Ah!Sudah!Penyakit ku datang lagi!Dah seminggu ni aku tak berapa selera nak makan nasi.Entah mengapa nasi yang lazat tu aku rasa macam ulat sampah berjoget-joget!Penyakit jiwa ke apa?Puas aku cuba paksa ulat-ulat berjoget tu masuk ke mulut, namun tetap hampa!Ahh!Terutama nasi beras jenis panjang yang aduhai sebiji macam ulat!Nampak gayanya terpaksalah aku redha dan lupakan nasi buat sementara.Buat masa ini, aku jadi nyau je lah.Dok ratah lauk tanpa nasi.Apa pun syukur alhamdulillah kerana sekurang-kurangnya aku masih ada selera nak makan lauk.Kalau tak,alamat slim melim lah aku mengalahkan model kelas A yang kalau angin tiup pun boleh melayang.Boleh gitu?Mmm.....
Lunch minggu lepas aku ratah ayam pencen rendang, sardin seketul dan 5 belah jering masak apa entah.Masakan padang tapi sedaplah pulak.Cuma dek kerana pedas melampau, aku basuh dulu jering yang dah jadi kentang tu.Sape nak marah?Janji aku makan...
Dinner aku 3 hari lepas.Nampak hodoh tapi sedap.Baru je aku berkenalan secara tak sengaja dengan masakan padang ni.Tanya kawan di FB katanya jering masak kalio.Aku tanya kakak Indonesia yang jual dia kata jering masak sambal.Agaknya kakak tu segan nakcakap jengkol kalio (Bahasa Indonesia ) Tak kisahlah janji sedap.Langsung tak de bau atau rasa jering tu.Yang ada cuma rasa lemak-lemak sedap macam kentang.Aku rasa sebelum disambal, jering ni dah kena dera dulu.Kena rebus sampai empuk kemudian diketuk sampai penyek.Nak tau lebih lanjut, aku kena cari resipinya ni.Burrrp...Alhamdulillah...Walaupun tak makan nasi, aku masih diberi nikmat merasai kelazatan makanan lain.Amiin....
1 comments:
ai is suka jering.. sedap.. ;)
Moga cepat sembuh hendakNYA..
Post a Comment