Sunday, February 5, 2012

Aku termakan daging si kaki pendek.....

 Perkara ni baru berlaku malam semalam;malam sambutan maulidurrasul.Aku sedih...Macam manalah aku punyalah bon**k makan daging tu!Ya Allah!Ujian apakah ini?Ampunkanlah dosa hambamu ini.Tak pernah pun aku berniat untuk melanggar laranganMu.Selama ini, aku tak pernah terliur untuk menjamah daging si kaki pendek tu walau pun aku tengok Andrew Zimmern bukan main berselera masa makan daging tu.

   Aku cuba muntahkan semula daging si kaki pendek masak masam manis yang telah aku telan tu tapi aku gagal.Makin ku jolok, makin jauh ia masuk.Akhirnya, aku telan juga.Entah kenapa, otakku punyalah jahat dirasuk dek syaitan laknatullah, maka hatiku berbisik, betapa lazatnya daging si kaki pendek tetapi kenapa Allah melarang umat Islam menjamahnya.Terlintas di hatiku betapa Allah telah menafikan hak hambanya untuk turut merasa nikmat dunia seperti hamba-hamba yang bukan Islam.

  Sedang aku bersoal jawab akan kononnya hakku telah dinafikan oleh Allah, aku terasa seolah-olah sesuatu cuba mencekikku.Aku cuba membuka mata tapi ya Allah..betapa susahnya!Aku sedar namun aku gagal ' membangunkan' jasadku.Aku sendiri melihat tubuhku yang hanya terbaring kaku dan sesosok tubuh hitam lembaga berbulu!Mulut cuba membaca surah-surah yang biasanya aku hafal, tapi lidahku seolah-olah beku!Setelah hampir lemas, akhirnya aku berjaya 'menggerakkan' tubuhku seiring dengan laungan azan.

   Subuh masih dingin namun aku berpeluh-peluh!Rupa-rupanya aku bermimpi memakan daging si kaki pendek tetapi aku yakin aku tidak bermimpi semasa terlihat tubuh hitam berbulu dan jasadku yang terbaring kaku.Ada apa-apa penjelasan yang boleh dikongsikan?Bermimpikah aku sepenuhnya atau diganggu syaitan laknatullah!!!

-
-
-
-
-
-
-



Shoo!Shoo!Jangan kau hadir dalam lenaku lagi!!!

-
-
-
-
-
-
-
-
-

Rupa inilah yang ku lihat cuba mencekikku.

10 comments:

Ayu said...

Hehe...akak ingatkn bebetul tadi.Syaitan menganggu la tu, dear...sebelum tdo jgn lupa baca doa tido yer, (^_^)

Abu Zafran said...

semoga dijauhkan daripada musibah yang tidak diingini....semoga Allah melindungi kita semua

jom singgah sini
Nilailah Sesuatu Itu Dari Dalamannya bukan Luarannya

Azzah said...

mintak dijauhkan lah..

Mohd Sazli Cikgu Autocad said...

haishh..igtkan btl..sy pernah "termakan" time study di Korea. Dah tahu "termakan" keje berus gigi je siang malam..geli!!!:(

PYB said...

jin tuh.. hati2

Aidilx said...

sesungguhnya kita berlindung dari syaitan yang direjam.

bila jiwa kita tak utuh, maka itulah yang memudahkan syaitan/jin/iblis mengganggu kita. Kuatkan jiwa & jasad dgn ayat Allah, insyallah mereka yakni syaitan/jin/iblis takkan bisa menyesatkan kita waima dalam mimpi sekali pun.

Wallahualam

uncle gedek said...

kaki pendek? ingatkan buaya....!?!

hana said...

terperanjat..
mainan syaitan je tu..
doa sebelum tdo..
=D

Dayang Deno said...

akak mimpi ek? nasib baik mimpi je... akak lupa basuh kaki semalam ek... tak pun lupa baca doa... apa2 pun, jgn lupa bc doa sebelum tidur akak! :)

fariQuE said...

Akak , pasal bnde hitam tu kan , kwan saya pon pernah tgok , dye tgok roomate dye sebelah badan manusia n sebelah lagi bnde hitam n berbulu . selang beberapa minggu lepas tu , dye tgok bnde tu kat kaki dye. dye bace surah p x leh sampai azan subuh jugak . dgar2 , org kate tu hantu raya , u should do something . Hit me back !

Post a Comment