Akhirnya selepas berhempas pulas, membelai pinggan mangkuk, kain baju dan perut, aku berjaya menyiapkan semua kerja.Aku juga berjaya menyiapkan sebiji kek lapis serikaya sambil-sambil memasak 2 jenis lauk dan nasi untuk hidangan tengah hari.Dengan ditemani Radio Sinar yang tak jemu menyinari hidupku, aku juga berjaya mengemas rumah dengan jayanya.Cewahhh!
Baru je azan zohor berkumandang.Jadi aku solat dulu kemudian makan tengah hari.Tepat 1.30, bolehlah aku menonton berita TV3.Ala... bukan apa, peluang cari isu untuk entry SEO.Baik untuk perbaiki ranking Alexa aku yang dah seminggu asyik 2000+ je tak naik-naik.Lepas tu, aku nak tengok Sangam sambil kunyah kek Lapis Serikaya aku!!!Sekadar melayan kenangan masa kecil dulu.Sambil menonton, bolehlah aku siapkan tempahan felt aku tu. Lepas asar, aku plan nak joging.Harap-harap, aku tak sekadar berjoging jari je petang ni.Maklumlah, tarikan blogging tu punyalah kuat sampai terbayang-bayang wajah kacak penuh misteri Abang Gedek atau senyum manis Cik Mialiana.Oklah.Jom solat dulu!Tak baik tangguh-tangguhkan solat tau!
Amboi!Romantiknya!
( Gambar Cik Google)
Dost dost na raha....
6 comments:
wauuu...byknye program sambilan. penggunaan masa yg baik cikgu.
sangam..
cite lame yg syok d layan.
hiihi
tu dia..ramai tol yang suka citer sanggam ni :)
akak skrg dh krg layan citer hindustan ...huhu...tak tau nape tp zaman muda remaja suka slalu duk depan tv...hehe..
***mana kuih lapis tu nk la jugak...tengah lapar ni...hehe..
pasal tempahan tu jadi la...nti emel la contoh gambar yg nk buat ye...nti akak confirm thru emel...
jemarisuri@yahoo.com
Filem Hindi ni kalau yg betul2 best je saya tengok.Kalau cerita yang biasa-biasa tu, malaslah nak tengok sebab ambik masa berjam2 nak habis.
Jemarisuri, nanti saya buatkan ye!
Post a Comment