Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts
Showing posts with label Ben Ashaari. Show all posts

Friday, December 25, 2015

Petua sembuhkan migrain...

   Bila BEN ASHAARI sebut tentang migrain, aku teringat pengalaman aku sendiri...Berperang dengan migrain sejak di tingkatan 5.Bila migrain menyerang, oleh kerana sakit tak tertanggung, aku pernah hantuk kepala di dinding.Nasib baik tak mengong!Err... nasib baik mengong sikit je!Hihihi!Sampailah aku ke Maktab Perguruan Ilmu Khas (Sekarang Institut Perguruan Ilmu Khas), aku menderita kerana migrain.Bila jumpa doktor, doktor beri nasihat untuk elakkan perkara yang boleh buatkan aku migrain.Antaranya tak boleh minum nescafe, kopi, teh, makan coklat, minum milo dan yang paling penting tak boleh stress!

   Aku cuba elakkan juga punca-punca migrain tu tapi ia menyerang juga.Tiap kali ia menyerang, aku telan pain killer.Tiap kali tu juga, aku rasa macam nak tercabut kepala aku berkungfu dengan migrain.Dengan kuasa Allah yang maha esa, suatu hari tu aku terfikir untuk telefon Mama Juwie ( Allahyarham Mama Juwie), seorang wartawan hiburan.Aku pun tak tau kenapa tiba-tiba teringat nak minta nasihat Mama Juwie.Yang aku ingat masa tu, aku betul-betul dah habis ikhtiar nak menghalau migrain yang asyik menyerang.

   Alhamdulillah... sekali dail je, aku dapat bercakap dengan Mama Juwie.No tel tu aku dapat dari sebuah majalah tapi aku dah tak ingat dah majalah apa.Aku ceritakan semua masalah aku pada Mama Juwie.Subhanallah...Walau pun Mama Juwie tak kenal aku, dengan suaranya yang cukup lembut, beliau nasihatkan aku macam-macam.Mama Juwie beri aku petua supaya dapat aku nyahkan migrain yang tak malu asyik datang bertandang.Mama Juwie kata, itu cuma petua sebagai ikhtiar.Yang menyembuhkan adalah Allh s.w.t.Suara Mama Juwie yang lembut, bagai air mengalir di gurun aku rasakan...

   Mulai hari itu, aku pun amalkan petua yang diberikan.Alhamdulillah... setelah seminggu, ia mula menampakkan hasil.Hingga sekarang setelah lebih lima belas tahun peristiwa tu berlalu, aku dah jarang sangat berperang dengan migrain.Cuma kadang-kadang sakit kepala biasa kerana sering jadi burung hantu kerana aku jenis yang susah tidur malam.Hingga hari ini, aku terhutang budi kepada Allahyarham Mama Juwie kerana bukan sekadar petua menghambat migrain yang diberi tetapi petua untuk menjadi makhluk Allah yang sentiasa redha... Terima masih Mama Juwie dan doaku moga dirimu di bawah lindungan Allah yang maha esa di alam sana. Al Fatihah untuk Mama Juwie.

Image result for mama juwie

   Kepada yang ingin mencuba petua Mama Juwie,begini caranya... Setelah kita mandi bersih-bersih, dah hilang semua sabun atau segala kotoran di badan, kita duduk mencangkung dan rapatkan peha betul-betul.Jirus air yang betul-betul bersih di kepala dan bacalah selawat 3 kali dan niat untuk mohon sembuhkan migrain.Pastikan air jirusan terakhir yang bersih tu bertakung di peha.Kemudian guna tangan dan ambil air di peha tu dan minum sedikit.Buat 7 subuh berturut-turut sebelum solat subuh.Inshaallah.. dengan kuasaNya, migrain akan sembuh.

Saturday, November 29, 2014

Asyik Ben je!

   Fuyooo!!!Hari ni blogger famous yang terawal aku kenal, siapa lagi selain BEN ASHAARI,papa si Qhaliff dan Zahra, muncul lagi.Kali ini di Harian Metro.Bukan setakat ruangan tumpang, tetapi 2 muka penuh termasuk gambar.Rasa teruja nak berjaya macam BEN namun apakan daya aku tak upaya.Hehehe.Cukuplah apa yang aku ada.Tentang Ben Ashaari ni, kalau rasa nak kenal lebih lanjut, silalah ke ruangan apa entah dalam Harian Metro.Maaf.Aku dah tersengguk-sengguk.Untuk tahu kisah lanjut, baca di Harian Metro sendiri ye.Babai!


BEN ASHAARI

Ben, Qhaliff dan Zahra.
Terus cemerlang, ye Ben.

Sunday, August 31, 2014

Azam merdeka.MERDEKA!

  Hari ini, Ahad, 31 Ogos 2014, tepat jam 12.00 pagi, aku mula menarikan jejari tak berapa runcingku di kernal jagung En.Lenovo hitamku.Sambil sibuk menari-narikan jari-jemariku, si Nunez Gonzalez juga sibuk cuba melompat naik ke atas En.Lenovoku.Alahai anak!Berilah peluang emak nak update blog.Dahlah bulan ni mak kena tambah RM10 untuk purchase booster sebab dah terlebih guna 21.54 GB.Kau kacau pulak!Nak manja pun karang-karanglah.Atau pun kau takutkan bunyi bunga api yang berdentum-dentam di langit saat ini?Jangan takut nak.Itu cuma tanda sambutan betapa meriahnya malam merdeka.Tiada kaitan langsung dengan bedilan meriam seperti di Gaza.Relax sayang!Cuba jadi kuat seperti anak-anak Palestin.

   Aku tahu orang berazam semasa sambutan tahun baru.Tapi aku berazam  sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 hari ini.Aku berazam untuk lebih tegar berblogging.Dengan kata lain, aku ingin merancakkan lagi jejari tak berapa runcingku untuk terus menari dan menari setiap malam atau dengan kata lain setiap pagi.Jangan gelak ye.Itu azam tulus dari hatiku.Di samping berazam untuk jadi insan lebih baik dunia dan akhirat.(Ah!Cliche!)Mudah-mudahan, aku berjaya meletakkan ranking Alexaku kembali di bawah 1k seperti suatu waktu dulu.

   Oh ya!Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tanah airku tercinta, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Merdeka buat semua teman-teman bloggerku.Kepada BEN ASHAARI DAN QHALIFF SERTA ZAHRANYA, CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU, KAK PAH DJ, RAFINA MIMI, MIA LIANA, AFZALSUKASUKI, ABANG TERROR, BONI KACAK, BANG GEDEK, MAMA TUNZ, KAK IMA HALIMATON MOH KEMBARA, dan ramai lagilah.Semoga merdeka yang kita sambut, melahirkan CINTA yang maha dalam kepada negara tercinta.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


Cik Google pun sambut merdeka.


Wednesday, August 20, 2014

Ayah buat spot check! Mana kuning telur?

   Bila ayah aku call, hati berdebar-debar.Bukan takut.Cuma segan dan rasa bersalah sebab dah berapa hari entah aku tak ke rumah ayah.Kebetulan, malam semalam, sedang aku asyik melayan kerja sekolah, lebih kurang jam 11.45 malam, ayah call.Aku jawab dengan dug dag dug dag.Takut ayah merajuk atau kecik hati sebab aku dah lama tak menjenguk.

   Mula-mula aku suspens sebab ayah buat suara budak kecik.Rupa-rupanya ayah nak bergurau.Hish!Ayah ni.Buat berdebar hati aku je.Bila ayah dah mula bercakap, barulah aku sedar, yang tujuan ayah telefon malam-malam sebenarnya ayah nak beritahu aku supaya aku cari  buah kuning telur untuk ubat.Ayah tau rupanya aku masih lagi ulang-alik ke hospital.Aku redha je sebab aku sedar, mungkin aku banyak dosa dan penyakit yang aku alami tujuannya untuk menghapus dosa-dosa kecil aku.Alhamdulillah....

   Aku rasa pernah dengar buah kuning telur tapi aku ingat-ingat lupa.Atas nasihat ayah, aku pun try google dan link berikut adalah maklumat yang aku dapat tentang buah kuning telur.Sumber Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kuning_Telur. Ala.... sikit sangat maklumatnya.Terpaksa masuk KEBUN le jawabnya.



Gambar dari Wikipedia

   Ikut maklumat yang aku dapat, buah ni rasanya macam keledek.Kalau macam keledek, maknanya, memang aku sukalah sangat.Terutama keledek Jepun yang manis tu!Fuhh!Ikut kata ayah, dengan mengamalkan makan buah ni, akan mengurangkan sakit aku.Taklah asyik makan pain killer je.Harap appointment HSI, bulan 1 tahun depan baru boleh buat rawatan.Mati kejung dululah aku nanti.

   Oleh yang demikian, jika ada sesiapa yang tinggal area Johor Bahru, Kota Tinggi, Masai atau Pasir Gudang, atau mana-mana jelah dalam Malaysia ni, kalau tau di mana aku boleh dapatkan buah kuning telur ni, tolonglah roger-roger kat aku.Kalau CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU ATAU BEN ASHAARI PAPA SI QHALIFF DAN ZAHRA tau, silalah inform pada aku ye.Thank you so much!

   Malam ni, aku tak sempat jenguk ayah lagi.Esok, aku akan pastikan ada masa jenguk ayah.Terima kasih ayah sebab sudi telefon dan tanya khabar.Esok kita jumpa ye!



Ayahku sayang.

Monday, August 11, 2014

Bangga dengan Ben Ashaari.

    Seronok sungguh aku tengok BLOGGER POPULAR BEN ASHAARI dapat ke Paris, Perancis atas tiket blogger.Siapa kata blogger tak de masa depan?Kalau Ben Ashaari daddy si Qhaliff yang comel dan Zahra yang cute dengan rambut cacak tu tak jadi blogger full time, belum tentu dia dapat jejak kaki ke Paris.Kan?BEN ASHAARI yang kata tau.Bukan aku!

   Mula-mula berblogging dulu, aku pelik juga tengok si BEN ASHAARI ni.Kejap-kejap update.Kejap-kejap update.Sampaikan dalam 5 minit boleh publish 2 entry.Aku nak baca pun tak sempat.Penuh komitmen kata orang.Aku pulak, kejap-kejap tak sempat.Kejap-kejap sibuk.Mengalahkan Datuk Seri Najib.Pada hal aku cuma PPPS je.

   Mula-mula aku follow BEN ASHAARI dia belum jadi daddy si Qhaliff yang babam.Si Zahra pun belum nampak bayang lagi.Tapi,seiring dengan masa, bukan setakat blog BEN ASHAARI ada follower ribu-ribu, dengan hasil yang aku percaya masyuuuk, tapi dianugerahkan dengan 2 cahaya mata comel, Qhaliff dan Zahra. Hasil blogging tu.Hehehehe!

   Apa rahsia BEN ASHAARI?Aku percaya rahsia dia adalah, JADI DIRI SENDIRI.Tak payah susah-susah jadi orang lain seperti setengah-setengah blogger.Walau pun popular, BEN langsung tak sombong.Langsung tak kedekut ilmu.Apa tah lagi nak berlagak.Ada blogger berlagak, tau!Tobat aku tak nak tegur lagi.Serius!Tapi BEN ASHAARI langsung tidak!Ibarat padi, makin tunduk makin berisi!Terbaik,gitu!

   Kesimpulannya:  Aku tumpang berbangga dengan kejayaan blogger-blogger seperti Ben Asaari.Semasa aku mula-mula blogging dulu, ramai juga yang kata, ala.... hangat-hangat t**i ayam je.Tapi aku berjaya buktikan yang blog aku walau pun tak sepopular blog BEN ASHAARI atau CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU,blog aku masih hidup walau pun kadang-kala nyawa-nyawa ikan.Dah lebih 4 tahun dah.Alhamdulillah....

   Pengajaran yang aku dapat : Kena rajin-rajin update blog.Tak kiralah cerita pasal apa.Yang penting KERAP.Kalau tak, mesti hilang rentak menulis.Maksudnya, entry yang kita tulis tu bunyi tak best je.Macam.... macam..... MACAM AKULAH SEKARANG NI! HUA!!!!!!!Entah apa-apa je aku merepek. Jumpa lagilah ye.

YANG BENAR,
~AKU~
Sekian terima kasih.

Friday, November 23, 2012

Collagen Powder.Sedap tak Ben?

   Tajuk pagi-pagi ada kaitan dengan kesihatan;COLLAGEN POWDER.Selain Premium Beautiful dan durian crepe, rasanya collagen powder  juga salah satu tajuk yang popular untuk entry SEO.Sebenarnya, aku dah lama dengar pasal collagen ni tapi belum berminat nak cuba.Aku tengok semalam Ben Ashaari pun buat entry pasal collagen.

   Kalau tak silap, pertama kali aku berminat nak tau pasal collagen ni ialah bila aku tengok wajah seorang guru di sekolah aku.Dulu, banyak sangat jerawat batu menanah di muka cikgu tu.Tapi lepas makan collagen( kalau tak silap jenis AVON) muka dia jadi bersih sebersih-bersihnya!Halus mulus flawlus eh flawless!Selain tu, wajahnya berseri-seri mengalahkan orang pakai susuk.(Ala... Diana Rafar kan pakai susuk dalam filem SUSUK. Muka cikgu tu jauh lebih cantik dari Diana Rafar lepas minum collagen!). Harga susuk eeh collagen kira harga mampu beli lah kan?

   Selain cikgu-cikgu yang sentiasa menjaga kesihatan ( kecantikan?), mak guard di sekolah aku pun bisness collagen.Bukti jelas dan nyata, muka mak guard tu jauh lebih halus dan mulus, menarik kebabooom kalau nak dibandingkan dengan Datin Rosmah Mansor.Betul ni aku tak propa.Jadi, rasanya patut tak aku pun cuba makan collagen?Inilah yang sebenarnya aku nak tanya. :P


Collagen di blog Ben Ashaari


Collagen Avon yang cikgu-cikgu dan mak guard di sekolah aku makan.


Fuyoo!!!Flawless!
Mesti makan collagen juga ni.

   

Monday, November 12, 2012

Qhaliff jadi pengapit

   Amboi Qhaliff!Kecik-kecik dah jadi pengapit!Pengapit blogger famous pulak tu!Bukan main lagi.bagus jugalah tu mudah-mudahan cepat 'berjangkit' kat wife Bro Framestone.Dapat kawan si Qhaliff, Bro Framestone Junior.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

SELAMAT PENGANTIN BARU BRO FRAMESTONE
Moga kekal ke anak cucu.

Friday, October 12, 2012

Di mana kedudukan blog kita?

   Dah lama tak jenguk ranking Alexa kawan-kawan.Bukan mengintai tau, cuma sekadar melihat di mana kedudukan mereka dan di mana kedudukan kita.Kalau kita tak ok, bolehlah selalu jenguk blog-blog yang hebat.Mudah-mudahan ada sesuatu yang dapat kita pelajari dari mereka terutama dalam dunia blogging.Malam ni nak kata aku free sangat tu tak delah sebab berlambak kerja nak buat, tapi aku teruja nak mengendap ranking Alexa blog-blog yang biasa aku lawati.Bukan jealous tau cuma sekadar berkongsi je.Pendek kata, mengendap dengan niat baik tau.Ok.Apa lagi jom kita mengendap.



BEN ASHAARI

Ranking Alexa : 362
Follower : 25243
-
-
-
-
-
-

Blog kedua : Mialiana

Smile... Smile... Smile... | Mialiana.com

Ranking Alexa : 536
Follower :8416

-
-
-
-
-
-

Blog ketiga : Lyssa Faizureen

!    ✿LYSSA FAIZUREEN✿   !

Ranking Alexa :952
Follower : 53464
-
-
-
-
-
-

Blog keempat : Mat Gebu Tiffin Biru
Ranking Alexa : 1,666
Follower : 14236
-
-
-
-
-
-
-

Blog kelima : Lulu Caldina
Ranking Alexa :3024
Follower: 4948
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Blog keenam : Ujang
2025
7157
-
-
-
-
-
-

Blog ketujuh : Yuyu Kupu-kupu Kecik
Ranking Alexa : 1949
Follower : 20026
-
-
-
-
-
-
-

Blog kelapan
Ranking Alexa : 2575
Follower : 2800
-
-
-
-
-
-
-
-

Blog kesembilan : Faizal Fredly

Ranking Alexa :8360
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog kesepuluh : Abang Gedek

Ranking Alexa :4177
Follower : 1377

   Kesimpulannya :Kedudukan ranking yang ok dan nama yang tersohor sebagai blogger yang terkenal bukan penentu tingginya jumlah traffik.Maknanya kalau ranking tak tinggi dan nama tak tersohor pun pengunjung setia tetap akan berkunjung.Tambah lagi jika entry yang dihasilkan cukup bermutu.Tapi kalau follower ribu-ribu pun, tapi tak pandai jaga hati follower, alamat tak lamalah blog tu.

P/s : Di manakah kedudukan blog kita?



Sunday, June 17, 2012

Sila tanya mereka...

   3 hari tak blogging kerana masalah kesihatan.Rindu sangat!Maklumlah, dengan blogging ni macam-macam ilmu dan berita kita boleh dapat.Takdelah buang masa sia-sia.Paling tidak pun dapat menghilangkan kesunyian yang melanda.Tak percaya?Cuba tanya blogger-blogger otai macam Ben AshaariAbang Gedek,Mimi,Mia Liana dan ramai lagilah.Tak percaya juga, sila tanya blogger ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
K-POH / ahli kabinet dapur / spy tingkap

Thursday, June 14, 2012

Tak salah jadi Mr.Mama tapi....

    Sejak akhir-akhir ni, aku dapati blogger Ben Ashaari, banyak menulis entry tentang family.Termasuklah kisah tentang Mr.Mama aka Househusband.Sebagai respon, bagi aku langsung tak salah seorang lelaki tu mengambil alih tugas seorang isteri dengan mengasuh anak dan membuat kerja-kerja rumah.Dalam islam pun aku rasa tak salah.Apatah lagi jika si suami yang tak bekerja tu sebenarnya punya pendapatan dengan bekerja di rumah.Cuma, zaman sekarang ni, aku dapati ramai suami yang cuba menjadi Mr.Mama tapi dek memang perangai lelaki yang tak boleh nak bertolak ansur, akhirnya bukan gelaran Mr.Mama yang sesuai tapi Mr.Mamama.....malas! Kalau boleh mandi pun suruh isteri mandikan tapi ada hati nak duduk rumah goyang kaki.Spesis macam nilah yang patut digantung hidup-hidup!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Mr. Mamama meow!!!!


Sunday, May 6, 2012

Fatin Liyana yang ayu di Nasi lemak Kopi 0

   Ala... dapat tengok sekejap je Fatin Liyana blogger popular yang ayu jelita di Nasi lemak Kopi 0.Kenapa entah aku suka sangat tengok wajah si Fatin ni.Ayu, manis, dan sempurna sangat.Suaranya pun aduhai.Kalau orang lelaki tengok, boleh angau jadinya.Harap-harap lelaki terbaik yang dapat menyunting si Fatin ni. Lepas Fatin, Ben Ashaari, Yuyu dan lain-lain blogger muncul di TV, ramai pulak anak murid aku yang tanya macam mana nak jadi blogger.Tapi yang tak sedapnya tu, dia orang ingat, blog adalah tempat cari duit semata-mata.Harap-harap, aku dapat sedarkan anak-anak murid aku tu, bukan senang jadi blogger dan tujuan blogging bukanlah untuk cari duit tapi kepuasan yang sukar aku jelaskan.Tak percaya,tanyalah Fatin Liyana tu!



Fatin Liyana

Fatin Liyana :  38579 followers


BEN ASHAARI

Ben Ashaari : 23842 followers


Yuyu Zulaika : 18109 followers

Blogger-blogger hebat.

Sunday, February 26, 2012

Aku baru mengendap!Best woo!

(1)
Mula-mula, aku mengendap rumah Ben Ashaari.
Fuyoooo!209 je ranking Alexa dia!
Klik gambar tu kalau nak lebih jelas ye.


(2)
Kemudian , aku mengendap si Lyssa.
Pun hebat!
Kagum aku!



(3)
Bergerak pulak ke rumah Mak Dara.
Mak Dara ni pun makin lama makin hebat.


(4)
Ni pulak rumah Encik Mat Gebu. 
Walau pun En.Mat Gebu ni tak pernah say hi kat aku, tiap-tiap hari aku jenguk dia.



(5)
Best juga mengendap ni.
Alamak!Rumah aku da....
( Segan pulak nak komen)
Dah masuk dua tahun, kat situ je ranking aku.



(6)
Tiba-tiba, aku terdengar suara baby menangis!
Fuyooo!Ujang tengah tukar lampin anak dialah!
Ranking Ujang ni pun boleh tahan..
( Apa lah Ujang.Ada iklan payuda** idaman kat rumah dia)



(7)
Akhir sekali aku menjenguk rumah Abang Gedek , pemilik wajah tanpa senyuman.
Dalam sehari, entah berapa orang masuk rumah Abang Gedek ni.Jadi, aku agak, ranking dia patut lebih baik dari aku.
Mungkin sebab Abang Gedek kurang buat entry SEO ni.


Oklah.. Penat pulak aku mengendap.
Nanti aku nak mengendap rumah orang lain pulak!

Wednesday, February 22, 2012

Blogger baik hati sorongkan bantal

   Aku tak taulah aku ni blogger kategori apa.Nak kata otai, alamak... aku bukan Ben Ashaari atau Ujang suami Yana yang tengah sibuk tukar lampin anak tu.Aku pun tak sehebat Abang Ong  Gedek gedek yang cukup power menarik komen pembaca sampai beratus-ratus untuk satu entry.Nak kata aku blogger baru, tak acilah sebab dah nak masuk 2 tahun dah aku dok dating berjam-jam dengan Cik Lenovo aku ni.

   Tapi kan, aku betul-betul tak ingat macam mana nak buat printscreen akibat terlampau jarang buat printscreen.Tup,tup, seorang blogger bermata cantik, telah membuat tutorial khas macam mana nak buat printscreen.Ibarat kata orang lama, bagai mengantuk disorongkan bantal... Jadi, lepas ni dapatlah aku buat entry dengan printscreen balik.Tunggu!!!

Jom berkenalan dengan blogger yang sorongkan bantal tu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tada!!!!

Inilah dia blogger baik hati sorongkan bantal,
Lyssa Faizureen, gadis bermata cantik.
Thank you Lyssa!!!



Ini aku printscreen bila entah aku pun dah tak ingat.
Si Musang Merah ni pun, sampai hati, dah lama tak jenguk aku.


Ok, mana-mana nak cuba tutorial Cik Lyssa kita, silalah ketuk pintu rumah Lyssa

Saturday, December 24, 2011

Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah : Banyak yang terbalik ni...

   Zaman sekarang ni banyak benda yang dah terbalik kot.Contohnya lelaki tunjuk badan, dikenakan tindakan keras kerana kononnya melanggar adat dan agama.Tetapi perempuan bukan saja tunjuk badan, tapi tunjuk benda-benda lain yang tak patut ditunjuk, tak pulak dikenakan tindakan.Sebaliknya dapat anugerah wanita berpakaian terbaik.Kan terbalik tu?

   Contoh yang kedua, pasangan kekasih tak nak umum atau mengaku sedang berkasih kerana hormatkan keluarga @ nak jaga nama baik keluarga tetapi pada waktu yang sama bergambar memeluk pinggang ( kalau dah peluk pinggang, mestilah rapat dan bersentuh, kan? ) tak pulak terasa nak hormat Allah.Kan terbalik tu!Sifu Ben Ashaari pun ada sentuh tentang isu ini.

   Contoh yang ketiga, makin ramai manusia gelandangan yang hidup merempat tak berumah.Makan pun ikut sempat mana dapat je.Tapi pada satu pihak, seekor kucing atau anjing, yang ada otak tapi kurang akal, dan pastinya tak tahu apa makna hidup selesa, hidup dalam kemewahan hinggakan siap ada pembantu, pemandu dan pengawal peribadi lagi.Kan terbalik tu?

   Contoh yang keempat, aku pasti umat Islam bila disentuh soal babi ( maaf, aku telus, aku tak nak guna perkataan khinzir kerana perkataan babi itu lebih mudah orang faham betapa hina makhluknya), pasti akan melenting marah-marah hatta lalu di lorong rakan-rakan Cina menjual babi.Pada hal bukan kena atau tersentuh pun!Tetapi sebaliknya, semakin ramai umat islam yang tak kisah, atau buat-buat tak kisah, bersentuh lelaki perempuan bukan muhrim walau pun hukumnya tetap sama iaitu haram!

   Contoh yang kelima dan aku rasa masalah ini umpama api dalam sekam.Dilihat tak nampak tetapi membakar dalam diam iaitu suami-suami yang dah berubah menjadi isteri.Dengan kata lain, suami-suami yang hanya tahu membuatkan isteri beranak tapi tak pernah ambil tahu nak menyara anak sedangkan memberi nafkah pada anak-anak dan juga isteri adalah wajib.Gaji kecil bukan alasan untuk melepaskan tanggung jawab.Maka jadilah suami sebagai isteri, isteri sebagai suami.Kan terbalik tu?

   Kesimpulannya, aku rasa umat islam perlu berpegang kembali pada tali Allah iaitu Islam.Islam dah cukup indah dan lengkap dengan adat peraturan hidup.Dengan agama yang kukuh, aku yakin, takkan ada lagi ' benda-benda terbalik' dalam dunia ini.Credit pada En.Ben Ashaari kerana aku mendapat ilham untuk menulis entry ini setelah membaca entry tulisan En.Ben yang bertajuk Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah? Dalam maknanya tu.En.Ben kata dah nikah sebab mereka tak malu berpeluk semasa bergambar!




Katak berpeluk? Comel!



Kucing berpeluk? Comel!



Tak dinafikan, comel sangat!

Petua supaya  tak terasa nak berpeluk sebelum menikah adalah....
-
-
-
... dengan membayangkan...
-
-
-
-
-
-
-


... monyet-monyet ini adalah kita.
Nak ke jadi monyet?