Showing posts with label kucing comel. Show all posts
Showing posts with label kucing comel. Show all posts

Friday, January 10, 2014

Anak makan puting.

   Setelah hampir 18 tahun, hari ni aku beli botol susu anak.Comel je.Siap dengan 2 puting tambahan dan berus pencuci botol.Harga lebih kurang RM8.Murah je.Beli juga sepaket susu lembu rendah lemak.Sampai rumah, dengan segera aku panggil anak angkat aku tu.Baru je sehari aku ambik jadi anak angkat.Kesian.... Terbiar di tepi jalan.Bila dengar je aku panggil, dengan terkedek-kedek comel, si Baby, anak angkat aku tu datang.Comelnya!!!!

   Aku pun trylah suap botol susu yang aku dah isi susu tu tapi Si Baby macam tak nak je.Alahai.... Kesian baby.Belum pandai menghisap.Kemudian, aku letak si Baby dan aku ambik si Cici, anak angkat aku yang seorang lagi.Umur besar sikit dari si Baby.Aku sumbat puting botol tu ke mulut dia.Amboi!!!!Bukan main dia menyonyot!Bila susu dalam botol tu dah habis,aku pun tariklah puting tu.Tiba-tiba...Aku terkesima..Chewah....   dan diikuti dengan gelak sebab puting tu dah tinggal separuh!Separuh lagi ada dalam perut si Cici.Hahahaha!


Botol susu comel si Baby.



Susu khas untuk si Baby.

Gambar Google.

Lebih kurang macam nilah rupa si Baby.


Gambar Google.

Sorrylah mak!Cici ingat sumi jelly tadi.

Saturday, January 12, 2013

Muka mengantuk KEY IN APDM yang paling cute!

   

Huaaa!!!!Mengantuknya!!!APDM tak siap lagi ni.


* APDM= sistem untuk simpat maklumat pelajar.Bukan automatik terisi atau emak ayah yang isi, tapi cikgu juga yang kena isi.Kalau ada PA macam Pengetua Cemerlang 'tu' lainlah.
(BUKAN NAK MERUNGUT CUMA PENAT JE)


Tuesday, May 8, 2012

Ulang tahun kedua Scarlett's Petals.

   Hari ini, 8 Mei 2012, genap 2 tahun aku sebagai seorang blogger.Ibarat bayi, ubun-ubun masih lembik lagi.Tu yang bila ada masalah tu, aku cepat-cepat minta tolong adik, kakak, abang blogger untuk bantu aku.Contohnya baru semalam aku minta tolong Belalang untuk selesaikan masalah blogging.Terima kasih ek Belalang.

   Sebagai anak 2 tahun, berjalan pun aku belum mahir sangat.Apatah lagi berlari.Maka, jika ada tersalah, tersilap sepanjang aku blogging ni, aku mohon maaf sajalah.Ibarat budak baru belajarlah katakan. Sejarah ,beserta rasa risau takut-takut aku tak mampu terus berblogging.Sebelum tu pun ada seseorang yang kata, alah... berapa harilah tahan.Hangat-hangat t*** ayam je. Tapi, alhamdulillah, setakat hari ni, aku masih aktif lagi berblogging.

   Eh?Tiba-tiba aku macam tak de idea nak tulis.Fikiran terganggu.So, aku off dulu nak gi meronda jap aka bw. See you!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Sejak mula blogging sampailah sekarang,
aku suka sangat letak gambar kucing.
Comel kan?

Monday, January 9, 2012

Macam mana boleh terpenyek ni?

   Aku terkejut sekejap sebentar tadi.Entah apa punya mak, anak sendiri pun tak reti jaga.Ada ke boleh terpenyek sampai terleper budak tu!Dahlah baby yang paling comel!Geram betul aku!Dari anak pertama sampailah anak yang ke berapa entah ni, kalau aku tak tolong jaga, alamat tak hidup satu pun anak dia.Hish!!!Melampau betul!Bila aku marah, mulalah buat muka kesian, mata terkebil-kebil.Dah tu merajuk tak nak makan!Jaga body, bukan main pandai.Anak dah ramai pun masih lagi slim macam anak dara.Tak caya, tengok gambar ni!

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ini ha, mak yang tak reti jaga anak,
Si Winda kucing aku!



Ni namanya Cucu, anak Si Winda yang ke berapa entah.
Yang ni pun dah arwah sebab tak cukup kasih sayang mak dia!





Sunday, January 1, 2012

Harapan 2012...

   Hari pertama 2012 telah pun menjelma.Seperti insan lain, aku mengharapkan yang terbaik buatku dunia dan akhirat.Moga-moga takkan ada lagi pahit hempedu atau perih sembilu seperti tahun-tahun sudah.Sebagai seorang blogger, aku juga mengharapkan yang terbaik sama ada dari segi ranking Alexa, kualiti tulisan aku atau nilai persahabatan di alam maya bersama teman-teman bloggers.Mudah-mudahan, segalanya dipermudahkan buat kita semua.

Saturday, December 24, 2011

Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah : Banyak yang terbalik ni...

   Zaman sekarang ni banyak benda yang dah terbalik kot.Contohnya lelaki tunjuk badan, dikenakan tindakan keras kerana kononnya melanggar adat dan agama.Tetapi perempuan bukan saja tunjuk badan, tapi tunjuk benda-benda lain yang tak patut ditunjuk, tak pulak dikenakan tindakan.Sebaliknya dapat anugerah wanita berpakaian terbaik.Kan terbalik tu?

   Contoh yang kedua, pasangan kekasih tak nak umum atau mengaku sedang berkasih kerana hormatkan keluarga @ nak jaga nama baik keluarga tetapi pada waktu yang sama bergambar memeluk pinggang ( kalau dah peluk pinggang, mestilah rapat dan bersentuh, kan? ) tak pulak terasa nak hormat Allah.Kan terbalik tu!Sifu Ben Ashaari pun ada sentuh tentang isu ini.

   Contoh yang ketiga, makin ramai manusia gelandangan yang hidup merempat tak berumah.Makan pun ikut sempat mana dapat je.Tapi pada satu pihak, seekor kucing atau anjing, yang ada otak tapi kurang akal, dan pastinya tak tahu apa makna hidup selesa, hidup dalam kemewahan hinggakan siap ada pembantu, pemandu dan pengawal peribadi lagi.Kan terbalik tu?

   Contoh yang keempat, aku pasti umat Islam bila disentuh soal babi ( maaf, aku telus, aku tak nak guna perkataan khinzir kerana perkataan babi itu lebih mudah orang faham betapa hina makhluknya), pasti akan melenting marah-marah hatta lalu di lorong rakan-rakan Cina menjual babi.Pada hal bukan kena atau tersentuh pun!Tetapi sebaliknya, semakin ramai umat islam yang tak kisah, atau buat-buat tak kisah, bersentuh lelaki perempuan bukan muhrim walau pun hukumnya tetap sama iaitu haram!

   Contoh yang kelima dan aku rasa masalah ini umpama api dalam sekam.Dilihat tak nampak tetapi membakar dalam diam iaitu suami-suami yang dah berubah menjadi isteri.Dengan kata lain, suami-suami yang hanya tahu membuatkan isteri beranak tapi tak pernah ambil tahu nak menyara anak sedangkan memberi nafkah pada anak-anak dan juga isteri adalah wajib.Gaji kecil bukan alasan untuk melepaskan tanggung jawab.Maka jadilah suami sebagai isteri, isteri sebagai suami.Kan terbalik tu?

   Kesimpulannya, aku rasa umat islam perlu berpegang kembali pada tali Allah iaitu Islam.Islam dah cukup indah dan lengkap dengan adat peraturan hidup.Dengan agama yang kukuh, aku yakin, takkan ada lagi ' benda-benda terbalik' dalam dunia ini.Credit pada En.Ben Ashaari kerana aku mendapat ilham untuk menulis entry ini setelah membaca entry tulisan En.Ben yang bertajuk Lisa Surihani dan Yusry dah bernikah? Dalam maknanya tu.En.Ben kata dah nikah sebab mereka tak malu berpeluk semasa bergambar!




Katak berpeluk? Comel!



Kucing berpeluk? Comel!



Tak dinafikan, comel sangat!

Petua supaya  tak terasa nak berpeluk sebelum menikah adalah....
-
-
-
... dengan membayangkan...
-
-
-
-
-
-
-


... monyet-monyet ini adalah kita.
Nak ke jadi monyet?


       

Thursday, December 22, 2011

Rupa wang kertas dan syiling baru Malaysia 2012

  Sejak akhir-akhir ni, kita asyik cerita pasal duit je!Mula-mula duit bantuan budak-budak sekolah RM100.Kemudian duit Bantuan Rakyat 1 Malaysia.Tak lama lepas tu cerita pasal duit baucer buku budak U.Eh!Hari ni cerita tentang duit lagi; WANG KERTAS BARU MALAYSIA 2012.Ini dah bagus!Ada kemajuan kata orang!   Tapi, bagi aku yang banyak kena tipu tahun lepas dan tahun ni, bila cakap tentang duit, aku bertekad untuk penuhkan balik kocek aku yang dah kosong!Cerita tentang duit juga tu kan?


Jom tengok gambar duit baru



Amboi meriahnya!




Macam duit mainan pulak.
Colourful!
( Model tolong pegang duit ni pun comel!)




Wow!Geliga otak yang reka!





Minta-minta tahun depan, dapatlah aku simpan duit banyak-banyak!





Tengok?Penyu juga jadi pilihan.
Nasib baik tak kura-kura!

( Gambar-gambar di atas aku pinjam daripada Nota Kosong )




Kenapa gambar saya tak de?

Ini tidak adil, tidak adil bagiku!
( baca ikut rentak lagu Yuna, penakut)