W

1. Jangan makan susu bersama daging
2. Jangan makan daging bersama ikan
3. Jangan makan Ikan bersama susu
4. Jangan makan ikan bersama telur
5. Jangan makan ikan bersama salad
6. Jangan makan susu bersama cuka
7.Jangan makan buah bersama susu (Cocktail)

Post a Comment