Showing posts with label Kak Pah KPoh DJ Gomo FM. Show all posts
Showing posts with label Kak Pah KPoh DJ Gomo FM. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

Azam merdeka.MERDEKA!

  Hari ini, Ahad, 31 Ogos 2014, tepat jam 12.00 pagi, aku mula menarikan jejari tak berapa runcingku di kernal jagung En.Lenovo hitamku.Sambil sibuk menari-narikan jari-jemariku, si Nunez Gonzalez juga sibuk cuba melompat naik ke atas En.Lenovoku.Alahai anak!Berilah peluang emak nak update blog.Dahlah bulan ni mak kena tambah RM10 untuk purchase booster sebab dah terlebih guna 21.54 GB.Kau kacau pulak!Nak manja pun karang-karanglah.Atau pun kau takutkan bunyi bunga api yang berdentum-dentam di langit saat ini?Jangan takut nak.Itu cuma tanda sambutan betapa meriahnya malam merdeka.Tiada kaitan langsung dengan bedilan meriam seperti di Gaza.Relax sayang!Cuba jadi kuat seperti anak-anak Palestin.

   Aku tahu orang berazam semasa sambutan tahun baru.Tapi aku berazam  sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 hari ini.Aku berazam untuk lebih tegar berblogging.Dengan kata lain, aku ingin merancakkan lagi jejari tak berapa runcingku untuk terus menari dan menari setiap malam atau dengan kata lain setiap pagi.Jangan gelak ye.Itu azam tulus dari hatiku.Di samping berazam untuk jadi insan lebih baik dunia dan akhirat.(Ah!Cliche!)Mudah-mudahan, aku berjaya meletakkan ranking Alexaku kembali di bawah 1k seperti suatu waktu dulu.

   Oh ya!Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tanah airku tercinta, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Merdeka buat semua teman-teman bloggerku.Kepada BEN ASHAARI DAN QHALIFF SERTA ZAHRANYA, CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU, KAK PAH DJ, RAFINA MIMI, MIA LIANA, AFZALSUKASUKI, ABANG TERROR, BONI KACAK, BANG GEDEK, MAMA TUNZ, KAK IMA HALIMATON MOH KEMBARA, dan ramai lagilah.Semoga merdeka yang kita sambut, melahirkan CINTA yang maha dalam kepada negara tercinta.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


Cik Google pun sambut merdeka.


Sunday, June 17, 2012

Sila tanya mereka...

   3 hari tak blogging kerana masalah kesihatan.Rindu sangat!Maklumlah, dengan blogging ni macam-macam ilmu dan berita kita boleh dapat.Takdelah buang masa sia-sia.Paling tidak pun dapat menghilangkan kesunyian yang melanda.Tak percaya?Cuba tanya blogger-blogger otai macam Ben Ashaari, Abang Gedek,Mimi,Mia Liana dan ramai lagilah.Tak percaya juga, sila tanya blogger ni..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
K-POH / ahli kabinet dapur / spy tingkap

Saturday, January 7, 2012

Bila blog kena remove....

   Ada macam-macam ujian dalam blogging.Kadang-kadang, aku kehabisan idea nak buat entry.Sesekali aku rasa entry aku merapu tak de isi.( Ini yang paling aku tak suka ) Kena kutuk, kena maki,gambar kena curi, idea kena curi.... Hmmmm.... Tapi yang paling hebat adalah,bila blog kena remove!

   Sebelum ni aku pernah dengar blogger lain terkena tapi kata orang selagi tak terkena, selagi tu tak kisah.Jadi macam biasa, hari Khamis malam Jumaat yang lalu, aku cuba blogging walau pun memang tak sempat nak blogwalking.Niat hati, cuma untuk publish entry tapi tiba-tiba je waktu aku nak publish satu entry, satu mesej menyatakan blog aku telah diremove, muncul!

   Tipu kalau aku tak panik!Nasib baik aku tak meraung.Maklumlah, blog aku ni walaupun taklah sehebat blog-blog kelas A yang lain, ia tetap aku sayang.Bukan senang aku nak sampai ke tahap ini.Jadi, dengan segera aku tanyakan beberapa teman blogger senior.Setelah hampir sejam, masalah masih lagi tak selesai.Aku dah hampir give up semasa Abg Terror cuba tolong, tapi blog aku masih tak muncul.Begitu juga dengan Kak Pah, Belalang, Miza dan Anastasyea.

   Tapi akhirnya, dengan izin Allah, seorang teman di Facebook, Michael Williamson, dari USA, cadangkan aku hantar email ke Google.Tak sampai seminit lepas aku hantar, email aku berbalas dan Google menyatakan blog aku dah pun dimunculkan kembali.Konon penyebab blog aku diremove adalah kerana aku terlalu jarang check email Gmail aku.Memang pun sebab aku lebih suka email aku di Yahoo yang telah aku gunakan sejak awal 2000 lagi.Apa pun, alhamdulillah sebab masalah aku selesai.

  Semalam, aku cuma dapat publish satu entry je kerana sibuk dengan kerja.Balik sekolah, aku tengok ada cek lagi dari Nuffnang.Yahooo!!!Hadiah sebab aku sabar dengan blogger sebelum tu kot.Mudah-mudahan, lepas ni, makin lancarlah aku blogging dan dapatlah aku balas jasa baik teman-teman blogger yang sentiasa ada bila aku ditimpa masalah.Terima kasih semua!


   Hair, Head and Mind

Bertuah punya Mr.Curly.
Dia dok gelakkan aku masa blog aku kena remove!
Tak patut betul!
Aku tarik rambut tu kang!
:D