Friday, December 25, 2015

Petua sembuhkan migrain...

   Bila BEN ASHAARI sebut tentang migrain, aku teringat pengalaman aku sendiri...Berperang dengan migrain sejak di tingkatan 5.Bila migrain menyerang, oleh kerana sakit tak tertanggung, aku pernah hantuk kepala di dinding.Nasib baik tak mengong!Err... nasib baik mengong sikit je!Hihihi!Sampailah aku ke Maktab Perguruan Ilmu Khas (Sekarang Institut Perguruan Ilmu Khas), aku menderita kerana migrain.Bila jumpa doktor, doktor beri nasihat untuk elakkan perkara yang boleh buatkan aku migrain.Antaranya tak boleh minum nescafe, kopi, teh, makan coklat, minum milo dan yang paling penting tak boleh stress!

   Aku cuba elakkan juga punca-punca migrain tu tapi ia menyerang juga.Tiap kali ia menyerang, aku telan pain killer.Tiap kali tu juga, aku rasa macam nak tercabut kepala aku berkungfu dengan migrain.Dengan kuasa Allah yang maha esa, suatu hari tu aku terfikir untuk telefon Mama Juwie ( Allahyarham Mama Juwie), seorang wartawan hiburan.Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba teringat nak minta nasihat Mama Juwie.Yang aku ingat masa tu, aku betul-betul dah habis ikhtiar nak menghalau migrain yang asyik menyerang.

   Alhamdulillah... sekali dail je, aku dapat bercakap dengan Mama Juwie.No tel tu aku dapat dari sebuah majalah tapi aku dah tak ingat dah majalah apa.Aku ceritakan semua masalah aku pada Mama Juwie.Subhanallah...Walau pun Mama Juwie tak kenal aku, dengan suaranya yang cukup lembut, beliau nasihatkan aku macam-macam.Mama Juwie beri aku petua supaya dapat aku nyahkan migrain yang tak malu asyik datang bertandang.Mama Juwie kata, itu cuma petua sebagai ikhtiar.Yang menyembuhkan adalah Allh s.w.t.Suara Mama Juwie yang lembut, bagai air mengalir di gurun aku rasakan...

   Mulai hari itu, aku pun amalkan petua yang diberikan.Alhamdulillah... setelah seminggu, ia mula menampakkan hasil.Hingga sekarang setelah lebih lima belas tahun peristiwa tu berlalu, aku dah jarang sangat berperang dengan migrain.Cuma kadang-kadang sakit kepala biasa kerana sering jadi burung hantu kerana aku jenis yang susah tidur malam.Hingga hari ini, aku terhutang budi kepada Allahyarham Mama Juwie kerana bukan sekadar petua menghambat migrain yang diberi tetapi petua untuk menjadi makhluk Allah yang sentiasa redha... Terima masih Mama Juwie dan doaku moga dirimu di bawah lindungan Allah yang maha esa di alam sana. Al Fatihah untuk Mama Juwie.

Image result for mama juwie

   Kepada yang ingin mencuba petua Mama Juwie,begini caranya... Setelah kita mandi bersih-bersih, dah hilang semua sabun atau segala kotoran di badan, kita duduk mencangkung dan rapatkan peha betul-betul.Jirus air yang betul-betul bersih di kepala dan bacalah selawat 3 kali dan niat untuk mohon sembuhkan migrain.Pastikan air jirusan terakhir yang bersih tu bertakung di peha.Kemudian guna tangan dan ambil air di peha tu dan minum sedikit.Buat 7 subuh berturut-turut sebelum solat subuh.Inshaallah.. dengan kuasaNya, migrain akan sembuh.

0 comments:

Post a Comment