Showing posts with label Uncle Gedek. Show all posts
Showing posts with label Uncle Gedek. Show all posts

Sunday, August 31, 2014

Azam merdeka.MERDEKA!

  Hari ini, Ahad, 31 Ogos 2014, tepat jam 12.00 pagi, aku mula menarikan jejari tak berapa runcingku di kernal jagung En.Lenovo hitamku.Sambil sibuk menari-narikan jari-jemariku, si Nunez Gonzalez juga sibuk cuba melompat naik ke atas En.Lenovoku.Alahai anak!Berilah peluang emak nak update blog.Dahlah bulan ni mak kena tambah RM10 untuk purchase booster sebab dah terlebih guna 21.54 GB.Kau kacau pulak!Nak manja pun karang-karanglah.Atau pun kau takutkan bunyi bunga api yang berdentum-dentam di langit saat ini?Jangan takut nak.Itu cuma tanda sambutan betapa meriahnya malam merdeka.Tiada kaitan langsung dengan bedilan meriam seperti di Gaza.Relax sayang!Cuba jadi kuat seperti anak-anak Palestin.

   Aku tahu orang berazam semasa sambutan tahun baru.Tapi aku berazam  sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 hari ini.Aku berazam untuk lebih tegar berblogging.Dengan kata lain, aku ingin merancakkan lagi jejari tak berapa runcingku untuk terus menari dan menari setiap malam atau dengan kata lain setiap pagi.Jangan gelak ye.Itu azam tulus dari hatiku.Di samping berazam untuk jadi insan lebih baik dunia dan akhirat.(Ah!Cliche!)Mudah-mudahan, aku berjaya meletakkan ranking Alexaku kembali di bawah 1k seperti suatu waktu dulu.

   Oh ya!Bersempena dengan Hari Kemerdekaan tanah airku tercinta, aku ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Merdeka buat semua teman-teman bloggerku.Kepada BEN ASHAARI DAN QHALIFF SERTA ZAHRANYA, CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU, KAK PAH DJ, RAFINA MIMI, MIA LIANA, AFZALSUKASUKI, ABANG TERROR, BONI KACAK, BANG GEDEK, MAMA TUNZ, KAK IMA HALIMATON MOH KEMBARA, dan ramai lagilah.Semoga merdeka yang kita sambut, melahirkan CINTA yang maha dalam kepada negara tercinta.MERDEKA!MERDEKA!MERDEKA!


Cik Google pun sambut merdeka.


Friday, April 27, 2012

Mana Abang Gedek?

   Dah berapa hari entah aku try masuk blog Abang Gedek tapi tak dapat.Blog dah kena remove!Apa hal ni?Alahai!Sakit angaulah aku macam ni sebab tak dapat tengok gambo Abang Gedek yang macam-macam pesen tu.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Betul ke blog Abang Gedek kena remove ni?Alahai!


Saturday, February 25, 2012

Dost dost na raha

   Akhirnya selepas berhempas pulas, membelai pinggan mangkuk, kain baju dan perut, aku berjaya menyiapkan semua kerja.Aku juga berjaya menyiapkan sebiji kek lapis serikaya sambil-sambil memasak 2 jenis lauk dan nasi untuk hidangan tengah hari.Dengan ditemani Radio Sinar yang tak jemu menyinari hidupku, aku juga berjaya mengemas rumah dengan jayanya.Cewahhh! 

   Baru je azan zohor berkumandang.Jadi aku solat dulu kemudian makan tengah hari.Tepat 1.30, bolehlah aku menonton berita TV3.Ala... bukan apa, peluang cari isu untuk entry SEO.Baik untuk perbaiki ranking Alexa aku yang dah seminggu asyik 2000+ je tak naik-naik.Lepas tu, aku nak tengok Sangam sambil kunyah kek Lapis Serikaya aku!!!Sekadar melayan kenangan masa kecil dulu.Sambil menonton, bolehlah aku siapkan tempahan felt aku tu. Lepas asar, aku plan nak joging.Harap-harap, aku tak sekadar berjoging jari je petang ni.Maklumlah, tarikan blogging tu punyalah kuat sampai terbayang-bayang wajah kacak penuh misteri Abang Gedek atau senyum manis Cik Mialiana.Oklah.Jom solat dulu!Tak baik tangguh-tangguhkan solat tau!



Amboi!Romantiknya!
( Gambar Cik Google)





Dost dost na raha....

Wednesday, February 22, 2012

Blogger baik hati sorongkan bantal

   Aku tak taulah aku ni blogger kategori apa.Nak kata otai, alamak... aku bukan Ben Ashaari atau Ujang suami Yana yang tengah sibuk tukar lampin anak tu.Aku pun tak sehebat Abang Ong  Gedek gedek yang cukup power menarik komen pembaca sampai beratus-ratus untuk satu entry.Nak kata aku blogger baru, tak acilah sebab dah nak masuk 2 tahun dah aku dok dating berjam-jam dengan Cik Lenovo aku ni.

   Tapi kan, aku betul-betul tak ingat macam mana nak buat printscreen akibat terlampau jarang buat printscreen.Tup,tup, seorang blogger bermata cantik, telah membuat tutorial khas macam mana nak buat printscreen.Ibarat kata orang lama, bagai mengantuk disorongkan bantal... Jadi, lepas ni dapatlah aku buat entry dengan printscreen balik.Tunggu!!!

Jom berkenalan dengan blogger yang sorongkan bantal tu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tada!!!!

Inilah dia blogger baik hati sorongkan bantal,
Lyssa Faizureen, gadis bermata cantik.
Thank you Lyssa!!!



Ini aku printscreen bila entah aku pun dah tak ingat.
Si Musang Merah ni pun, sampai hati, dah lama tak jenguk aku.


Ok, mana-mana nak cuba tutorial Cik Lyssa kita, silalah ketuk pintu rumah Lyssa

Friday, December 30, 2011

Terima kasih semua...

   Maafkan aku kerana tak hadir temu janji semalam.Bukan niatku cuma aku keletihan yang amat sangat maka terpaksalah aku bertemu janji dengan bantal pelukku. :D Terima kasih Kak Pah kerana sudi hantar sms walau pun mulanya aku tak perasan.Sekejap lagi saya singgah rumah Kak Pah ye.

   Terlanjur aku dah online ni, aku ingin ucapkan terima kasih tak terhingga atas kasih sayang dan persahabatan yang telah teman-teman berikan.Amat besar maknanya bagi aku seorang blogger anchovy.Tanpa kalian, siapalah aku di dunia maya ini.Harapan aku moga tahun 2012 yang bakal menjelang 2 hari lagi akan memberikan sesuatu yang lebih baik buat kita.Terima kasih juga kepada yang telah mengucapkan selamat hari jadi walau pun hari jadi aku 1 Januari ni. Terima kasih... terima kasih... terima kasih... 

Terlalu ramai yang menghulurkan persahabatan.Antaranya ialah...





Friday, December 9, 2011

Lepasan SPM vs skodeng

   Alamak!Hari ni terlambat pulak aku gi skodeng!Biasanya lepas subuh aku dah start skodeng.Sekarang ni dah pukul 10.32 dah.Terlewat sikit bangun pagi ni.Subuh pun dah hujung-hujung tapi nasib baik sempat.Apa nak buat.Malam tadi aku kena migrain lagi.Tambah pulak pinggang aku sakit sangat lepas bunyi 'prak' masa aku cuba dukung mak aku yang sakit.Mintak-mintak, taklah serius sangat.

    Sekarang ni pun aku di rumah mak.Curi-curi skodeng sambil kemas-kemas rumah apa yang patut.Skodeng punya skodeng, aku terskodeng rumah Si Rizwan, blogger baru lepas SPM. Macam aku dululah, bukan main seronok dia nak mula kerja.Aku dulu, taklah teruja sangat nak bekerja.Almaklumlah... budak zaman dulu mana sama dengan budak zaman sekarang!Budak zaman dulu tulis surat cinta, guna kertas bunga-bunga je.Letak bedak sikit.Dah tu pos.Berapalah sangat kosnya.Tapi budak zaman sekarang, kena bergayut berjam-jam di telefon.Tu yang kena top up banyak-banyak tu.Kos pun tinggi. Zaman dulu, nak declare ada buah hati pun takut.Tapi emak bapak zaman sekarang best, bawak balik buah hati ke rumah pun tak kisah.Habis jahanam anak bangsa aku.Sampai Awang Hitam pun suka. 

   Opps!Dah melalut pulak.Aku kena cepat gi skodeng ni.Macam biasa, adalah rumah-rumah yang wajib aku skodeng contohnya Ben Ashaari, bukan Ben 10 ye. Abang GedekKak Pah DJ Gomo FM, dan lain-lain.Lepas tu aku merayaplah pulak ke rumah blogger lain.Begitulah seterusnya setiap hari selagi aku bergelar blogger.Mehlah... kita gi skodeng ramai-ramai!


Alamak!Sekali anak Ong Kim Swee datang skodeng.
( Harimau Muda tu, anak Ong Kim Swee le)