Tuesday, December 20, 2011

KEPUTUSAN PMR 2011

    Patutlah aku rasa tak sedap hati.Mandi tak basah, tidur tak lena.Makan tak kenyang.Rupa-rupanya kerana KEPUTUSAN PMR YANG BAKAL DIUMUMKAN pada 22 Disember ni.Jangankan budak-budak calon PMR, aku yang mengajar ni pun rasanya nak menyorok dalam cengkerang macam kura-kura!Mudah-mudahan anak-anak murid aku berjaya dengan cemerlang.Anak-anak murid aku calon GALUS pun aku harap dapat lulus subjek English.Walau pun cuma satu kelas saja pelajar GALUS yang aku ajar, semua calon GALUS aku sayang.

   Bagi menjawab soalan anak-anak murid aku di sms atau FB, sekali lagi aku maklumkan, tradisi sekolah aku, WAJIB berbaju seragam sekolah lengkap semasa ambil keputusan.Jadi toksahlah berangan nak pakai stiletto ke apa ye!Baju koko pun tak boleh tau!Almaklum sajalah, sekolah aku ni antara sekolah yang terkenal dengan disiplin yang ketat.Itu pun untuk kebaikan anak-anak murid aku juga.

   Alamak!Aku risaulah!Sampaikan hilang idea aku nak blogging.Tu yang asyik up date lagu je tu!Harap maafkanlah aku yang kerisauan ni ye!PEACE!( Opps!Tiba-tiba rindu nak guna bahasa budak-budak) Berita lanjut tentang KEPUTUSAN PMR, cara nak SMS dan sebagainya, boleh dibaca di SINI.



Risau sampai hilang telinga!




0 comments:

Post a Comment