Ini kisah minggu lepas.Anak murid aku buat lawak lagi.Dia kata Cik Minah masuk kelas.Aku pun tanya, Cik Minah mana?Dia kata, ala.... Cik Minah yang suka jalan gedik-gedik tu!Aku pun kerut dahi.Cik Minah mana pulak ni?Makcik atau kakak cleaner ke?Biasalah tu kalau dia orang masuk kelas sebab nak menyapu ( walau pun kebarangkaliannya adalah 20 % je) Aku pun tanya lagi.Makcik cleaner yang putih tu ke?Anak murid aku jawab; Tak... Cik Minah ni kulitnya coklat.(What?Coklat?) Aku makin pelik.Ada ke orang warna coklat?Sawo matang adalah.Tiba-tiba anak murid aku kata; Teacher!Cepat!Tu ha Cik Minah!Aku pun dengan segera menjenguk keluar kelas.Alamak!!!!!! Cik Minah tu ke? Scroll down kalau nak kenal Cik Minah gedik tu.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perkenalkan Cik Minah @ Miss Mynah
( Burung tiong daa... Orang putih kan panggil dia Mynah!/Bunyinya 'Mainah')
Digelar gedik sebab cara dia berjalan kan nampak gedik.Tak percaya, esok cari Cik Minah ni dan tengok cara dia berlenggang!
Kemudian aku nampak anak murid aku yang nakal ala-ala Jozan tu ketawa berdekah-dekah.
Bertuah punya budak!Kau kenakan aku ye!(Tapi dialog ni monolog je kerana aku pun ikut sama ketawa walau pun tak berdekah-dekah)
Saya pulak Cik Marmot.
Selamat berkenalan!
6 comments:
hihihi... mesti comel je bila budak tu buat lawak...
Ahaha. comel gila nickname tuk burung nihhh .. igt cik minah mane td .
hehe sweet ja budak tu.tp mmg lawaklah..cik minah!haha
Assalamualaikum Cikgu Scarlett, Selaat hari Guru yg belated! Semoga bergumbira dgn anak2 murid yg suka mengusik!
erkkk tp ni bukan burung tiong ni brg gembala kerbau....
To Cik @ En.Anon :
Kat sini itulah burung tiong.Burung gembala kerbau macam tu juga ke?Kalau boleh, sudikanlah beri penjelasan. Selamat berkenalan. :D
Post a Comment