Aktiviti hari ke 3 balik kampung adalah mengenang kembali kenangan zaman silam.Apa lagi?Kenangan mencari siputlah.Kali ni lebih mencabar kerana bukan mencari siput sedut tetapi siput pelik bernama BERONGAN aka klorak kata orang jawa.Hati-hati!Bukan klorok tau!Yang ni kalau makan gerenti tak bertukar jadi putih!Seumur hidup aku tak pernah mencari siput ni.Hari ni pun sama.Teringin nak ikut keadaan tak mengizinkan.
Selepas kira-kira 2 jam, rombongan mencari BERONGAN terdiri daripada adik-adik dan anak-anak buah aku pun balik dengan hasil tangkapan (?atau kutipan) kira-kira dua baldi.Fuyoo!Banyak tu!
Inilah dia hasil tangkapan sebelum diproses.
Proses pertama mestilah mencuci.Caranya gonyoh atau berus bersih-bersih.Guna berus gigi lama pun boleh.Asal jangan berus tandas, sudah.Selepas diberus dan dicuci bersih-bersih, BERONGAN AKA KLORAK perlu dikukus.Rebus pun boleh kot.Asal isinya masak.Bila dah masak, jangan terus dimakan pulak.Proses seterusnya adalah mengetuk dan membuang cengkerang dan ambil isinya sahaja.Buang bahagian hujungnya sekali iaitu bahagian yang lembik yang kononnya mengandungi isi perut yang tak boleh dimakan.Jangan lupa buang sekali lapis keras seperti tampuk di bahagian yang kenyal.Kemudian, BERONGAN AKA KLORAK perlu dibasuh sekali lagi sehingga betul-betul bersih.Kalau nak terus makan, boleh juga tapi bagi yang beranilah.Yang tak berani, jangan.Nanti tak pasal-pasal menternak 'Monster in me'.Eeeii....
Inilah isi yang telah dibasuh bersih dan sedia untuk dimasak.
Ok.Last sekali, bolehlah dimasak ikut suka asalkan sesuai.Contohnya dimasak sambal, goreng, kari dan seumpamanya.Jangan ngengada buat campuran kek caramel pulak ye.Jangan lupa tu.Selamat mencuba!
p/s: Agak-agak ANDREW ZIMMERN sanggup makan tak?
0 comments:
Post a Comment