Yahooo!Esok Hari Guru!Seronoknya!!!!(Seronok macam nak sambut raya)Tapi jangan silap faham!Aku seronok bukan kerana hadiah tetapi kerana makna Hari Guru itu sendiri.Bercakap tentang hadiah rasanya perlu juga aku meluahkan apa yang aku rasa.
Setiap kali Hari Guru, ibu bapa ( mungkin tidak semua) akan mengeluh kerana terpaksa mengeluarkan belanja untuk membeli hadiah.Memberi hadiah bagiku tidak salah tetapi mestilah sesuai dengan kemampuan.Janganlah diikutkan sangat rengek anak-anak yang tak mahu kalah dengan kawan-kawan dalam memberikan hadiah.Hadiah bukanlah segala-galanya bagiku.
Sepanjang aku mengajar, memang setiap tahun aku mendapat hadiah.Antara hadiah mahal yang aku terima adalah cincin, beg tangan, kain ela dan tudung.Ada juga set mandian mewah, jam tangan, kerongsang dan gelang.Selain daripada itu aku juga pernah menerima buku, bekas tisu, set gelas, periuk, termos, blender dan macam-macam lagi..Aku juga pernah menerima seekor anak kura-kura yang ku namakan Kenit.Buah binjai dan pucuk paku juga pernah menjadi hadiahku semasa mengajar di Terengganu.Buah-buahan, kek dan pulut kuning pun ada.
Dalam banyak-banyak hadiah yang aku terima, yang paling aku sayang kura-kura pemberian anak muridku Mahesan dan sebuah piano yang ku terima lebih 5 tahun yang lalu.Hingga hari ini, piano tersebut masih lagi setia menemaniku.(Tiba-tiba aku rasa tak sedap sangat bunyi entry aku ni.Macam ada yang kurang je.Jadi aku kongsikan gambar jelah ye.)
Antara hadiah Hari Guru yang aku terima tahun 2010.
Kura-kura kesayanganku sebelum kutemui kepalanya.
(Jatuh kerana anak-anak buahku berebut nak tengok)
Inilah piono kesayanganku.
(Sebenarnya ia adalah kotak muzik)
p.s:Ingatkan anak-anak supaya memberi hadiah dengan ikhlas bukan kerana berlumba-lumba dengan kawan-kawan.Fikirkan juga kemampuan ibu bapa.
Zaman aku sekolah rendah dulu, sabun mandi adalah antara hadiah paling popular untuk guru selain tisu.
Akhir kata : Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik.
14 comments:
best kan hari guru. banyak kenangan :)
Happy Teachers Day ! ^^v
Apekah nie yang TERABEKKK untuk cintabungablogspot?? Tolong bg pendapat & kate² semangat pleaseeeee :(
sonoknye jadik cekgu..
tp saya tak bole jadik cekgu...
huhu
selamat hari jadi..
opsss..
selamat hari guru, cikgu..
best nye, adiah2..
sadisnya sek saya tak sambut pun.. kesian kami guru2 sek iteww
ooo .. cik Egu ghoper nyer. Selamat hari guru cikgu uji :)
dulu-dulu tak pernah beri hadiah pada cikgu.. jadi pengawas sekolah dulu yang bagi bunga badan pengawas,jadi dapatlah juga beri pada cikgu...sekarang didik anak beri hadiah penghargaan kepada guru walaupun hanya sebatang pen.
"Selamat Hari Guru ...Cikgu!"
slamat ari guruu
selamat hari guru scarlett!!!
betui lah tu ank bee beriya2 nk beri hadiah kat cikgu dia , be tk beli pun tp dia buat kad ucapan !
selamat hari guru...
anak2 sy memang suka sgt nk bwk hadiah masa hari guru...biasanya sy suruh pilih cikgu yg paling diorang suka utk bg hadiah...kadang ada yg pilih sorang je...kadang penah juga sorang pilih sampai 3 @ 4 org...plg mrk suka sgt nk bg kat cikgu praktikal...cikgu praktikal baik...tak garang...cantik...mcm2...hihi....
wah bestnye blog ni.. kalau prince nak datng selalu boley x? hehehe..
Selamat Hari Guru kepada Cikgu....
Post a Comment