Sebelum aku cerita kejadian pelik jam 3 pagi, 3 Disember 2011, yang aku alami, aku nak ucapkan berbakul terima kasih pada Telor Superman, kerana tolong ingatkan aku untuk ceritakan kisah pelik tu semasa aku buat entry tentang Jahlelawati.Biasalah, lepas buat apa-apa entry, aku suka ketuk-ketuk google untuk cari gambar yang sesuai.Semasa aku menggoogle ( Sorry, Cikgu BM!) gambar Jahlelawati itulah, aku terasa seolah-olah ada orang di belakang aku!
Serious aku betul-betul terasa ada orang menepuk bahu aku!Aku toleh tapi takde sesiapa.Oleh kerana aku dah seram-seram sejuk, aku pun cepat-cepat nak log out.Tiba-tiba, macam nak tercabut jantung aku kerana aku nampak seolah-olah mata aku ( Scarlett O'Hara ) di header aku, bergerak-gerak dan merenung tajam pada aku!Nak kata aku bermimpi, aku masih lagi jaga dek sindrom burung hantu yang membuatkan aku susah nak tidur.Kalau tengok gambar tu, mata aku ( Scarlett O'Hara) menjeling ke tepi tapi semasa kejadian tu berlaku aku nampak mata aku tu memandang tegak, tepat merenung aku!Betul punya seram!
Lepas, log out, cepat-cepat aku ambil wuduk dan tidur.Esoknya, kebetulan agaknya, aku demam dua, tiga hari.Bila aku bukak balik blog, aku tengok gambar tu biasa je jadi tak jadilah aku nak tukar header sebab aku suka sangat header klasik yang Abg Terror buat untuk aku.Sampai sekarang, aku masih kekal dengan header tu sebab aku seorang yang sangat setia.Tak tipu ni....
Itulah kisahnya Telor...
Pelik tapi benar.
Terima kasihlah Telor, kerana tolong ingatkan.
Gambar Jahlelawati nilah yang google.
2 comments:
teringin juga nak tukar header....
eh... header tu hapa?
heh kak aku pun ada cerita yang sama..mmg angkerrrr :)
Post a Comment