Opps!Bukan nak provok ye.Memang aku tak kisah harga gula naik.Bukan sebab aku kaya ye tapi sebab aku memang tak kisah.Kebetulan, aku memang dah kurang guna gula sama ada dalam makanan atau minuman.Kalau dulu, sekilo tak sempat seminggu dah habis.Tapi sekarang ni sekilo sebulan pun belum tentu habis.Masa nak mula memang susah, tapi bila dah mula, ok je.Dan syukur sebab aku tak de kencing manis atau diabetis kata orang bando.
Kebetulan, selepas dah lama tak buat kuih ni, tak kiralah kek lapis serikaya ke, pavlova ke, macaroon ke durian crepe ke,aku teringin nak makan kek batik.Ala..... kek yang guna biskut Marie tu.Aku google blog Mat Gebu Dapur Tanpa Sempadan.Dalam resipi Mat Gebu, untuk 1 adunan, kena guna 1/2 cawan gula, 1 cawan milo, dan 1/2 cawan susu.Tapi aku tak guna langsung gula.Walau bagaimana pun hasilnya tetap manis!
Semasa aku cairkan buttercup dan susu tu, anak aku si Panji asyik mengecek nak.Aku memang tau dia suka sangat buttercup.Sampai tertumpah milo aku.Bertuah betul.Sampailah aku habis menenyeh adunan tu dalam loyang, dia masih lagi sibuk mengecek!Geram betul!!Kalah budak kecik!Akhirnya, selepas bersusah payah, aku berjya juga menyiapkan kek batik aku.Rasa?Sedap!Maklumlah .... Resipi Mat Gebu.Tapi rupa?Hahahaha!!!Malu nak cakap!Tapi seronok memasak buat hilang tension asyik fikir pasal sakit je.Ye tak?
Ni ha!Si Panji yang asyik dok mengecek kek Batik aku duduk di kaki tepi dapur.
Ha... Kek Batik aku dah siap.
Kena simpan dalam peti sejuk bagi keras baru boleh potong.
Dah pun sejuk.Masa untuk potong!Yeah!
Alamak!Rasa superb tapi rupa tak.Hehehehe.
Lapisan atas tu aku tuang coklat.
Improvised resipi Mat Gebu.
Nyum!Nyum!Nyum!
Resipi kek manis tanpa gula.
Apa susah gula naik harga?Kan?
2 comments:
uhhh kek!
acik pun kalau buat tak letak gula..
gula pun sekilo hampir 2 bulan..
tapi acik tetap risau..mana tau..akibat dari pengurangan subsidi gula..akan berjangkit kelain pulak..
gaji tak betambah..nak cari duit tambahan dah tak larat..dah tua..
tapi..acik redha je la
Post a Comment