Last up date,hari Sabtu 24 Mac lepas.Entry ringkas curi-curi time online sebab nak jawab soalan berkaitan LDP ( kursus le tu).Niat hati, nak blogging puas-puas untuk naikkan balik Alexa ranking aku tapi apa daya, aku merancang tapi Allah yang menentukan....
Seperti yang aku maklumkan dalam entry terdahulu, aku dalam dilema untuk pulang segera melawat kakak yang sakit tenat di Terengganu.Aku memang plan nak balik hari Selasa, malam tapi dalam jam 10 pagi lagi aku dah terima berita yang kakakku makin tenat.... Aku balik hari Selasa tu juga dan barulah pagi tadi lebih kurang jam 9 pagi, Jumaat 30 hb aku sampai di rumah, setelah selesai segala urusan pengkebumian.
Memang aku sedih kerana kehilangan seseorang yang amat aku sayang.Kak Yah seorang yang sangat baik hati dan aku tak pelik sekiranya berduyun-duyun orang ramai datang melawat.Tiada lagi seorang kakak yang sanggup memasakkan aku serunding daging atau nasi dagang tiap kali aku balik ke Terengganu.Sampai saat ini, aku masih terdengar-dengar suaranya... Mudah-mudahan, Allah tempatkan kakakku Allahyarhamah Maziah Ibrahim, di kalangan mereka yang beriman.Al Fatihah!
Niat hati untuk solat di Masjid Kristal dengan Kak Yah, tak kesampaian
tapi aku singgah juga ke sini.
p/s: Aku plan nak jumpa blogger Dayang Deno tapi tak dapat....
Sedihnya!!!
2 comments:
Takziah buat scarlett di atas kepermergian kakak. Moga2 arwah ditempat didlm golongan org2 yg dikasihi Allah.
deno minta maaf sangat akak.... :(
Post a Comment