Mulai 15 Februari lalu, bermulalah Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang ke 17.Seperti biasa, aku terlibat memantau anak-anak band kesayangan aku untuk buat persembahan.Giliran kami tahun ini ialah pada hari Jumaat, 17 Februari 2012.Seperti biasa, bila bertugas menjaga band, walaupun performance jam 11, jam 8 pagi lagi kami dah bersedia.
Tapi untuk post kali ini, aku ingin berkongsi beberapa pengalaman menarik = fakta yang aku lihat dan alami.Pertama, aku perhatikan, walaupun pengunjung dan peserta datang dari serata negara dan seluruh dunia, kami sangat mesra, seolah-olah telah lama berkenalan.Inilah yang aku suka semasa pesta ni.Orang Pasir Gudang, speaking London berabuk bukan main!Dari pangkat tinggi hinggalah anggota RELA.Tahniah!
Kedua, aku seronok kerana dapat Utusan Malaysia percuma.Tak payahlah nak tunggu apek baik hati lalu depan rumah jual suratkhabar.Ketiga, aku perhatikan, walau pun sibuk dengan pesta, pengunjung dan peserta tak lupa pada Allah.Surau sementara sentiasa penuh semasa waktu lepas azan.Aku di festival tu sehari suntuk jadi dari zohor hinggalah isyak aku perhatikan, orang ramai berpusu-pusu menunaikan solat, sama ada orang tua atau pun anak kecil seusia 4,5 tahun.Di surau lelaki pula aku dengar, mereka solat berjemaah tanpa mengira dari mana mereka datang.Dalam surau perempuan, ada flyer mengingatkan tentang aurat.bagus tapi janganlah label mereka yang bertudung tetapi tak sempurna itu sebagai kera!Tak baik!
Keempat, cuaca tahun ini sangat tidak menentu jadi, sangat kurang layang-layang gergasi yang dapat diterbangkan.Lolly pop drop pun rasanya takde.Semasa sultan mencemar duli untuk perasmian pun hujan turun.Memanglah terkilan, tetapi ada hikmahnya.Bak kata seorang anak muridku, kurang sikit maksiat sebab takde 'couple' sanggup berhujan!Keempat, 17 Februari, mulai 4 petang, hujan turun dengan lebat beserta ribut petir.Peserta antarabangsa sangat sporting memberi ruang kepada pengunjung-pengunjung untuk berlindung di khemah mereka.Aku pun cuma berlindung di pondok / wakaf yang ada.Bercakap tentang ribut, aku pelik bin hairan tengok anak-anak generasi y, sikit pun tak takut berjalan bagai itik pulang petang sambil gelak-gelak di telefon.Mati kena sambar petir baru tau!
Oklah.Dek kerana aku asyik bersin je sebab semalam kena hujan,aku berhenti dulu di sini.
Tengok gambar dulu ye.Nanti aku sambung lagi fakta menarik lain termasuk pengalaman aku makan Seman!
Boleh kongsi gambar tahun lepas je.
Tahun ni layang-layang gergasi tak naik.
Sekali pandang, wau ni seolah-olah di langit,
tapi sebenarnya wau perhiasan di kawasan pejalan kaki.
Yang ni pun gambar tahun lepas!
Berita lanjut tentang ribut semalam,
boleh baca di SINI
5 comments:
wah rindunya....lama x tgk pesta festival layang2 antara bangsa kat bukit layang2 tu....
paling minat datang waktu petang dan malam hanya ketika persembahan kuda kepang.
waaa..byaknya~ smoga Malaysia menjadi negara islam yang mengamalkn islam yang sebenar.. insyaAllah ^^
best kan tgok suasana cmtu heee~
wow..
tahun lepas mmg meriah.. rugi ayu tak pi.. tadi tak ada wau.. maklumlah hujan lagi
Tahun ni petunjukan kebudayaan pun kurang tak macam tahun lepas.
Time solat tu Soya, memang surau penuh!
Post a Comment