Showing posts with label blog begins at forty. Show all posts
Showing posts with label blog begins at forty. Show all posts

Saturday, February 25, 2012

Dost dost na raha

   Akhirnya selepas berhempas pulas, membelai pinggan mangkuk, kain baju dan perut, aku berjaya menyiapkan semua kerja.Aku juga berjaya menyiapkan sebiji kek lapis serikaya sambil-sambil memasak 2 jenis lauk dan nasi untuk hidangan tengah hari.Dengan ditemani Radio Sinar yang tak jemu menyinari hidupku, aku juga berjaya mengemas rumah dengan jayanya.Cewahhh! 

   Baru je azan zohor berkumandang.Jadi aku solat dulu kemudian makan tengah hari.Tepat 1.30, bolehlah aku menonton berita TV3.Ala... bukan apa, peluang cari isu untuk entry SEO.Baik untuk perbaiki ranking Alexa aku yang dah seminggu asyik 2000+ je tak naik-naik.Lepas tu, aku nak tengok Sangam sambil kunyah kek Lapis Serikaya aku!!!Sekadar melayan kenangan masa kecil dulu.Sambil menonton, bolehlah aku siapkan tempahan felt aku tu. Lepas asar, aku plan nak joging.Harap-harap, aku tak sekadar berjoging jari je petang ni.Maklumlah, tarikan blogging tu punyalah kuat sampai terbayang-bayang wajah kacak penuh misteri Abang Gedek atau senyum manis Cik Mialiana.Oklah.Jom solat dulu!Tak baik tangguh-tangguhkan solat tau!



Amboi!Romantiknya!
( Gambar Cik Google)





Dost dost na raha....

Wednesday, February 22, 2012

Blogger baik hati sorongkan bantal

   Aku tak taulah aku ni blogger kategori apa.Nak kata otai, alamak... aku bukan Ben Ashaari atau Ujang suami Yana yang tengah sibuk tukar lampin anak tu.Aku pun tak sehebat Abang Ong  Gedek gedek yang cukup power menarik komen pembaca sampai beratus-ratus untuk satu entry.Nak kata aku blogger baru, tak acilah sebab dah nak masuk 2 tahun dah aku dok dating berjam-jam dengan Cik Lenovo aku ni.

   Tapi kan, aku betul-betul tak ingat macam mana nak buat printscreen akibat terlampau jarang buat printscreen.Tup,tup, seorang blogger bermata cantik, telah membuat tutorial khas macam mana nak buat printscreen.Ibarat kata orang lama, bagai mengantuk disorongkan bantal... Jadi, lepas ni dapatlah aku buat entry dengan printscreen balik.Tunggu!!!

Jom berkenalan dengan blogger yang sorongkan bantal tu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Tada!!!!

Inilah dia blogger baik hati sorongkan bantal,
Lyssa Faizureen, gadis bermata cantik.
Thank you Lyssa!!!



Ini aku printscreen bila entah aku pun dah tak ingat.
Si Musang Merah ni pun, sampai hati, dah lama tak jenguk aku.


Ok, mana-mana nak cuba tutorial Cik Lyssa kita, silalah ketuk pintu rumah Lyssa