Showing posts with label apa nak buat bila blog kena remove. Show all posts
Showing posts with label apa nak buat bila blog kena remove. Show all posts

Tuesday, November 6, 2012

Kau kata aku ketam?Cis!

   Aku rasa sedihlah sebab ada mesej kat komen dari sape entah yang malu tunjuk muka, kata aku online time mengajar!Buktinya, kata dia, entry aku published time mengajar; 9 pagi, 10 pagi, 11 pagi dan sebagainya.Cukup-cukup kutuk aku kata aku makan gaji buta!Mula-mula aku rasa marah sebab time mengajar jangankan nak blogging, nak makan pun tak sempat tau!Lagi pun aku manalah ada gajet canggih nak update selalu.Ni pun nasib baik ada 'anak dara Lenovo' aku yang dah masuk umur 4 tahun ni.Kata konon aku ketam ajar anak jaga disiplin sedangkan aku pun tak de disiplin.Sedih tau!

   Betul, mula-mula aku nak marah.Tapi bila fikirkan balik,aku rasa kesian pada 'sape entah 'tu sebab dia tak faham langsung tentang blogging.Memanglah kadang-kadang, dalam sehari, sampai berbelas entry aku update tapi kebanyakannya tu scheduled post!Kalau dia 'sape entah' tu tak faham apa itu 'scheduled post' datanglah jumpa aku, boleh aku buat personal teaching about blogging khas untuk dia sorang.tapi tolonglah, jangan kutuk ikut sedap jari menaip je!

   Ha... esok hari rabu.Tengok berapa banyak aku nak update tapi selagi aku tak balik rumah, semua tu entry scheduled post je.Kalau tak percaya, jemput datang sekolah dan sila tengok sendiri.Tak baik kata aku ketam tau!

-
-
-
-
-
-
-
Grrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!!!!!

Wednesday, May 23, 2012

Blogger pecah rekod!

   10 hari tak online langsung sejak 2000!Pecah rekod tu!Bukan tak rindu,rindu!!!! Bukan tak angau, angau!!!!!Tapi kesihatan perlu diutamakan.Entry ni pun kira berdosa sebab buat curi-curi!Risau ranking Alexa jatuh.tapi peliknya , makin naik pulak walaupun belum cecah rekod terbaik yang pernah dicatat.Nuffnang pulak, merajuk tak ye?jap nak check.................................................................................................................................................................................................................... Wah!!!Xie xie Miss Nuffy.Tak sangka ada tambahan satu lagi BE.Yang ke 28?Alamak!Aku pun dah lupa.Opss!Terlebihlah pulak aku online.Kena off dulu.Makan ubat, berehat zzzzzz.Insyaallah, esok aku akan tegar kembali.Aku rindu anda semua.... Kak Pah DJ Gomo,Abang Terror, Mr Curly (Thank you laling keliting atas ucapan Hari Guru via my mobile last week), Mia Liana, Abang Gedek, Ben Ashaari,Lyssa, Yuyu Kupu-kupu comelku, Mak Legenda, Kak Chik Ella, Mak Dara, dan semualah.Love u all!!!!


-
-
-
-
-
-
-
-
-

LOVE U SO MUCH!
MUAH!!!
Credit : Google

Saturday, January 7, 2012

Bila blog kena remove....

   Ada macam-macam ujian dalam blogging.Kadang-kadang, aku kehabisan idea nak buat entry.Sesekali aku rasa entry aku merapu tak de isi.( Ini yang paling aku tak suka ) Kena kutuk, kena maki,gambar kena curi, idea kena curi.... Hmmmm.... Tapi yang paling hebat adalah,bila blog kena remove!

   Sebelum ni aku pernah dengar blogger lain terkena tapi kata orang selagi tak terkena, selagi tu tak kisah.Jadi macam biasa, hari Khamis malam Jumaat yang lalu, aku cuba blogging walau pun memang tak sempat nak blogwalking.Niat hati, cuma untuk publish entry tapi tiba-tiba je waktu aku nak publish satu entry, satu mesej menyatakan blog aku telah diremove, muncul!

   Tipu kalau aku tak panik!Nasib baik aku tak meraung.Maklumlah, blog aku ni walaupun taklah sehebat blog-blog kelas A yang lain, ia tetap aku sayang.Bukan senang aku nak sampai ke tahap ini.Jadi, dengan segera aku tanyakan beberapa teman blogger senior.Setelah hampir sejam, masalah masih lagi tak selesai.Aku dah hampir give up semasa Abg Terror cuba tolong, tapi blog aku masih tak muncul.Begitu juga dengan Kak PahBelalangMiza dan Anastasyea.

   Tapi akhirnya, dengan izin Allah, seorang teman di Facebook, Michael Williamson, dari USA, cadangkan aku hantar email ke Google.Tak sampai seminit lepas aku hantar, email aku berbalas dan Google menyatakan blog aku dah pun dimunculkan kembali.Konon penyebab blog aku diremove adalah kerana aku terlalu jarang check email Gmail aku.Memang pun sebab aku lebih suka email aku di Yahoo yang telah aku gunakan sejak awal 2000 lagi.Apa pun, alhamdulillah sebab masalah aku selesai.

  Semalam, aku cuma dapat publish satu entry je kerana sibuk dengan kerja.Balik sekolah, aku tengok ada cek lagi dari Nuffnang.Yahooo!!!Hadiah sebab aku sabar dengan blogger sebelum tu kot.Mudah-mudahan, lepas ni, makin lancarlah aku blogging dan dapatlah aku balas jasa baik teman-teman blogger yang sentiasa ada bila aku ditimpa masalah.Terima kasih semua!


   Hair, Head and Mind

Bertuah punya Mr.Curly.
Dia dok gelakkan aku masa blog aku kena remove!
Tak patut betul!
Aku tarik rambut tu kang!
:D