Aku suka pergi sekolah.Selagi boleh aku berdiri, aku akan pergi sekolah.Bukan kerana aku jatuh cinta pada sesiapa.Tidak sekali.Jatuh cinta pada anak-anak murid aku?Of courselah tidak!Tapi aku suka pergi sekolah kerana adaaaa je keletah anak murid aku yang boleh menghiburkan hatiku yang lara.Ialah, kata orang, luka di tangan nampak di mata, luka di hati siapalah yang tahu kan?Jadi aku memang suka pergi sekolah kerana kerenah anak murid aku seolah-olah ubat kuning buat lukaku yang susah untuk sembuh.
Semalam ( atau setengah tempat kata kelmarin.Orang putih kata'yesterday') pun ada sorang anak murid aku yang telah menjadi ubat kuning bagi luka hatiku.Seperti biasa, sebelum memulakan pelajaran, aku suka tanya soalan ala kuiz.Sekurang-kurangnya terasah sikitlah otak anak-anak murid aku dengan soalan-soalan ulang kaji aku tu.Mula-mula, semua menjawab dengan serious.Maklumlah, kalau tak dapat jawab karang kena berdiri.(Ala...sekejap je pun.Tak sampai pun 5 minit.Sebab sesi soal jawab aku tu 5 minit je)
Tiba pada soalan yang terakhir, aku tanya, 'Siapakah penulis cerita Off Bally Shoes and Bunga Telur?'Jawapannya adalah, Che Husna Azhaari.Tapi ada sorang anak murid aku tu ( Aku tak pasti sama ada memang dia terkeliru atau ada kawan yang lain saja pedajal dia beri jawapan palsu) menjawab dengan yakinnya.' Rozita Che Wan!'Apa lagi!Gelak le budak-budak lain bila dengar jawapan mengarut tapi kelakar tu.Aku pun ikut tergelak sama.
Rozita Che Wan versi sopan.
Opps!
Inilah che Husna Azhaari yang sebenar.
3 comments:
hehe..
ada gak jawapannya..
klau tnya TK, tajuk buku tu pun TK x pnh dngar, pe lagi penulis nya..
zaman TK dulu xde pun benda2 gini..
eh cikgu ajar subjek apa ye?
Nasib baik tak dijawapnye ''Che Guavera'' hahahahaha
hahaha..pom boley la!!!
Post a Comment