Showing posts with label blogger popular. Show all posts
Showing posts with label blogger popular. Show all posts

Tuesday, May 8, 2012

Ulang tahun kedua Scarlett's Petals.

   Hari ini, 8 Mei 2012, genap 2 tahun aku sebagai seorang blogger.Ibarat bayi, ubun-ubun masih lembik lagi.Tu yang bila ada masalah tu, aku cepat-cepat minta tolong adik, kakak, abang blogger untuk bantu aku.Contohnya baru semalam aku minta tolong Belalang untuk selesaikan masalah blogging.Terima kasih ek Belalang.

   Sebagai anak 2 tahun, berjalan pun aku belum mahir sangat.Apatah lagi berlari.Maka, jika ada tersalah, tersilap sepanjang aku blogging ni, aku mohon maaf sajalah.Ibarat budak baru belajarlah katakan. Sejarah ,beserta rasa risau takut-takut aku tak mampu terus berblogging.Sebelum tu pun ada seseorang yang kata, alah... berapa harilah tahan.Hangat-hangat t*** ayam je. Tapi, alhamdulillah, setakat hari ni, aku masih aktif lagi berblogging.

   Eh?Tiba-tiba aku macam tak de idea nak tulis.Fikiran terganggu.So, aku off dulu nak gi meronda jap aka bw. See you!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sejak mula blogging sampailah sekarang,
aku suka sangat letak gambar kucing.
Comel kan?

Friday, April 27, 2012

Mana Abang Gedek?

   Dah berapa hari entah aku try masuk blog Abang Gedek tapi tak dapat.Blog dah kena remove!Apa hal ni?Alahai!Sakit angaulah aku macam ni sebab tak dapat tengok gambo Abang Gedek yang macam-macam pesen tu.


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

   Betul ke blog Abang Gedek kena remove ni?Alahai!


Monday, April 2, 2012

Siapa Syamira?

PENGUMUMAN!
Dengan ini dimaklumkan bahawa...
aku masih lagi menunggu respon dari blogger bernama Syamira,
yang merupakan follower aku ke 2424.
Aku dah niat nak bagi hadiah.
Jadi selagi Syamira tak respon,
selagi itulah aku tunggu.

-
-
-
-


Printscreen menunjukkan Syamira adalah follower aku ke 2424.
-
-
-
-
-
-


Yang ni header dia.Cantikkan?
-
-
-
-
-



Jika anda kenal Syamira,
atau Syamira sendiri terbaca entry ni,
segeralah hubungi aku ye!
Aku betul-betul tak ingat nak ambik link blog dia!




Sunday, February 26, 2012

Aku baru mengendap!Best woo!

(1)
Mula-mula, aku mengendap rumah Ben Ashaari.
Fuyoooo!209 je ranking Alexa dia!
Klik gambar tu kalau nak lebih jelas ye.


(2)
Kemudian , aku mengendap si Lyssa.
Pun hebat!
Kagum aku!



(3)
Bergerak pulak ke rumah Mak Dara.
Mak Dara ni pun makin lama makin hebat.


(4)
Ni pulak rumah Encik Mat Gebu. 
Walau pun En.Mat Gebu ni tak pernah say hi kat aku, tiap-tiap hari aku jenguk dia.



(5)
Best juga mengendap ni.
Alamak!Rumah aku da....
( Segan pulak nak komen)
Dah masuk dua tahun, kat situ je ranking aku.



(6)
Tiba-tiba, aku terdengar suara baby menangis!
Fuyooo!Ujang tengah tukar lampin anak dialah!
Ranking Ujang ni pun boleh tahan..
( Apa lah Ujang.Ada iklan payuda** idaman kat rumah dia)



(7)
Akhir sekali aku menjenguk rumah Abang Gedek , pemilik wajah tanpa senyuman.
Dalam sehari, entah berapa orang masuk rumah Abang Gedek ni.Jadi, aku agak, ranking dia patut lebih baik dari aku.
Mungkin sebab Abang Gedek kurang buat entry SEO ni.


Oklah.. Penat pulak aku mengendap.
Nanti aku nak mengendap rumah orang lain pulak!

Saturday, February 25, 2012

Dost dost na raha

   Akhirnya selepas berhempas pulas, membelai pinggan mangkuk, kain baju dan perut, aku berjaya menyiapkan semua kerja.Aku juga berjaya menyiapkan sebiji kek lapis serikaya sambil-sambil memasak 2 jenis lauk dan nasi untuk hidangan tengah hari.Dengan ditemani Radio Sinar yang tak jemu menyinari hidupku, aku juga berjaya mengemas rumah dengan jayanya.Cewahhh! 

   Baru je azan zohor berkumandang.Jadi aku solat dulu kemudian makan tengah hari.Tepat 1.30, bolehlah aku menonton berita TV3.Ala... bukan apa, peluang cari isu untuk entry SEO.Baik untuk perbaiki ranking Alexa aku yang dah seminggu asyik 2000+ je tak naik-naik.Lepas tu, aku nak tengok Sangam sambil kunyah kek Lapis Serikaya aku!!!Sekadar melayan kenangan masa kecil dulu.Sambil menonton, bolehlah aku siapkan tempahan felt aku tu. Lepas asar, aku plan nak joging.Harap-harap, aku tak sekadar berjoging jari je petang ni.Maklumlah, tarikan blogging tu punyalah kuat sampai terbayang-bayang wajah kacak penuh misteri Abang Gedek atau senyum manis Cik Mialiana.Oklah.Jom solat dulu!Tak baik tangguh-tangguhkan solat tau!



Amboi!Romantiknya!
( Gambar Cik Google)





Dost dost na raha....