Monday, May 9, 2011

Malaikat lalu di sekolahku

   Tiba-tiba keadaan menjadi senyap dan sunyi.Senyap-sesenyap-senyapnya.Hatta jika jatuh sebatang jarum pun, akan kedengaran.Walaupun masih terdengar deruman enjin kenderaan di jalanraya di hadapan sekolah, ia gagal memecahkan kesunyian yang menggila.Dilanggar garudakah sekolahku?Atau, malaikatkah yang lalu?

   Jam merah jambu yang ku pakai menunjukkan 9.16 pagi.Biasanya di waktu-waktu begini, saling bersahutan nyaring suara guru-guru yang mengajar.Tiada gurukah hari ini? Mustahil kerana aku dapat melihat susunan kereta pelbagai jenis di parking lot.(Maaf, aku tidak dapat 'memanggil' perkataan B.Melayu yang dapat menggantikan parking lot dalam fikiranku) Selepas beberapa ketika fikiranku berputar, barulah aku sedar.Rupa-rupanya......

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
peperiksaan sedang dijalankan.Patutlah...
(Macam mana aku boleh terlupa)

p.s: Idea tercetus aku sedang mengawas peperiksaan.Aku catatkan di mindaku dahulu dan pulang ke rumah barulah aku minta Cik lenovo unguku luahkan.
FAKTA
1.Waktu mengawas pepriksaan guru tidak dibenarkan duduk ( sebenarnya waktu mengajar pun)
2.Jika tiada peperiksaan pun keadaan di sekolahku sentiasa terkawal kerana anak-anak muridku baik-baik belaka.

9 comments:

Firdaus Life said...

haha zaman kecik dulu selalu gak kata malaikat lalu kalo semua senyap

Anonymous said...

time exam budak2 pun jadi baik cam malaikat... tapi lepas exam... hahahaha

Akunyer said...

waa dah exam... saya ni question paper pun belum terbentuk :D

Uji Hussein said...

@Freaky: Agak-agak kenapa ek org kata ' malaikat lalu'?

Uji Hussein said...

@RedVixen:tapi budak2 kat sekolah ni serious baik!

Uji Hussein said...

@Ticer Wan:Sekarang ni tgh mabuk menanda kertas.Kalau lambat2 kang berebut pulak nak key in markah.

umiawadah said...

masa exam pun cikgu menjadi lagiii baik...tak perlu marah2 kan..

aindzaya said...

tapi cikgu akn jadi marah semula bila tgok result ank murid yg dap G, f...
waaaa!!!

Madd said...

ahhahhahah...
rindu time exam kat sekolah...
hehehheh

Post a Comment