Jumaat, 20 Februari 2015, aku ke Stadium Pasir Gudang dengan anak-anak buah.Saja nak menonton perlawanan bolasepak antara JDT11 dan Kuantan FC (ke FA?) .Perlawanan mula pukul 8.45 malam tapi pukul 6 aku dah kena paksa masuk.Suasana di stadium macam biasalah bila ada perlawanan.Polis merata-rata.Menyampah!FRU pun ada.Kawalan dan check masuk boleh tahan ketat.Ramai juga yang masuk awal.Time solat tak jadi masalah sebab surau disediakan dan di surau lelaki kata anak buah aku, sembahyang berjemaah.
Sebelum perlawanan mula, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail, kesayangan rakyat Johor hadir.Sebelum perlawanan, budak-budak Boys Of Strait mula chanting.Meriah stadium.Naik semangat kaki bola.Sebenarnya, aku kurang minat bolasepak jadi sementara orang sibuk tengok bola, aku layan handphone je sambil borak-borak dengan jiran yang turut sama hadir.Dapatlah juga curi masa baca novel.Hihihi....Perlawanan meriah dengan keputusan JDT 11 5 gol berbalas 2.
Yang seronoknya, aku tengok, penonton tak kira atuk-atuk, makcik-makcik atau budak baru belajar berdiri semua berdiri tegak semasa lagu Bangsa Johor dan Negaraku dinyanyikan.Majoriti ikut menyanyi.Pakaian jangan katalah..rata-rata bangga dengan identiti Johor.Cayalah!Dengan bendera, sepanduk, mafla, kain rentang semua tunjukkan semangat cintakan Johor.Semasa perlawanan pulak, sepanjang masa budak-budak Boys Of Strait tak henti-henti nyanyikan lagu semangat.Tak rasa penat agaknya budak-budak tu.Terkenang pulak semasa melatih Pasir Gudang School Band tahun 2007-20010 di padang yang sama.Oklah...Tengok gambar je lah.Tepu pulak idea.
Budak-budak Boys Of Straight dengan sepanduk dan bendera,
menyanyi beri semangat tak henti-henti.
Sempat posing jap dengan budak-budak BOS
Oh ya.Lupa nak ucapkan terima kasih pada kawan aku yang tolong belikan tiket.
Harap beli sendiri.... jangan harap.Ramai bebeno!Terima kasih daun keladi ye Taib!