Showing posts with label Sinar FM. Show all posts
Showing posts with label Sinar FM. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Felt feeling good.

   Asyik menanda buku sekolah je.Boring juga kan?Jadi aku stop jap buat keychain felt.Dalam sejam lebih dapatlah 16.Sekurang-kurangnya release juga tension menanda buku anak-anak murid aku terutama composition.Tambah tension bila tulisan masing-masing boleh buat aku pening kepala.'Tulisan terlebih kreatif'.Sambil-sambil tu, dengar Sinar FM, celoteh KE,Abang Jem dan Kak Bed.Eh!Krill gi mana ye?


Tempahan orang Lok Heng.

Thursday, November 22, 2012

Khamis yang spontan

Nak gelak ke nak marah bila dengar SY nyanyi lagu omputih merapu pagi-pagi di SINAR ni?

Two time time two
Clap hand together gether
Don't blame me only
You too less

(?)


Wednesday, November 14, 2012

Isu kahwin muda di SINAR

   Isu hari ni di SINAR adalah kahwin muda.Isu ni sebenarnya ada pro dan kon.Kalau fikir positif, dah sampai jodoh, kahwin jelah.Tapi, kalau fikir negatif, kahwin muda ni tak bagus sebab banyak risikonya.Tambah malang, kalau kahwin muda, si isteri kena pulak tanggung biawak hidup!Kan cari masalah namanya tu?

   Cakap pasal kahwin muda ni, kalau setakat umur 20 tu, bagi aku taklah dikira muda sangat.Ok je.Tapi lainlah kalau umur 16, 17, 18, 19.Ha.... ini bari kira muda.Tambah-tambah pulak yang lelaki.Belum cukup matang nak jadi suami.Silap-silap, isteri tu cuma jadi bibik je.Tak ke kesian kat isteri?

   Kalau ada yang kahwin muda sangat, mulalah orang sok sek sok sek kata dah termengandunglah, itulah, inilah... Padahal, bapak suruh kahwin cepat-cepat sebab daripada dok mengusung anak dara orang ke hulu ke hilir, baiklah menikah.Tapi, mak bapak muoden sekarang, lebih rela share dosa anak-anak dok berkepit ke sana ke sini tanpa nikah, daripada menyuruh anak-anak tu kahwin cepat-cepat.Betul tak?Tu belum kira yang dok bertunggu tangga di rumah.

   Tetamu SINAR hari ni, Datuk Dr Mohd Fadzillah Kamsah kata, tahap maksimum miang lelaki adalah pada usia 20, 40, dan 60 tahun.Jadi, bila lelaki dah masuk umur 20, bagus juga kalau cepat-cepat kahwin.Sekurang-kurangnya, dah menikah, nak miang tahap gaban pun lantaklah sebab dah ada isteri.Tapi, kalau tak kahwin, nak pulak ada girlfriend sikit punya seksi tambah manja kalah kucing parsi,macam-macam boleh jadi.Silap-silap, jadi salah seorang penyumbang kes bayi kena canpak dari flat!

   Kesimpulannya, kalau rasa dah cukup bersedia untuk menjadi isteri atau suami, tak salah kalau kahwin muda.Yang penting, tanggung jawab dapat dilaksanakan semaksimum mungkin.Jangan lupa pulak untuk sentiasa mendekatkan diri dengan agama kerana dengan adanya agama, insyaallah, apa juga masalah yang datang, akan dapat diatasi dengan sempurna.Barulah aman rumah tangga.Akhir sekali, kepada bakal-bakal pengantin atau pengantin-pengantin baru, SELAMAT PENGANTIN BARU, moga berbahagia ke anak cucu.


Tangkap gambar cameraman le.


   

Saturday, February 25, 2012

Dost dost na raha

   Akhirnya selepas berhempas pulas, membelai pinggan mangkuk, kain baju dan perut, aku berjaya menyiapkan semua kerja.Aku juga berjaya menyiapkan sebiji kek lapis serikaya sambil-sambil memasak 2 jenis lauk dan nasi untuk hidangan tengah hari.Dengan ditemani Radio Sinar yang tak jemu menyinari hidupku, aku juga berjaya mengemas rumah dengan jayanya.Cewahhh! 

   Baru je azan zohor berkumandang.Jadi aku solat dulu kemudian makan tengah hari.Tepat 1.30, bolehlah aku menonton berita TV3.Ala... bukan apa, peluang cari isu untuk entry SEO.Baik untuk perbaiki ranking Alexa aku yang dah seminggu asyik 2000+ je tak naik-naik.Lepas tu, aku nak tengok Sangam sambil kunyah kek Lapis Serikaya aku!!!Sekadar melayan kenangan masa kecil dulu.Sambil menonton, bolehlah aku siapkan tempahan felt aku tu. Lepas asar, aku plan nak joging.Harap-harap, aku tak sekadar berjoging jari je petang ni.Maklumlah, tarikan blogging tu punyalah kuat sampai terbayang-bayang wajah kacak penuh misteri Abang Gedek atau senyum manis Cik Mialiana.Oklah.Jom solat dulu!Tak baik tangguh-tangguhkan solat tau!



Amboi!Romantiknya!
( Gambar Cik Google)





Dost dost na raha....