Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, February 14, 2016

PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE Mmmm.....

   Entry ni tak berbayar ye.Hanya berdasarkan pengalaman.Sekadar nak berkongsi pengalaman menggunakan PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE.Setelah tiga hari, badan rasa lebih segar dan sihat.Yang paling penting, rasa bersemangat nak buat kerja.Maklumlah..Bila usia dah makin meningkat ni, gerak sikit je dah makan banyak tenaga.Tapi dengan PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE, semua beres!Untuk tahu lebih lanjut tentang jus ni, silalah ke LAMAN PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE.


PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE
PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE

MUDAH + MURAH + JIMAT + SELAMAT

Kesan Seawal 3 HARI


Pinjam gambar dari laman sesawang PLATINUM LADYXARA WHITE JUICE

Saturday, February 13, 2016

Resipi Kek Pisang Kukus

   Lepas siap buat skema jawapan peperiksaan, aku rasa lapaq la pulak!Teringin nak makan benda manis.Takkan nak telan gula gitu je.Melampau!Tengok apa ada di dapur.Yeah!Ada pisang!Buat kek pisanglah!Belek balik Cik Lenovo, tanya resipi kek pisang.Jumpa satu resipi kek pisang kukus.Nampaknya semua bahan ada.Apa lagi, aku pun mulakan projek KEK PISANG!YEAH!!!

Bahan-bahannya mudah je:
2 cawan pisang lenyek (Tak kiralah pisang apa asalkan jenis manis dan lembut)
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
1 cawan gula (Guna 1/2 cawan pun boleh.Ikut sukalah nak manis ke tidak)
2 sudu teh potas ( Boleh dibeli di kedai-kedai 

Cara-caranya:
1.Gaul potas dan tepung rata-rata.Kalau tak , nanti ada rasa potas berketul dan tak sedap.
2.Masukkan semua bahan lain ke dalam tepung dan gaul rata-rata.
3.Kukus 45 minit.
4.Bila cukup sejuk baru keluarkan dari loyang.

   Kemudian, apa lagi bacalah doa makan dan makanlah.Sambil tu aku jenguk-jenguk blog yang ada resipi kek pisang.Hui!Macam-macam!Semua nampak sedap.Tapi, kek pisang gebu yang aku jumpa di blog WanSHilaKLM ni nampaknya paking sedap.Kalau nak cuba, silakanlah!


Image result for kek pisang

Ni kek pisang gebu WanSHilaKLM

Ala.... Lupa nak catat dari mana aku dapat resipi kek pisang yang aku buat tu untuk beri kredit.
Kalau ada yang cam, beritahu ye!

Friday, February 12, 2016

Aduh!Mengong!

   Aduh!Lupa tahap kronik!Sejam aku dok teliti kertas soalan yang aku buat untuk pastikan tiada langsung kesilapan.Sejam juga aku dok mencatat jawapan untuk ku sediakan skema jawapan.Aku catat guna pensel.Tak tau kenapa aku guna pensel.Bila siap, aku letak atas meja dan buat kerja lain.Sambil buat kerja, sambil aku mengemas.Aku padam semua catatan tak penting dalam buku catatan.Biasanya aku memang guna pensel untuk catat perkara tak penting.Bila dah padam, bolehlah guna buku catatan tu lagi dan lagi sebagai langkah berjimat cermat. Selesai mengemas, aku plan nak menaip skema jawapan berdasarkan catatan yang aku dah buat sejam tu.Tapi aku tak jumpa di mana aku catat!Penat aku keluar masuk ke belakang ke depan.Tak jumpa juga.Kemudian, barulah aku teringat.Aku catat guna pensel.Memang dah sah aku dah padam semua catatn menggunkan pensel!Aduh!Tepuk dahi pun tak guna.Mmm.... Nampak gayanya kena rewind le dok sejam mengadap kertas soalan tu lagi kemudian sejam lagi untuk menaip dan print.Dahlah printer aku mengong! Huhuhu!





Bestnya jadi Cik Fiya.tak payah kerja.

Antara dua darjat ; Pasangan cicak dan buaya

   Isu menikah antara dua darjat, dah lama diketengahkan oleh Tan Sri P.Ramlee dalam filem dengan tajuk yang sama.Nampak macam isu remeh tapi isu inilah yang telah banyak menyebabkan perceraian.Dengan kata lain, perkahwinan antara dua darjat bukan mudah.Ia menuntut 1001 macam pengorbanan, kesabaran dan sebagainya.Andai tak sanggup hadapi, baiklah pilih yang sama darjatnya.

   Kepada adik-adik atau anak-anak yang sedang mencari-cari pasangan hidup, kalau boleh elakkanlah mencari pasangan berlainan darjat.Darjat maksudnya bukan kerabat diraja tetapi yang berlainan taraf hidup, pendidikan dan pemikiran.Kalau boleh, carilah yang sama taraf.Bukan maksudnya pasangan berlainan taraf pasti akan membawa derita tetapi itu adalah kemungkinan yang mungkin dihadapi.Berumah tangga ibarat belayar di lautan.Ada kalanya lautan itu tenang tapi ada masanya ia bergelora dengan ribut dan taufan yang pasti boleh menyebabkan kapal kita karam.

   Kadang kita tak sedar peranan filem atau drama yang selalu menunjukkan janji indah menjadi seorang Cinderella atau seorang Bawang Merah.Namun hakikatnya ia umpama tipu musihat belaka.Bukan mudah untuk menjadi Cinderella atau Bawang Merah yang terpaksa hidup dengan pasangan yang berlainan darjat.Apatah lagi andai kita sendiri yang berdarjat tinggi.Dengan kata mudahnya, carilah pasangan yang sekufu.Lebih mudah untuk melayari bahtera rumah tangga yang penuh dengan onak dan duri tajam menikam.

   Kepada adik-adik atau anak-anak yang telah terlanjur jatuh hati atau beri hati kepada seseorang yang berlainan darjat, bersedialah untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan yang lebih banyak buruk dari baik.Mungkin sesekali atau seringkali terpaksa menjadi orang lain demi untuk kelangsungan sebuah perhubungan.Andai dengan pengorbanan demi pengorbanan tapi masih tetap gagal, janganlah takut untuk memilih bahtera yang lain.Bahagia itu kita yang tahu maka carilah bahagia walau di mana ia berada dan walau perlu membayar dengan sebuah pengorbanan.Akhir kata, pilihlah pasangan yang sama darjat atau sama taraf kerana mana mungkin seekor cicak menjadi pasangan seekor buaya meski pada zahirnya lebih kurang sama.Biarlah cicak sama cicak, buaya dengan buaya.......

Image result for latifah omar bawang putih bawang merah
Bawang Merah dari Google

Image result for cicak   

       Image result for buaya

Cicak dan buaya....Sama tapi tak serupa

Thursday, February 11, 2016

Lanjutan video viral serang suami...

   Baru-baru ini, viral tentang video isteri pertama serang suami yang sedang bersanding.Tempat kejadian, dan cerita lanjut, carilah sendiri ye.Ala...serang manja-manja je.Tak de pun insiden tarik-tarik rambut.Kalau perempuan lain, agaknya dah lebam berbilai muka si laki kena hempuk!Jangan main-main bila perempuan dah mengamuk!Gajah naik minyak pun kalah!Tapi.... apa kaitan dengan aku ye? Tiba-tiba ada pulak yang beria-ia pm di messenger tanya pendapat aku....Hmm.....

   Pada aku mudah je.Kita tak tahu apa masalah sebenarnya.Kita tak tahu sama ada si suami yang betul-betul salah atau si isteri sebenarnya yang salah.Jadi, aku beri pendapat atas pagar, berdasarkan pengalaman sendirilah.Pada aku yang nobody ni, aku akan setia hingga hujung nyawa selagi si laki tak merendahkan tahap aku ke tahap alas kaki.Kalau setakat tak bagi cukup nafkah atau rupa tak berapa handsome, aku boleh terima.Atau mungkin laki tu rasa perlu cari yang lain, go on.Asalkan tahu tanggung jawab yang menanti.

   Aku tak menentang poligami kerana bagi aku yang cetek ilmu agama ni, lelaki mampu menyayangi dua malah empat perempuan serentak, dengan tiap seorang mendapat 100% kasih sayang.Cemburu?Memanglah tapi kenalah ingat tiap satu itu Allah yang aturkan.Terima dengan redha.Tapi, kalau laki yang buat hal tu, budak tingkatan 1 pun lagi pandai hormatkan aku, baik aku angkat kaki.Untuk apa menghambakan diri pada seseorang yang menganggap cinta kita bagai hingus.Nak poligami, konon!Nikah satu lagi pun tak beritahu isteri pertama?Jangan haraplah hidup nak berkat apatah lagi nak bahagia.

   Puan isteri dalam video yang viral tu aku tengok masih muda sangat lagi.Badan slim melim sebijik Syarifah Sakinah.Jadi, tak taulah atas dasar apa si laki nak kawin lagi.Agaknya puan isteri masak tak sedap kot?Alah!Alasan gombal kata orang Indonesia!Buruk isteri nampak, kurap diri sendiri tak nampak.Yang isteri nombor 2 tu kalau dia tahu suami dia tu laki orang dan tak dapat izin isteri pertama, tak patutlah dia teruskan juga.Buat apa nak galas biawak kalau dah sah-sah laki tu mulut macam biawak?(Kesian biawak jadi contoh tak baik)

   Kesimpulannya, seorang perempuan akan setia pada seorang suami andai suami tu betu-betul dapat membuatkan perempuan tu bahagia.Bak kata pepatah jawa, syurgo nunut, neroko katut.Begitulah kalau tak silap bunyinya.Perempuan kalau dah setia, laki AIDS pun dia tak buang.Jadi kalau laki tu dah kena buang, adalah penyebabnya tu.Jadi jangan senang-senang nak simpulkan yang perempuan mudah mungkir janji atau mudah jatuh cinta.Aku bantah!Dengan kata lain, untuk para suami, bukan emas intan berlian yang isteri inginkan , tetapi kasih sayang, cinta, perhatian, hormat dan dahan untuk berpaut.Kalau dahan tu pun reput, macam mana nak berpaut?Jadi jangan salahkan Puan Isteri dalam video yang viral kalau dia ditinggalkan tak bertali.

   Eh!Ada kaitan tak kupasan aku?Macam tak well-organised je? Tak pelah, janji boleh faham dan menjawab soalan seseorang tentang isu cik puan serang suami yang viral.Psst.... Nasib baik tak serang menari-nari macam cerita Madu Tiga.Akhir kata,jadilah seperti isteri Encik Jamil yang nombor 3.Nama dah tak ingat.... Hihihi!Ingatan untuk para suami...  ISTERI BUKANLAH HAK MILIK MUTLAK SEORANG SUAMI HINGGA AKHIR HAYAT.JADI BILA DAH TERLEPAS, JANGAN NAK PAKSA-PAKSA BEKAS ISTERI BALIK SEMULA.( Tak malu betul laki orang yang bersanding atas pelamin tu ye?)

Image result for NYAMUK
Ingat perempuan ni nyamuk ke?

Resipi mudah Garlic Bread

   Teringin sangat nak makan homemade garlic bread.Tapi bahan tak cukup.Ditambah dengan penyakit 'mim'.Jenguk ke dapur, nampaknya ada roti putih Gardenia, my favourite.Terus terfikir nak buat homemade garlic bread but instant version aka plus innovation.Dengan kata lain, aku guna jelah roti tu buat garlic bread.

   Kemudian, jenguk dalam lemari ( orang kampung kata lemari tapi orang bandar kata almari @ cupboard), ada garlic @ bawang putih.Aku pun ambik le selabu, ketuk-ketuk, buang kulit, kemudian tumbuk sampai lumat.Jenguk pulak dalam fridge, ada buttercup.Aku keluarkan dan tunggu hingga suhu bilik.Step seterusnya, aku sapu buttercup atas roti, kemudian aku letak garlic lumat.Banyaknya ikut sukalah.Aku letak banyak sebab aku suka garlic.Seterusnya jadikan macam sandwich dan bakar.Guna bread toaster boleh, guna sandwich maker pun boleh.Sekejap je dah harum bau garlic @ bawang putih.Hmmm......Sejuk je terus boleh disantap.Nyum!Nyum!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Alamak!Lupa ambik gambar.Dah selamat masuk perut!

Image result for garlic bread

Garlic bread Cik Google punya.

Nak resipi lebih original, boleh KLIK DI SINI.

Monday, February 8, 2016

Berongan aka klorak.

   Aktiviti hari ke 3 balik kampung adalah mengenang kembali kenangan zaman silam.Apa lagi?Kenangan mencari siputlah.Kali ni lebih mencabar kerana bukan mencari siput sedut tetapi siput pelik bernama BERONGAN aka klorak kata orang jawa.Hati-hati!Bukan klorok tau!Yang ni kalau makan gerenti tak bertukar jadi putih!Seumur hidup aku tak pernah mencari siput ni.Hari ni pun sama.Teringin nak ikut keadaan tak mengizinkan.

   Selepas kira-kira 2 jam, rombongan mencari BERONGAN terdiri daripada adik-adik dan anak-anak buah aku pun balik dengan hasil tangkapan (?atau kutipan) kira-kira dua baldi.Fuyoo!Banyak tu!

 
Inilah dia hasil tangkapan sebelum diproses.
   
      Proses pertama mestilah mencuci.Caranya gonyoh atau berus bersih-bersih.Guna berus gigi lama pun boleh.Asal jangan berus tandas, sudah.Selepas diberus dan dicuci bersih-bersih, BERONGAN AKA KLORAK perlu dikukus.Rebus pun boleh kot.Asal isinya masak.Bila dah masak, jangan terus dimakan pulak.Proses seterusnya adalah mengetuk dan membuang cengkerang dan ambil isinya sahaja.Buang bahagian hujungnya sekali iaitu bahagian yang lembik yang kononnya mengandungi isi perut yang tak boleh dimakan.Jangan lupa buang sekali lapis keras seperti tampuk di bahagian yang kenyal.Kemudian, BERONGAN AKA KLORAK perlu dibasuh sekali lagi sehingga betul-betul bersih.Kalau nak terus makan, boleh juga tapi bagi yang beranilah.Yang tak berani, jangan.Nanti tak pasal-pasal menternak 'Monster in me'.Eeeii....




Inilah isi yang telah dibasuh bersih dan sedia untuk dimasak.

   Ok.Last sekali, bolehlah dimasak ikut suka asalkan sesuai.Contohnya dimasak sambal, goreng, kari dan seumpamanya.Jangan ngengada buat campuran kek caramel pulak ye.Jangan lupa tu.Selamat mencuba!

p/s: Agak-agak ANDREW ZIMMERN sanggup makan tak?

Sunday, February 7, 2016

Maaf!Aku tak larat!

   Cuti dah habis dua hari.Tapi............ huhuhu.................. Aku masih belum mampu.......................huhuhu.................Belum mampu melaksanakan azam untuk......................... huhuhu...................... mengemas rumah!Rumah aku masih macam tongkang pecah! Apa nak buat.Aku redha jelah.Bukan aku tak sudi (eh!Tu lagu!) Bukan aku tak nak siapkan mengemas rumah yang aku mulakan minggu lepas, tapi aku tak larat.Huhuhu!!!



Antara barang-barang yang perlu aku say goodbye!

Resipi sagun yang lazat

   Siapa pernah makan sagun tentu tahu bagaimana istimewanya sagun.Aku memang suka sangat makan sagun.Dulu, masa aku kecik, makcik aku@anjang selalu buat sagun yang aduhai, sangatlah lazat.Setelah berpuluh tahun, aku dapat merasa sagun sekali lagi.Mmm..nyam nyam nyam.. Alhamdulillah.... Tapi bukan makcik aku @ anjang yang buat.Kali ini kakak aku @ kak Yong yang buat.Terima kasih le kak Yong...Terima kasih daun keladi.

Resipi sagun Kak Yong

Tepung beras ( disangai sampai ringan dan sejukkan)
Kelapa muda parut - Jangan ambil bahagian hitam
Gula dikisar halus( agak-agak manis)
Sedikit garam
Sedikit daun pandan untuk mewangikan.

Caranya:

1.Panaskan kuali tanpa minyak
2.Sangai kelapa parut yang diletakkan potongan daun pandan, hingga kering, wangi dan kekuningan.Pastikan api tidak terlalu kecil atau besar.Perlu sentiasa dikacau supaya kuningnya rata dan tak hangus.
3.Masukkan tepung beras yang telah disangai awal-awal dan gaul rata.
4.Masukkan gula dan garam.
5.Kacau rata.
6.Angkat bila telah cukup kering.

* Nampak mudah tetapi perlu pastikan sagun tak hangus.
*Kalau suka boleh dicampur kuning telur semasa digaul dengan tepung beras dan masak hingga kering.
*Orang tua pesan, hati-hati semasa makan sagun kerana kalau tersedak, alamat la...

Image result for sagun

Sagun Cik Google yang telah dikomersilkan.

Ayam baka gedempol

   Aku orang kampung.Tak pernah makan ayam belanda aka turkey.Walaupun dah beratus kali tengok di TV.Termasuklah ayam belanda gergasi versi Mr.BEAN.Ditakdirkan suatu hari, aku ke MASLEE.Aku ternampak seekor ayam punyalah besar!Baik punya landing antara ayam-ayam kurus keding aka ayam pencen.

   Dengan terujanya aku pun bertanya kepada pekerja nepal (kot) yang asyik tersengih walau pun gigi ala-ala hitam budak baru 6 tahun.Aku tanya, ayam apa.Aku dengar dia kata ayam belanda.Aku tengok harga boleh tahan.Tak sampai lima ringgit.Murahnya!!!Aku pun dengan yakin dan gembira, minta dia timbang.Harga lebih kurang dua puluh enam ringgit.Oklah.Aku setuju nak beli.Dalam otak dah terbayang nak buat ayam belanda sumbat ala-ala omputih.

   Sampai di rumah, dengan kekuatan tangan sebelah kiri (tangan kanan aku retak tahun lepas dan masih perlu aku cutikan), aku letak ayam belanda aku yang telah siap dipotong-potong ke dalam sink.Waktu mencuci, aku rasa ayam belanda aku tersangatlah hanyir.Macam itik pun ada.Aku belek bahagian tongkeng, memang sah bukan itik.Kemudian, baru aku perasan, bukan ayam belanda yang aku beli tapi ayam baka!Terkesima aku sekejap!Baka pun bakalah.Janji boleh goreng kunyit pun sodap!(Padahal aku frust tak dapat makan ayam belanda) Lain kalilah, kalau ada rezeki, aku beli ayam belanda betul-betul belanda.

Image result for ayam belanda

Ayam belanda Cik Google


Let's have a break!