Sejak hari Jumaat jam 12 malam hinggalah ke saat ini,hari Ahad jam 6.22 petang, hujan turun tak berhenti-henti di tempat aku.Kadang-kadang renyai, kadang-kadang lebat.Nasib baiklah rumah aku ni di atas bukit.Taklah risau dilanda banjir.Aku tak dapat bayangkan mereka yang tinggal di kawasan yang selalu dilanda banjir.Tentu risaukan?Setakat hari ni, pengalaman aku tentang banjir cuma semasa aku kecil di Pengerang dan pengalaman banjir semasa aku tinggal di Kg Rhu Muda, Marang, Terengganu.
Semasa di Pengerang, yang aku ingat adalah, cacing kembang warna putih yang banyak timbul di permukaan tanah sebaik saja air banjir surut.Di waktu malamnya pula, akan muncul beribu-ribu kunang-kunang dengan cahaya berkelip-kelip yang sangat indah.Semasa di Terengganu, aku suka sangat tengok ikan berenang-renang.Bukan di luar rumah, tapi di dapur kerana dapur penuh dengan air banjir.
Selain itu, teringat kenangan semasa musim-musim banjir begini, arwah kakak iparku akan memasak gulai ikan darat.Tak kiralah ikan baung atau keli.Kadang-kadang ikan haruan.Di Pasir Gudang, zaman-zaman dulu, manalah ada orang makan ikan darat.Tapi sekarang berlambak-lambak ikan darat di pasar kerana orang pantai timur pun dah ramai di Pasir Gudang.
Musim-musim banjir begini, semasa di Terengganu, arwah kakak ipar aku suka sangat merebus ubi.Tak kiralah ubi kayu atau ubi keledek.Kadang-kadang ada juga jagung rebus.Tapi di Pasir Gudang ni, kalau musim hujan atau banjir seperti sekarang ni, makan jemput-jemput @ cekodok jelah.Hari ni cekodok bilis.Esok cekodok bawang.Kemudian cekodok kentang, cekodok sardin, cekodok manis dan macam-macam lagilah.
Oh ya!Tiba-tiba teringat satu lagi makanan istimewa di Terengganu semasa musim hujan macam ni iaitu ikan goreng celup tepung.Bukan buat lauk tau tapi makan itu je macam goreng pisang.Fuh!!!Lazat sungguh sambil mendengar hujan mencurah-curah di bumbung rumah!
Untuk tau lebih lanjut, sila tanya tuan punya gambar ni.
3 comments:
time hujan hujan ni makan jemput ikan bilis Dan teh o suam
sini pun hujan juga la kak scar... huhuhu kain di ampaian tak kering2..
jika musim tengkujuh di terengganu
masa untuk memukat dan tangkap ikan.. rindu kenangan tu :)
Post a Comment