Hari ni hari terakhir Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang ke 17.Seperti semalam, hari ni subuh-subuh hari lagi dah hujan.Hujan rahmat, rezeki Allah... alhamdulillah.... Aku harap para peniaga atau peserta pesta bertambah pahala mereka kerana sabar diberi hujan oleh Allah.Untuk post pagi-pagi hari ni, aku tambah sedikit lagi fakta menarik tentang festival ini.
Fakta ke sembilan, seperti mana yang aku maklumkan dalam post terdahulu, semasa festival ini aku berpeluang merasa Seman.Sesiapa yang biasa ke Terengganu tentu tahu benda ni.Kalau orang putih ada gula kapas, orang Melayu ada Seman.Benda ni dibuat daripada tepung dan gula.Ok jugalah untuk buat kunyah.Tapi kalau orang ada kencing manis, tok sahlah makan!Manis!
Inilah Seman tu...
Sebekas ni RM 4 je.
Fakta ke sepuluh; Perkara ni aku pernah tegur dalam post aku dulu-dulu.Tahun ni masih lagi tak berubah.Kalau di sekolah, memang aku tarik telinga orang yang buat benda ni iaitu; buang sampah merata-rata!Ada pulak mak bapak yang muda belia, yang masih bergaya seksi dan stylo, beritahu pada anak; ala.... campak je sampah tu.Nanti ada orang kutip!Geramnya aku dengar!!!Tak de kesedaran sivik langsung!Mungkin tak semua, tapi kalau dah ramai yang macam tu, alamat membusutlah sampah di sekeliling kita!
Fakta ke sebelas; Sesiapa yang pernah ke iCity, tentu perasan, bila malam, Bukit Layang-layang ni dah jadi macam iCity.Penuh dengan lampu dan cahaya!Bila malam berlabuh,tiba-tiba, punyalah ramai peniaga yang jual mainan dan lain-lain yang ada lampu ala-ala iCity tu.Dah macam pesta lampu pulak!Sampaikan ada gula-gula yang berbatangkan lampu ( apa entah istilahnya..LED ke apa )
Fakta ke dua belas : Pada promosi awal, diberitahu akan kelihatan layang-layang atau wau berlampu / LED.Tetapi malangnya dek kerana hujan dan cuaca tak menentu, satu pun layang-layang berlampu tu aku tak nampak!Apa nak buat..... tunggu jelah tahun depan.Mudah-mudahan, ada rezeki aku nak tengok!Kepada teman-teman blogger dari serata Malaysia yang kempunan nak tengok layang-layang gergasi tu, aku harap tahun depan datanglah lagi ye.Blogger Ayu, Citarasa Rinduan, tahun depan datang lagi tau!Untuk Ayu, ni akak kongsikan semula gambar-gambar festival tahun lepas.
3 comments:
Kecik2 dulu pernah makan hihihi seronoknya tengok orang main layang2...
bestnye...tpi mama x dpt pegi.....may b thn dpn nak plan gi PG nih
Comelnye lelayang...Seman tu selalu makan kat sini...hehe..yelah, YM stay kat kerteh jer..hikhik
Post a Comment