Setelah aku timbang-timbangkan, oleh kerana aku selalu tumbang di sebelah pagi, maka aku volunteer untuk mengajar di sebelah petang.Alhamdulillah, pengetua aku setuju.Maka, mulai Ahad, 26 Januari lalu aku mula mengajar budak-budak tingkatan 1 dan 2.Dalam hati rasanya nak mengajar terus di sesi petang hingga ke hujung tahun tapi ramai pulak yang hantar sms, telefon dan jumpa aku mintak aku mengajar di sesi pagi balik.Rasa tak sampai hati pulak aku nak pentingkan diri sendiri.Huhuhu!
Bila parents yang call, aku dapat beri alasan dengan yakin.Tapi bila anak-anak murid aku sendiri yang call atau jumpa personally, aku rasa sebak pulak.Rasa seolah-olah dia orang benar-benar perlukan aku.Kesian anak-anakku!Tapi demi kesihatan, aku terpaksa juga 'pentingkan diri' sendiri dulu.Insya Allah, kalau tak de aral melintang, selepas aku tak perlu lagi tumbang di pagi hari, aku akan mengajar di sesi pagi semula.
Tiba-tiba aku rindu kelas bertema aku dan anak-anak 5 SK 1 aku tahun lepas.
Apa khabar anak-anakku?
0 comments:
Post a Comment