Aku tak faham macam mana mereka berfikir.Kalau aku kata mereka takde ilmu agama langsung, tentu mereka marah.Tapi, bukti yang ditunjukkan, begitulah.Orang yang ada sedikit sebanyak ilmu agama takkan buat benda tu.Kalau tak malu pada manusia, malulah pada Allah.Ini tidak.Rasanya, budak-budak tadika lagi faham tentang halal haram.
Sejak akhir-akhir ni pulak, aku perhatikan, bukan budak-budak remaja saja yang main langgar je tentang halal haram.Malah, wanita-wanita dewasa, atau tua ( maaf, kerana aku guna perkataan tua) pun sama dua kali lima.Tak salah orang tua peringkat umur 40an ke atas nak pakai seluar atau nak bergaya.Tapi mestilah berpada-pada.Ini tidak!Dah berapa kali entah aku nampak perempuan tua melayu bertudung yang memakai blous atau t shirt pendek dengan legging atau dengan seluar kain lembik jenis kulit ( entah apa entah nama kain tu ) Kalau bahagian tut tut tu tertutup dek baju yang labuh ok juga.Ni tidak!Bahagian tu lah yang sangat mudah dari jauh orang nampak, dek ketatnya seluar atau legging yang dipakai.Tak senonoh!Ingat ballerina nak menari ballet ke apa!
Sebagai orang yang sedang-sedang saja ( pinjam istilah Iwan Dangdut), aku nak ingatkan suami-suami atau anak-anak makcik tu supaya rela jadi QC @ Quality Control untuk isteri-isteri atau emak-emak mereka.Agak-agak isteri-isteri atau emak-emak tu pakai pakaian yang tak senonoh sikit, tegurlah.Janganlah main tengok aje.maklumlah, kata orang, orang perempuan ni bila dah masuk umur 40an, dia teringin nak jadi muda balik.Wallahu alam.
Kesimpulan :
1. Tak salah wanita dewasa nak bergaya, tapi kena pandai pilih fesyen yang sesuai
( Yang ketat macam sarung nangka tu janganlah pakai.HODOH)
2.Suami atau anak tolonglah pantau isteri atau emak yang mungkin tersilap pilih pakaian.
3.Sentiasa berpandukan agama bila nak berfesyen.
4.Janganlah suka ikut-ikut.Orang bukan Islam lain.
Bayangkan emak kita pakai macam ni.
Cantik ke?
Uwekk!!!
( Credit to Google )
4 comments:
memang memalukan orang macam ni...
segala2nya berbalik pd iman..kalau iman kuat walau apa pun godaan kita x kan terpikat utk melakukan yg buruk2 kannn..
sampai nampak lurah V ye cikgu?hihihi
moden la kononnya..
Post a Comment