Kantin Jual Kuih

Warga sekolah

Jom singgah kantin!

Check me out

Sunday, February 20, 2011

Ben Ashaari pun cuba menaikkan layang-layang di Festival layang-layang Sedunia Pasir Gudang.

   Dua hari tak dapat berjumpa dengan Cik Lenovo aku ni.Nasib baik dia tak merajuk.Dua hari juga aku tak dapat jumpa kawan-kawan blogger.Nasib baik masih ramai lagi yang sudi menjenguk ke blog aku yang tak seberapa ni.(...dan BE pun masih ada 2 lagi yang hidup.)

   Sebenarnya aku rindu sangat nak blogging dua hari ini tapi doktor kata," No!Forget about it until you're ok!".Jadi sebagai individu yang mendengar kata, terpaksalah aku kata,'Yes,doktor!" walaupun rindunya tak dapat aku kata.Jadi 2 harilah aku berehat tak berjumpa dengan Cik lenovo aku ni.

   Dalam  tempoh berehat, aku sempat juga singgah di Festival Layang-layang Sedunia semasa majlis perasmian semalam.Dapatlah aku berjumpa dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan putera-putera baginda.Kebetulan hujan turut dengan lebat semasa majlis perasmian dan cubaan mencipta rekod menaikkan layang-layang teramai.Rekod yang cuba dicipta ni sebenarnya memerlukan 3000 pelajar dari 15 sekolah sekitar Pasir Gudang yang diselia oleh 300 orang guru.Walau pun hujan lebat, anak-anak dan adik-adik yang terlibat tak berganjak dari tempat masing-masing.Sebaik saja hujan reda, cubaan menaikkan 3000 layang-layang tajaan KFC itu pun dibuat.

  Selepas itu, pelbagai jenis dan saiz layang-layang pun dinaikkan. Antaranya layang-layang penyu, buaya, jerung, harimau, Upin Ipin, naga, ikan kap, ikan mas,hantu putih, samurai,sotong, kala jengking,anjing, petai, helang dan tulang tapi ada satu yang layang-layang yang ramai orang gelak bila ia dinaikkan iatu layang-layang berbentuk seluar dalam lelaki(Ada ke patut!) dan macam-macam lagi.Selain jatuhan lolipop yang sangat dinantikan kanak-kanak, naga mengeluarkan asap juga menjadi salah satu tarikan.Oklah!Jom tengok gambar-gambar yang sempat dirakamkan.

 Layang-layang sotong biru  salah satu antara pelbagai jenis layang-layang sotong yang ada


Layang-layang pelbagai saiz dan bentuk yang turut mewarnai langit.


Pelayang dari Britain asyik berborak dengan seorang pakcik.Kagum pelayang ni kerana bukan saja pakcik ni malah penjaga tandas pun fasih berbahasa Inggeris.


 Tengok sendiri ye!

Nampak tak tu layang-layang bentuk cicak.Tapi macam buaya pun ada kerana giginya tajam dan ada ekor seperti buaya.Jenis 'buacak' kot?Kacukan buaya dan cicak!

Akhir kata : Tahniah buat orang Pasir Gudang dan orang luar Pasir Gudang yang telah lama berkhidmat di Pasir Gudang!!!
Tahun depan kita buat layang-layang macam ni pulak!
-
-

-
-
-
-
-
Cuba bayangkan En.Ben Ashaari berpeluh-peluh cuba menaikkan ' layang-layang kita' ni sambil dibantu oleh krew seperti Kak Nor k-Poh, Pendekar Berkuda, Abg Teror, Yuyu, Lekat-lekit, Ellen,Kak Chik Ella, Iqbal hakimi, Sop, LM, burungman , Tok Esah, Atok, Mr Curly, Keli dan lain-lain.
Nak cuba tak?

= )
    

10 comments:

Tuan Penasihat said...

waaaa...
memang dashat layang layang ni.
satu jer tapi banyak tenaga diperlukan untuk menaikkannya.

ila said...

iLa pgi gk semalam.x nmpk sesape pon..
huhu

Tasha said...

wahaha.... boleh tahan juga. rindu~

whitecappuccino said...

Tentu seronok dapat tengok macam2 jenis layang2 yg cantik ni.

Cekodok said...

lelayang bentuk cekodok takde ke ekk.. nak buat satu la..mesti gempak..

g0m0k9enDek said...

cun lah layang2 last tu~ hahaha!

Belalang Hijau said...

mak aih!

besaq ya amat...

KELI OH KELI said...

harap cik scarlett cepat2 sembuh..bila dah baik nanti leh naikkan layang2 yang cantik ke awan biru..

TiPs MeNgGorEnG iKaN kELi DeNgAn sElAmaT"

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

As salam cikgu Scarlett, kalau bawa budak2 suka bebenor ler nie. tak sakit ker leher menonggak ke atas jer.

man said...

lawa layang2 2

Let's have a break!