Showing posts with label Cara tingkatkan ranking Alexa. Show all posts
Showing posts with label Cara tingkatkan ranking Alexa. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Ranking Alexa.Penting ke tak?

   Secara peribadi, setiap kali update blog, aku mesti check ranking Alexa aku.Ranking terbaik pernah aku capai adalah 1002.Masa tu aku memang spent most of my time blogging.Zaman baru nak kukuhkan blog dulu.Masa tu blogwalking adalah satu kewajipan.Tak sah kalau tak blogwalk.Tapi dek kerana kekangan masa, sejak akhir-akhir ni, aku jarang sangat blogwalk.Bila check ranking Alexa hari ni, aduh mak dah jejak 10k!Sedihnya!Cik Nuffy pun macam segan nak tayangkan iklan walau pun masih ada 2 lagi BE yang still survive.Ni tak boleh jadi.Mesti kembali menjadi blogger tegar.Pendapat anda bagaimana?


Tak boleh dah nak santai-santai macam ni.
(Gambar pinjam google)

Sunday, February 26, 2012

Tengok siapa yang kena!!!!

Shhh!!!
Nak mengendap lagi ni.
Tengok!Siapa yang kena??
-
-
-
-
-
-

(1 )


Walau pun ranking berpuluh ribu, bukan bermakna Jemarisuri ni tak aktif.
Inilah antara blogger yang paling rajin say hi pada aku.
Dan yang sudi nak tempah beg duit felt( Kalau confirm )
Dengan sikapnya yang ramah dan kerajinannya up date blog, 
aku yakin Jemarisuri aka JS akan berjaya menaikkan rankingnya.



(2)


Blogger kedua yang aku terjah adalah Mialiana.
Si Mia ni memang sentiasa optimis, ramah, baik hati ....
Ranking dia pun pernah jejak 500 kalau tak silap.




(3)


Blogger Zwan Sabri ni antara orang yang paling awal say hi kat aku
masa aku mula-mula blogging dulu.Dengan kata lain, dia adalah senior aku 
dalam dunia blogging. 

Aku baru mengendap!Best woo!

(1)
Mula-mula, aku mengendap rumah Ben Ashaari.
Fuyoooo!209 je ranking Alexa dia!
Klik gambar tu kalau nak lebih jelas ye.


(2)
Kemudian , aku mengendap si Lyssa.
Pun hebat!
Kagum aku!



(3)
Bergerak pulak ke rumah Mak Dara.
Mak Dara ni pun makin lama makin hebat.


(4)
Ni pulak rumah Encik Mat Gebu. 
Walau pun En.Mat Gebu ni tak pernah say hi kat aku, tiap-tiap hari aku jenguk dia.



(5)
Best juga mengendap ni.
Alamak!Rumah aku da....
( Segan pulak nak komen)
Dah masuk dua tahun, kat situ je ranking aku.



(6)
Tiba-tiba, aku terdengar suara baby menangis!
Fuyooo!Ujang tengah tukar lampin anak dialah!
Ranking Ujang ni pun boleh tahan..
( Apa lah Ujang.Ada iklan payuda** idaman kat rumah dia)



(7)
Akhir sekali aku menjenguk rumah Abang Gedek , pemilik wajah tanpa senyuman.
Dalam sehari, entah berapa orang masuk rumah Abang Gedek ni.Jadi, aku agak, ranking dia patut lebih baik dari aku.
Mungkin sebab Abang Gedek kurang buat entry SEO ni.


Oklah.. Penat pulak aku mengendap.
Nanti aku nak mengendap rumah orang lain pulak!

Wednesday, January 4, 2012

Tak tau nak tulis tajuk apa... Sayang anda semua!Ok kot?

   Tahun 2012, dah masuk hari ke 4 hari ni.Macam biasa, awal-awal tahun ni, aku memang busy mengalahkan Perdana Menteri. Tipulah.Gurau je  Itulah penyebab aku tak dapat blogging semalam walau pun aku nak sangat blogging.Apa nak buat, jam 12.30 malam, baru aku selesai menulis lesson plan.Hari pertama dah wajib mengajar tau.Kalau tak, makan gaji buta!

  Hari ni, hari pertama persekolahan.Suka aku tengok wajah-wajah ceria anak-anak murid aku.Rasa macam nak peluk sorang-sorang.Rindu!Selain wajah yang ceria, boleh dikatakan sebahagian besar, berbaju baru, berbeg baru, kasut baru... serba serbi baru.Alahai!Bertuahnya mereka dibanding zaman aku dulu!Wangi jangan katalah.Kalah cikgu!

   Tetapi ada berita yang membuatkan aku sedih dan terharu.Seorang anak muridku akan menjalani pembedahan jantung di IJN minggu depan.Tapi, kuatnya semangat anak murid aku tu kerana walau pun dengan wajah pucat, dia datang juga ke sekolah hari ni.Pembedahan minggu depan, entah yang kali ke berapa entah tapi yang pasti bukan kali pertama.Doaku mudah-mudahan, dipermudahkan urusannya dan dia dapat kembali ke sekolah segera.

    Tahun 2012 ini juga, aku ingin memohon jutaan kemaafan buat teman-teman blogger kerana aku belum sempat untuk review blog teman-teman untuk Alexa.Insyaallah, akan aku review segera hujung minggu ni.Maksud aku, hari Sabtu sebelah petang atau malam kerana Sabtu pagi aku harus berada di sekolah untuk Majlis Penutupan Minggu Orientasi tingkatan 1.Maafkan aku sekali lagi ye teman-teman!

   Ah!Aku rasa tak menarik langsung tulisan aku hari ni.Ibarat asam pedas tiada garam.Maafkan aku sekali lagi ye.Maklumlah, sebahagian hatiku di blog dan sebahagian lagi di buku Rekod Mengajarku yang perlu ku sampul.Oh ya!Buat yang bertanya, di mana aku mengajar, jawapannya adalah di Pasir Gudang.Tahun ni semua buku warna ungu.Daerah Pasir Gudang saja atau seluruh Johor tak pasti pulak aku.

   Akhir kata, maaf sekali lagi atas kesibukanku dan terima kasih kerana masih tak jemu-jemu singgah ke duniaku.Buat anak-anak murid ku tersayang, yang sentiasa rajin melawati duniaku, jangan panggil teacher, Teacher Scarlett di sekolah ye!Segan tau! :D Sayang anda semua!!!



Aku sayang padamu... sungguh!!!

Sunday, January 1, 2012

Harapan 2012...

   Hari pertama 2012 telah pun menjelma.Seperti insan lain, aku mengharapkan yang terbaik buatku dunia dan akhirat.Moga-moga takkan ada lagi pahit hempedu atau perih sembilu seperti tahun-tahun sudah.Sebagai seorang blogger, aku juga mengharapkan yang terbaik sama ada dari segi ranking Alexa, kualiti tulisan aku atau nilai persahabatan di alam maya bersama teman-teman bloggers.Mudah-mudahan, segalanya dipermudahkan buat kita semua.

Sunday, December 25, 2011

JOM TINGKATKAN RANKING ALEXA


Tiap-tiap hari aku jenguk Alexa.Jadi, bila Cik Diana buat segmen tingkatkan ranking Alexa ni, takkan aku nak tengok je kan? Rugilah... Sekurang-kurangnya dapatlah aku kenal lebih ramai blogger.Ok, sesiapa nak join, kliklah di SINI.