Saturday, February 18, 2012

Festival Layang-layang Pasir Gudang 17 : 4 lagi fakta menarik

    Fakta kelima tentang Festival Layang-layang Pasir Gudang ke 17 kali ini adalah; semasa kejadian ribut petir tu, semasa aku berlindung di sebuah pondok, seekor burung tiung turut sama berlindung di pondok yang sama.Yang aku betul-betul pelik tu, burung tu punyalah jinak sampaikan boleh makan di tangan!Aku teringin sangat nak ambik gambar tapi dengan petir dan kilat sabung menyabung, tak berani pulak aku.Bila hujan dah reda, aku tak perasan pulak bila masa si tiung tu menghilang!

   Fakta keenam : tahun ni ada pulak tetamu khas dari Gong Tok Nasek, Terengganu, dua ekor kuda yang sangat comel.Seekor berbunga ungu di telinga dan bertugas membawa kereta kuda ala-ala cerita Cinderella.Seekor lagi, kuda padi dan sesuai untuk ditunggang.Bayaran untuk naik kereta kuda tu adalah RM10 seorang bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak.Aku try jugalah naik.Fullamak!!Boleh tahan laju!!!Terasa macam Cinderella pulak duduk dalam kereta kuda yang cantik tu.Tapi tak seronoknya, budak tukang bawak kereta kuda tu, macam takde mood je.Langsung tak mesra alam!Macam mana orang nak naik?Nasib baik aku jenis tak kisah.....



Tengok budak bawak kereta kuda tu!
Macam kena paksa je!




Nama kuda handsome ni Bobby.




Yang ni pulak Julie.

   Fakta ketujuh :  Semasa festival macam ni, macam biasalah, gerai punyalah banyak!Pilihan pun banyak dengan harga yang amat berpatutan.Gerai makanan, fast food, cenderamata, keychain, rantai, ubat tradisional, tudung, kain baju, payung, layang-layang dan macam-macam lagi,Gerai sentiasa penuh.Tapi yang tak seronoknya, gerai / booth khas yang penuh dengan maklumat pelancongan haraaam dia orang jenguk!Sedangkan di situlah segala maklumat tentang negara kita, bukan saja tentang Johor, dapat kita kumpul.Suruh ambik brosur percuma pun orang tak nak!Siap ada buku resipi makanan-makanan popular seluruh Malaysia , lagi!Aku memang pantang jumpa, benda-benda macam ni, jadi, berlambaklah aku borong untuk perpustakaan di rumah aku.Ada masa nanti, bolehlah aku try resipi-resipi yang ada tu!


Berlambak resipi dalam ni.

   Fakta kelapan : Setelah malam berlabuh, antara waktu maghrib dan isyak, pentas khas untuk hiburan dan pertunjukan langsung tak berbunyi bagi menghormati waktu solat.Lebih kurang pukul 8.45 baru berbunyi.Oh ya!Waktu maghrib dan isyak, azan dimainkan di pentas konsert.Mulai 9 malam, barulah konsert bermula.Secara jujur aku terhibur dengan persembahan Rashid, si klon Ramli Sarip dan band MPPG tapi alangkah seronoknya jika persembahan kebudayaan negeri Johor yang diperembahkan contohnya zapin, kuda kepang atau tarian Ketam Bangkang.



Tarian Ketam Bangkang oleh masyarakat Seletar
Berita lanjut di SINI.
    
Ok.Bersambung....

2 comments:

Unknown said...

kak.. tadi ayu disitu...

manusia.. ya Allah.. pitam.. ramai

Uji Hussein said...

Bila malam, manusia macam semut keluar dari sarang.Lagi ramai!!!!

Post a Comment