Bila ayah aku call, hati berdebar-debar.Bukan takut.Cuma segan dan rasa bersalah sebab dah berapa hari entah aku tak ke rumah ayah.Kebetulan, malam semalam, sedang aku asyik melayan kerja sekolah, lebih kurang jam 11.45 malam, ayah call.Aku jawab dengan dug dag dug dag.Takut ayah merajuk atau kecik hati sebab aku dah lama tak menjenguk.
Mula-mula aku suspens sebab ayah buat suara budak kecik.Rupa-rupanya ayah nak bergurau.Hish!Ayah ni.Buat berdebar hati aku je.Bila ayah dah mula bercakap, barulah aku sedar, yang tujuan ayah telefon malam-malam sebenarnya ayah nak beritahu aku supaya aku cari buah kuning telur untuk ubat.Ayah tau rupanya aku masih lagi ulang-alik ke hospital.Aku redha je sebab aku sedar, mungkin aku banyak dosa dan penyakit yang aku alami tujuannya untuk menghapus dosa-dosa kecil aku.Alhamdulillah....
Aku rasa pernah dengar buah kuning telur tapi aku ingat-ingat lupa.Atas nasihat ayah, aku pun try google dan link berikut adalah maklumat yang aku dapat tentang buah kuning telur.Sumber Wikipedia http://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Kuning_Telur. Ala.... sikit sangat maklumatnya.Terpaksa masuk KEBUN le jawabnya.
Gambar dari Wikipedia
Ikut maklumat yang aku dapat, buah ni rasanya macam keledek.Kalau macam keledek, maknanya, memang aku sukalah sangat.Terutama keledek Jepun yang manis tu!Fuhh!Ikut kata ayah, dengan mengamalkan makan buah ni, akan mengurangkan sakit aku.Taklah asyik makan pain killer je.Harap appointment HSI, bulan 1 tahun depan baru boleh buat rawatan.Mati kejung dululah aku nanti.
Oleh yang demikian, jika ada sesiapa yang tinggal area Johor Bahru, Kota Tinggi, Masai atau Pasir Gudang, atau mana-mana jelah dalam Malaysia ni, kalau tau di mana aku boleh dapatkan buah kuning telur ni, tolonglah roger-roger kat aku.Kalau CHE MAT GEBU TIFFIN BIRU ATAU BEN ASHAARI PAPA SI QHALIFF DAN ZAHRA tau, silalah inform pada aku ye.Thank you so much!
Malam ni, aku tak sempat jenguk ayah lagi.Esok, aku akan pastikan ada masa jenguk ayah.Terima kasih ayah sebab sudi telefon dan tanya khabar.Esok kita jumpa ye!
Ayahku sayang.
0 comments:
Post a Comment