2011 hampir melabuhkan tirainya.Tinggal 5 hari je lagi akan muncul mentari 2012.Bermakna akan bertambah lagi setahun umurku!Jangan tak tahu, 1 Januari tu hari lahir aku. Sepanjang tahun 2011 ini, sebenarnya banyak pahit dari manis yang aku alami.Yang pahit, realiti hidup aku sebagai seorang manusia.Yang manis pula, pengalaman aku sebagai seorang blogger.
Kejadian pertama berlaku pada tahun ni tapi bulannya aku dah tak ingat dah.Waktu tu aku sedang sibuk menulis untuk satu entry.Seperti biasa, sambil cari ilham, sambil aku berjalan-jalan aka blogwalking.Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.Aku tak naklah orang kata aku gila blogging sampai lupa nak masak.Jadi aku pun masaklah nasi.Kebetulan periuk nasi elektrik aku rosak.Aku pun gunalah dapur gas.
Selepas aku hidupkan api dapur tu, aku pun sambung blogging.Macam orang gila aku gelak-gelak baca satu entry di blog Nasi hangit Tapi aku lupalah pulak entry apa yang aku baca tu.Sambil tu, aku sempat juga klik blog-blog lain untuk blogwalking sambil tulis entry.Tamak betul aku bila dah gila blogging.Internet time tu pulak punya lah laju!Tiba-tiba, time aku gelak sorang-sorang tu, aku terhidu bau hangit!
Ya Allah!Baru aku teringat aku tengah masak nasi!Aku pun apa lagi, melompat ke dapur!Macam nak pengsan aku kena gelak sebab nasi aku betul-betul hangit dek terlampau asyik baca entry di blog Nasi hangit.Bukan sikit punya hangit tapi dah habis rentung nasi dan periuk aku yang bahagian bawah.Betul-betul punya hangit!Pengajaran daripada kejadian tersebut, aku set jam aku yang akan berbunyi setiap sejam sebagai ingatan supaya aku tak betul-betul jadi gila sebab blogging!
Siapa nak berkenalan dengan Nasi hangit, silalah KLIK!
Ssshh!Tapi aku jarang ke blog Nasi Hangit sebab banyak entry 18sx.
Nanti anak murid aku marah!
Ssshh!Tapi aku jarang ke blog Nasi Hangit sebab banyak entry 18sx.
Nanti anak murid aku marah!
6 comments:
tu dia sampai nasi pun jadi hangit,nasib baik tak meletup..:)
addicted dah ni
tak mo pi sanalah scarr..takut nanti ralik dgn 18sx...heeee
time blogging jangan masak nasi guna dapur gas, nasib baik tak hancus dapur tu.
Nasib nasik je bukan rumah yang hangit
Entri nasihangit takdelah lucah melampau. Sikit-sikit jer. Hehehe :D Apa pun, tq sebab sudi jalan2 ke blog nasihangit.
Post a Comment