Seperti yang telah dijangka, hari terakhir Festival Layang-layang tahun ni pun hujan.Tapi sempat jugalah selesai acara lolly pop drop yang sangat popular tu.Mula tu malas je nak pergi tapi kenapa entah, aku pergi juga.Terkejut aku bila tengok pengunjung punyalah ramai!Kata petugas, dianggarkan setiap hari tak kurang 30,000 orang seluruh Malaysia dan dunia yang datang.Dari tempat parking, sampailah ke dalam gerai, semua penuh dengan manusia!
Dalam gerai tu, nak bergerak pun tak boleh!
Tua, muda, nenek, bayi, yang naik kerusi roda, yang buta,
pekak, bisu... semua ada!
Suasana dalam gerai tudung, dah mengalahkan pasar malam.
Apa taknya, tudung RM25 dijual RM5 je.
Budak cina pun ada yang beli tudung.
Tapi aku sedihlah.... sebab sampah di mana-mana!Tong sampah tak cukup ke atau memang mentaliti orang kita bagai warga kelas ketiga!Malu aku dengan orang putih atau pun orang Singapore yang ramai datang.Apalah salahnya, kumpul setempat, jangan main campak ikut suka je.Geram betul!Dah 17 tahun macam tu.Nampak gayanya aku kena buat aduan pada pihak Majlis Perbandaran P Gudang agar dapat dibuat post mortem dan perkara yang sama tak berulang.Kata nak jadi negara maju?Macam mana nak maju kalau perangai macam kera?
Ini cuma contoh kecik je.
Makan KFC macam orang dah maju,
tapi buang sampah,
macam orang zaman batu!
Ni budak-budak dari tadika di Taman Scientex.
Semasa budak-budak cinonet ni melawat,
aku confirm satu sampah pun tak de.
Punyalah berdisiplin...
Tapi bila dah makin ramai,
bila abang, kakak, emak, bapak, datuk, nenek mula datang????
Oklah.Cakap banyak pun tak guna kalau masing-masing tak de kesedaran sendiri.Dah le tu.Penat aku membebel.Meh kita tengok gambar-gambar lain yang aku sempat snap.
Wau Bulan, wau kebangsaan kita yang utama.
Yang ni pulak wau kucing.
Meowwww!!!!
Wau negeri Johor adalah wau merak
p/s: satu lagi aku nak membebel...
Emak bapak tak tau ke anak-anak bawah umur yang baru 15,16 tahun,
jalan berpimpin tangan, berpeluk pinggang,
dengan pasangan masing-masing.
Bila nampak aku ( teacher dia)
pandai pulak buat-buat alim...
Gejala perlu dibanteras ni.
11 comments:
wan paling tak suka orang buang sampah rata rata.
nak jadi pilot.
if ada duit, okey la.
try tengok forum flylah, just google fly lah.
kat sana banyak benda yang dibincangkan.
nanti try apply ngan MAS and AIR ASIA ye.
itu lah.. GBM pun pelik.. kenkadang tengok tong sampah dah depan mata, tapi ada jugak nak buang tepi tong sampah. nak kata tong sampah tu penuh.. GBM tengok kosong je.. Mungkin urat tangan dah terputus kot.. itu yang nak angkat pnutup tongsampah pn tak mampu. haihh..
wah....terasa kemeriahannya yg tak pernah pudar. walau skrg dah tak duduk dan bekerja di PG, tgk gambar2 nie sangat meriah
org cina beli tudung buat apa eh?
mentaliti kita terhadap sampah masih diperingkat bawah ttg kesedaran kebersihan ni kawasan. baek event apa pun...mesti sampah bersepah2
masalahnya dah jadi tabiat~~ mungkin kerajaan kena buat start kempen buang sampah lak~~
pergi pagi ahad,jalan becak kat area gerai.. dah rase tak best lak..
Wan, tq ye atas jawapan tu.Insyaallah akan cuba diusahakan.
GBM, tu lah antara tabiat orang kita yang buat kita pun menyampah.
Oooo... dulu Telor Power dok PG jugak ek?
Anak dara Cina tu beli tudung sebagai cenderamata untuk kawan2.Dia org dari KL.
Ala Suzie, kerajaan buat kempen habis juta-juta pun kalau mentaliti masih sama, macam tu jugalah akhirnya.Buang sampah ikut suka je.
Qma... time hujan dan becak le seronok jalan2! :D
ya bekerja di limbungan sana, MSE yang skrg dikenali MMHE slps dibeli MISC dan Petronas
Post a Comment