Sunday, January 13, 2013

Lama tak jogging...

   Alahai...lamanya aku tak jogging.Bukan setakat jogging guna kaki tapi jogging dengan jari juga aka blogwalking.Bukan aku dah hilang minat tapi, kekangan masa yang selaaaaaaaaaaaaaaalu sangat menghalang!Sedih tau sebab dah lama tak merayap singgah rumah kawan-kawan, adik-adik sambil baca-baca entry tambah ilmu.

   Masa cuti sekolah bulan lepas konon nak pulun blogging hari-hari tapi hampeh!Apa taknya.Sekolah je cuti tapi kerja sekolah aku tak cuti!Kerja menimbun kalah kain baju tak cuci sebab mesin basuh rosak!Sekarang ni apa tah lagi.Jangankan nak jogging-jogging jari, nak update blog pun terpaksa sambil kunyah makanan.Dah time makan je yang free!Tu pun terpaksalah makan guna sudu.Kalau makan guna tangan, habislah sememeh laptop aku.Aduhai!!!Mana nak cari masa ni?

   Kadang-kadang aku heranlah.Macam mana PM boleh cukup masa  buat macam-macam benda dalam sehari.Aku yang tak jadi PM, setakat teacher setaraf ikan bilis ni je pun terkial-kial nak siapkan kerja.Kalau aku ni ketam, agaknya dah tercabut tangan dan kaki aku satu-satu.Kalau di sekolah, jangankan nak rehat-rehat makan di kantin, silap-silap hari bulan, nak minum pun tak sempat.Nasib baik sempat kulum gula-gula untuk hilang haus!

   Emmm.... Bukan aku nak merungut cuma nak luahkan rasa tak puas hati je.Bukan apa, benda remeh-temeh tu yang diminta 'kami' siapkan sampaikan terabai tanggung jawab utama walau pun itulah yang kami cuba elakkan.Entahlah...... Berbalik pada blogwalking jogging-jogging jari atas keyboarad ni,aku akan cuba sehabis baik untuk dapatkan masa seperti dulu.Bukan apa, aku tak nak kehilangan kawan-kawan... kak Pah KPoh, Mak Dara, Ben dan Qhaliff,Ujang, kak Ima Moh Kembara, Laling Keli, Abang Gedek ( yang hari ni rambut dia jadi rambut Herman Tino sebab tak mandi),Miza Hidup Itu Indah, Afzalsukasuki,Belalang Hijau Perisik, Sop, Abang Terror dan raaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaamai lagi.Semuanya aku rindu.Tu yang aku kena jogging-jogging jari lagi tu.


Merajuk tak dapat jogging ye?

3 comments:

Dayang Deno said...

deno pun lama tak jogging sejak sakit

amirulhazwan said...

Tak pe scarr, kpah sentiasa baca entry scarr di email... Cuma tak sempat jugak nak blogwalking mcm dulu. Alangkah indahnya kenangan blogging dulu... Saling berbalas shout di chatbox.. Masa tu baru nak naik... Sekarang dah otai heeee....

kpah k-poh Sharifahnor said...

Laaaaa anak tak sign out, rupanya... Dah guna akaun dia lah pulak scarr hahahahha

Post a Comment