Showing posts with label bizarre food.. Show all posts
Showing posts with label bizarre food.. Show all posts

Monday, February 8, 2016

Berongan aka klorak.

   Aktiviti hari ke 3 balik kampung adalah mengenang kembali kenangan zaman silam.Apa lagi?Kenangan mencari siputlah.Kali ni lebih mencabar kerana bukan mencari siput sedut tetapi siput pelik bernama BERONGAN aka klorak kata orang jawa.Hati-hati!Bukan klorok tau!Yang ni kalau makan gerenti tak bertukar jadi putih!Seumur hidup aku tak pernah mencari siput ni.Hari ni pun sama.Teringin nak ikut keadaan tak mengizinkan.

   Selepas kira-kira 2 jam, rombongan mencari BERONGAN terdiri daripada adik-adik dan anak-anak buah aku pun balik dengan hasil tangkapan (?atau kutipan) kira-kira dua baldi.Fuyoo!Banyak tu!

 
Inilah dia hasil tangkapan sebelum diproses.
   
      Proses pertama mestilah mencuci.Caranya gonyoh atau berus bersih-bersih.Guna berus gigi lama pun boleh.Asal jangan berus tandas, sudah.Selepas diberus dan dicuci bersih-bersih, BERONGAN AKA KLORAK perlu dikukus.Rebus pun boleh kot.Asal isinya masak.Bila dah masak, jangan terus dimakan pulak.Proses seterusnya adalah mengetuk dan membuang cengkerang dan ambil isinya sahaja.Buang bahagian hujungnya sekali iaitu bahagian yang lembik yang kononnya mengandungi isi perut yang tak boleh dimakan.Jangan lupa buang sekali lapis keras seperti tampuk di bahagian yang kenyal.Kemudian, BERONGAN AKA KLORAK perlu dibasuh sekali lagi sehingga betul-betul bersih.Kalau nak terus makan, boleh juga tapi bagi yang beranilah.Yang tak berani, jangan.Nanti tak pasal-pasal menternak 'Monster in me'.Eeeii....




Inilah isi yang telah dibasuh bersih dan sedia untuk dimasak.

   Ok.Last sekali, bolehlah dimasak ikut suka asalkan sesuai.Contohnya dimasak sambal, goreng, kari dan seumpamanya.Jangan ngengada buat campuran kek caramel pulak ye.Jangan lupa tu.Selamat mencuba!

p/s: Agak-agak ANDREW ZIMMERN sanggup makan tak?

Monday, February 10, 2014

Cara masak boren.

   Kepada mereka yang bertanya, sekarang aku ceritakan apa itu boren dan bagaimana nak memasaknya.Sebelum tu, kita kenali dulu rupa boren tu ye



   Inilah dia rupa boren.Boren ni adalah sikit-sikit macam abalone tapi boren tak de shell.Waktu sesuai ditangkap ialah semasa air surut di kawasan pantai berlumpur.Nak tangkap boren ni kena cekap kerana kalau lambat, ia akan segera 'masuk' ke dalam lumpur.20 tahun dulu saiz yang biasa ayah ambil adalah sebesar pinggan tetapi sekarang ni cuma tinggal saiz kuih donut je.

   Cara menyediakannya, sebelum dimasak, kena cuci bersih-bersih.Kikiskan lendir atau pasir yang melekat.Kemudian direbus sampai saiznya kecut.Kalau asal saiz pinggan, bila dah direbus, saiznya adalah besar donut.Kemudian kikis dan cuci lagi hingga betul-etul bersih.Bila dah pasti cukup bersih, bolehlah dimasak ikut suka kita masak seafood yang lain.Rasanya lazat bagi mereka yang sukakan tiram.Manis dan sangat sedap.Andrew Zimmern mesti suka kerana boren ni bizarre.Ada sesiapa pernah cuba?
.