Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Thursday, February 17, 2011

Festival layang-layang Pasir Gudang Hari kedua

   Hari ini, 17 Feb 2011, adalah hari kedua Festival Layang-layang Pasir Gudang 2011 .Aku masih belum berkesempatan untuk ke Bukit Layang-layang kerana tugas-tugas yang perlu ku galas.Pun demikian, aku berpeluang melihat pelbagai layang-layang yang cukup mengkagumkan dari sekolah kerana jarak yang terlalu hampir.Antara layang-layang yang telah mula melayang hari ini adalah layang-layang jerung, cicak dan ikan pari.Kagum rasanya melihat langit cerah tanah tumpah darahku meriah dengan layang-layang pelbagai warna.Ditambah pula dengan tiupan angin yang aduhai.... seolah-olah melambai-lambai untuk sama memeriahkan festival tahun ini.

   Seperti tahun-tahun sudah, penyertaan peserta peringkat antarabangsa amat menggalakkan.Penyertaan pelayang antarabangsa adalah sebanyak 221 orang iaitu daripada 30 buah negara seperti Indonesia, Thailand, China, jepun dan Austria.Dengan tema ' Mewarnai langit' , aku percaya festival kali ini juga dapat merapatkan hubungan sesama pengunjung sama ada pengunjung tempatan atau luar negara.Tentu seronok bagi ibu bapa membawa anak-anak bermain layang-layang sambil beristirehat.

   Sejarah juga bakal dicipta apabila seramai 3000 orang pelajar dari 15 buah sekolah di Pasir Gudang akan menaikkan layang-layang dengan logo KFC serentak.Ia akan diadakan pada hari Sabtu, 19 Februari ini di hadapan DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Negeri Johor dan jajahan takluknya.Kepada anda yang berkesempatan, mehlah kita meramaikan Bukit Layang-layang dan melihat layang-layang pelbagai warna dan rupa.

Meh kita tengok layang-layang!

Ikan emas ek?

Jatuh pulak si kucing ni!

Nilah rupa layang-layang jerung tu!Tapi yang ni pesta layang-layang di indonesia.

Inilah muzium layang-layang.

5 comments:

Nadia Mashuri said...

rindu Pasir gudang sangat-sangat..

Freaky said...

masyuk tgk layang2 dari seluruh dunia terbang kat situ

.::cintabungablogspot::. said...

comelnyer kucing tttuuu..... ;)

Tasha said...

masa kat JB, time ada pesta layang-layang wajib pergi. sebab bnyk layang-layang cantik. pameran belon udara pun kalah lah. hehehe

Nor Moscow said...

wah! cantiknya..macam rupa dan bentuk ada..

Let's have a break!