Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Saturday, December 3, 2011

Siapa kenal Jahlelawati?

   Entah kenapa, tiba-tiba aku teringat Jahlelawati.Zaman aku kecik-kecik dulu, bila dengar nama Jahlelawati je, meremang bulu roma aku.Sebabnya?Sebabnya aku terbayang ketawa dia yang mengilai-ngilai sebiji pontianak dalam bangsawan radio Singapura.Aku teringin sangat nak hidup zaman ala-ala Hang Tuah atau ala-ala bangsawan. Hilang akal agaknya aku.Inilah akibat terlebih menonton cerita purba Tentu seronok kalau dapat jadi tuan puteri. Hehehe!

   Berbalik pada Jahlelawati, agak-agak masih hidupkah dia?Kalau masih hidup, di manakah dia tinggal?Kalau dah meninggal, teringin aku kenal waris-warisnya.Terfikir juga aku, agak-agak ada tak orang zaman sekarang yang namanya Jahlelawati?Ala... kenapalah aku hari ni? Asyik teringat zaman aku kecik-kecik dulu je.Agaknya aku tak puas jadi budak kecik.Oklah... aku off dulu.Nak gi tengok The X Factor pulak.



Kalau tak silap ini Jahlelawati dalam filem Anak Pontianak.
Kalau silap beritau aku ye.
Gambar aku pinjam jap dari SINI.

pssst!Ada kejadian pelik @ misteri yang berlaku masa aku Google gambar ni.
Aku cerita dalam entry akan datang.
Pelik sangat!

7 comments:

faizal mohd said...

mengancam la hantu tu. HEHE :)

Chekgu Azrine said...

alamak naik bulu roma.. seram!!

whitecappuccino said...

Akak ingat dia!! dolu2 selalu dengar drama radio ..a'ah..suara dia semacam..

grOundnUt said...

woa!Dah pukul 3 pagi ni..tengok plak gambo ni..memang seram sejuk sampai nak kencing la gamaknyaa..@_@'

kpah k-poh said...

tak pernah tahu pasal jahlelawati...Hantu pun tak mau tau..seram..seram...

Telor Power said...

apa kisah pelik semasa google ttg dia sis, cuba bgtaw

Scarlett O'Hara said...

Tq telor tolg ingatkan.Ni cerita kat sini.
http://scarlettj1.blogspot.com/2012/03/kejadian-pelik-jam-3-pagi.html

Let's have a break!