Balik dari kelas tambahan, aku golek-golek depan TV sambil layan demam yang tak kebah-kebah.Nak tidur, dah rasa terlebih sangat tidur.Makin sakit kepala jadinya.Bila ingat orang kata, sakit adalah penghapus dosa, aku pun redhalah sebab aku pun banyak dosa. Ni pun aku nak tambah dosa mengumpat orang sebab aku rasa marah bila baca tulisannya yang amboiiii berlagak bukan main.
Aku tak kisahlah sama ada dia pakar filem atau tidak, tapi dia tak de hak untuk memperkecil-kecilkan filem yang pecah panggung seperti Ngangkung dan Kongsi.Kalau filem yang diperlekehkan tu betul-betul habuk pun tarak seperti setengah-setengah filem tu takpe tapi bagi aku filem Ngangkung dan Kongsi walaupun tak layak dapat 5 bintang, tapi 4 bintang pun kira dah bagus.Ini tidak, dia tulis seolah-olah Ngangkung dan Kongsi tu layak dapat 1/2 bintang je.(Ada ke)Dahle tu, dia tak tengok pun Kongsi tapi pandai je nak mengata.
Aku rasalah rakyat Malaysia yang berjuta ni terutama yang berbangsa Melayu macam Mamat sombong ni semua kenal Shaheizy Sam.Jangan kata orang muda, makcik-makcik dan budak-budak pun kenal Shaheizy Sam atau Adnan Sempit.Kalau tak, takkan dia dapat Bintang Paling Popular BH!Kalau Mamat ni menyindir kata ...yang saya tak tahu namanya bermakna Mamat ni katak bawah tempurung aka ketinggalan zaman.Janganlah dinafikan hak pembaca BH memilih Shaheizy Sam sebagai pelakon paling popular!Eeeii!!!Entahlah!Menyampah aku dengan Mamat berlagak yang namanya pun entah berapa kerat yang kenal.Itu pun nasib baik aku kenal!!
Kalau nak tahu macam mana berlagaknya mamat sombong ni, haaa bacalah tulisan mamat sombong ni.Menyampah!
Maaf, tak nak kongsi
BARU-BARU ini ada beberapa teman dari kampung mengajak saya menonton filem Kongsi yang khabarnya mengutip hampir RM10 juta. Ah, saya peduli apa dengan kutipannya. ( Wah!Sombongnya!) Saya hanya peduli kepada mutu karyanya.
Di Perlis tidak ada panggung wayang. Lalu kesempatan datang ke Kuala Lumpur mereka mahu menonton filem yang khabarnya mencatatkan sejarah dalam industri filem tempatan. Sekali lagi, saya tidak peduli sedikit pun dengan “sejarah baru” yang dimomokkan itu.(Aku rasa nak ketuk kepala mamat ni)Teman-teman saya mendapat maklumat mengenai filem Kongsi daripada akhbar, majalah dan program di televisyen. Semua maklumat yang mereka dapat mengkelaskan Kongsi filem ya(ng hebat, lakonan pelakon utama yang saya tidak tahu namanya (Tak tau sebab awak tu katak bawah tempurung1!)dikatakan cukup hebat. Sebelum terlupa pelakon ini muncul sebagai “Bintang Paling Popular” dalam satu pertandingan siapa yang paling popular.
Kata salah seorang teman saya, tentulah hebat, kalau tidak tentu tidak dapat kutipan hari pertama saja sudah RM1 juta. Sebenarnya formula ini yang saya paling tidak setuju kerana tahap penonton kita secara umumnya tidak boleh dijadikan kayu ukur mutu sesebuah filem.
Sudah banyak kali kita dikecewakan oleh filem yang mendapat kutipan tinggi, misalnya Nangkung dan banyak lagi filem yang seacuan dengannya.(Nama filem pun salah ada hati nak kutuk orang!)
Saya bukan saja membuang duit membeli tiket dan membuang masa malah merasa malu kerana turut menjadi penontonnya.Kerana banyak pengalaman dikecewakan oleh filem kutipan tinggi, saya menolak menonton Kongsi. Teori saya mudah saja, mana-mana filem yang mendapat sambutan hebat, filem itu amat jarang memberikan satu kepuasan yang setimpal daripada sudut mutu. Amat jarang sekali filem-filem begini menyuntik suatu pemikiran baru untuk dikongsikan dengan penonton.
Saya katakan kepada teman-teman tadi, tahap pemikiran sebahagian besar penonton filem tempatan sangat rendah.(Amboi!Sedap je label tahap pemikiran orang rendah!) Mereka inilah yang dipergunakan oleh sesetengah penerbit untuk membuat filem-filem yang menepati selera penonton.Bukan tidak ada filem tempatan yang baik, tetapi jangka hayatnya singkat di panggung. Selepas itu pengarahnya tidak akan diberi peluang lagi oleh penerbit kerana tidak membawa keuntungan.
Semua orang tahu, selepas Kongsi, akan berderetlah peluang mengarah kepada pengarahnya dan saya tidak pernah ambil peduli. Saya tidak mahu berkongsi apa-apa.(Kalau betul awak tu hebat, apalah salah kongsikan ilmu yang awak ada dengan pnonton yang kononnya tahap pemikirannya rendah ni.Bukan berlagak pandai seorang!)
Kesimpulan
1.Jangan sesedap rasa mengata orang dan berlagak sombong.Kalau yang kita kata tu betul sekali pun, kita tak de hak nak berlagak sombong.
2.Nak menegur tu boleh, tapi biarlah beralas.Bukan menyindir macam kita ni tahu segala-galanya.
3.Tak salah nak menegur penonton yang sukakan karya @ filem yang kurang mutunya tapi biarlah tegur dengan cara berhemah.
4.Kalau betul awak ada ilmu, kongsi-kongsikanlah dengan penonton yang tahap pemikirannya rendah tu.
Aku baca pun marah!
Grrrrrr!!!
4 comments:
haih komen kaw2 pasal cerita kongsi tuh.. suruh die buat sebijik baru tau cena.
Cara Wanita Berjalan
sape dia ni? wartawan ke?
huhuhu
biasa lee...manusia... ssh nak puaskan hati n kehendak masing2...
belaja rajin2... :D
Post a Comment